Bab 12

1.3K 160 5
                                    

     Wajah Miya yang kelihatan bahagia menikmati makanan direnung tanpa lepas. Gadis itu sudah tidak peduli tentang belakang tapak tangannya yang sakit akibat jarum tadi. Mengapa begitu mudah rasa gadis itu berubah?

     Sesekali mata mereka bertentang, Miya menayangkan senyuman yang begitu manis buat Freddy. Perut sudah terisi disebabkan lelaki yang berada di hadapannya ini.

     "Saya rasa awak patut makan sekali sebab muka awak nampak macam lapar. Awak tak perlu cakap apa-apa sebab saya ni pandai tau baca wajah orang terutamanya awak."

     Sudu yang berisi makanan disuakan ke arah Freddy. Sebenarnya apa yang dikatakan tadi adalah alasan supaya Freddy menerima suapannya kali ini.

     "Aku tak makan benda manis macam ni." Freddy menggeleng kecil.

     "Janganlah macam ni, kalau saya merajuk siapa nak pujuk saya? Saya bukannya pandai pujuk diri sendiri. Makanlah sikit, sikit aje untuk alas perut awak yang kempis ni, tapi kempisnya, dah berapa lama awak tak makan?" Dengan rasa yang tidak malu, tangannya menyentuh perut Freddy. Freddy menepis lembut tangan Miya.

    "Makan tapi sikit." Jawab Freddy tenang.

    "Sekarang makan banyak, order lagi boleh? Kesian kat awak." Miya membalas renungan Freddy bersama mimik wajah yang penuh berharap agar lelaki itu bersetuju dengan soalannya.

     "No, habiskan makanan. Aku ada kerja kejap lagi. Rumah kau dekat...?" Sengaja dia bertanya tentang tempat tinggal Miya.

     "Nanti saya tunjuk, awak hantar tau sebab saya takutlah naik bas atau teksi. Ramai orang jahat macam yang kejar kita tadi." Miya berwajah polos menjawab dengan tenang.

     Ada sesuatu yang lain terhadap gadis ini iaitu dia tidak normal seperti Mikayla ataupun gadis-gadis lain. Oleh kerana inilah dia mahu Firaz mendapatkan rekod kesihatan Miya dengan kadar yang segera.

     Kereta dibelok memasuki kawasan perumahan bertaraf sederhana. Rumah yang ditunjukkan Miya dilihat dengan perasaan aneh. Rumah setingkat itu nampak seperti sudah lama tidak berpenghuni. Semak samun di merata-rata, biar betul perempuan ni?

     "Kejap, kau tinggal sini ke?" Freddy menahan lengan Miya yang ingin melangkah keluar.

     "Ya, kenapa Fred? Awak tak percayakan saya? Ni kunci," Miya mengeluarkan kunci daripada kocek seluarnya. Freddy hanya melihat kunci tersebut tanpa menunjukkan sebarang reaksi.

     "Awak risaukan saya? Saya dah lama tinggal kat sini, sejak kecil lagi. Dah, bye Fred. Nanti kita jumpa dan awak belanja saya makan tau, terima kasih." Miya bertindak mengucup pipi Freddy sekilas sebelum dia melangkah keluar.

     Freddy terkedu setelah menerima kucupan sekilas itu, dia mula rasa lain macam. Mengapa dia langsung tidak terfikir tentang gadis itu selama ini? Gadis yang telah mengucup pipinya beberapa bulan yang lalu di Terengganu adalah Miya?

     Dia melangkah keluar daripada kereta dan terus mengatur langkah memasuki pagar rumah Miya. Tombol pintu dipulas, tidak berkunci.

     "Miya," Nama gadis itu diseru Freddy sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah.

     Freddy mencari suis lampu tetapi tidak jumpa. Flashlight telefon bimbitnya dipasang, lampu itu dihala ke sekeliling ruang dalam rumah, kosong. Dia mula rasa tidak sedap hati.

     Pintu bilik pertama dibuka, juga kosong. Langsung tiada perabot, televisyen mahupun meja. Susah untuk dia percaya yang gadis itu tinggal di dalam rumah ini.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now