Satu sudu teh gula ditambah ke dalam segelas jus epal yang telah dikisar sebentar tadi. Gelas tersebut dibawa ke meja di tepi kolam.
Skrin laptop yang memaparkan beberapa maklumat diteliti bersama dahi yang berkerut. Jus epal diteguk rakus, cuaca yang panas membuatkan dia rasa dahaga.
"Enrique!" Herith yang berada di balkoni tingkat dua memangilnya. Enrique mendongak ke atas, sebelah kening dijongket menandakan 'apa?'
"Ricky suruh masuk office! Urgent!" Herith terjerit-jerit di balkoni itu.
"Suruh dia simpan dulu urgent tu sebab aku busy," Jawab Enrique, matanya kembali melekat pada skrin laptop.
"Nak simpan dalam apa?" Soal Herith yang masih menggunakan nada tinggi.
"Dalam kocek baju, nanti aku tolong korek kocek baju dia. Serious tengah busy." Jawab Enrique tanpa menoleh ke arah Herith.
"Urgent Enrique!" Jerit Herith dengan begitu kuat.
"Bisingnya sial ni" Enrique mendongak ke atas tempat Herith berdiri tadi tetapi lelaki itu sudah tiada. Dia merasakan ada seseorang di belakangnya.
"Urgent Enrique!" Jeritan Herith betul-betul memasuki telinga Enrique.
Pang!
Herith terpana menerima tamparan tangan kasar Enrique. Pipi kirinya disentuh, sungguh hebat tamparan itu.
"Diam boleh tak? Hari-hari menganggu aku. Fred mana? Dia tak boleh buat kerja ke? Lepas habis kerja, aku tolonglah Ricky tu." Enrique hanya menayangkan wajah yang tidak bersalah.
"Fred kat hospital, dia ditembak," Ujar Herith bernada perlahan. Pipi kirinya yang sudah betukar ke warna merah digosok-gosok kasar, sakit betul!
"Si bangsat mana pulak yang berani tembak kesayangan aku ni?" Enrique mula berdiri sambil mengemas kertas dan laptop miliknya. Herith hanya diam, serik pula untuk mengeluarkan suara.
Tiba di hospital, Enrique terus meluru ke arah Freddy yang duduk di kerusi ruang menunggu vvip. Freddy yang hanya memakai single bewarna hitam menampakkan lengan kirinya terbalut kemas.
"Kenapa tak mati? Aku punyalah tunggu saat-saat ni." Ujar Enrique beriak biasa.
"Tak sampai ajal lagi, mungkin ada hikmahnya. Kau dari mana? Ricky kat office macam mana?" Soal Freddy, dia mula bersandar pada penyandar kerusi.
"Polis ramai kat sana, kalau aku pergi nanti aku pulak yang kena tangkap. Aku nak habiskan hidup aku dengan kebahagiaan berkahwin, berasmara lepas tu ada anak sendiri. Macam mana nak buat semua tu kalau aku terkurung dalam kotak besi kebal?" Enrique bermain-main dengan kunci kereta miliknya.
"Mengedar lagi dadah banyak-banyak biar sampai tertangkap. Cari syaitan yang dah tembak aku ni, duduk diam pun kena serang hendap, celaka betul." Freddy menghela nafas kasar.
"Biasalah, makin ramai manusia yang nak jadi anjing zaman sekarang. Tahu nak berdengki aje, lagi-lagi kalau jenis mulut yang bau loji taik, dapat kat aku tu memang aku pijak dengan tapak kasut mahal ni." Bebel Enrique panjang lebar.
Toleh saja ke kiri, tiba-tiba cermin kecil berbentuk bulat memantul wajahnya. Herith tersenyum kecil melihat renungan tajam Enrique terhadapnya.
"Bebel untuk diri sendiri itu lebih baik. Apa yang kau cakap tadi semua ada dalam diri kau, sedar diri tu sikit," Herith terus meluru ke arah pekerja yang sedang menyapu sampah sebelum cermin bulat itu dihulurkan.
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐒𝐞𝐜𝐨𝐧𝐝 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐨𝐟 𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬★ ★𝐌𝐚𝐢𝐧 𝐜𝐡𝐚𝐫𝐚𝐜𝐭𝐞𝐫 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞𝐝★ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Enrique Scilert adalah seorang lelaki...