Bab 31

651 67 9
                                    

     HARI pertama bagi Lian terasa biasa sahaja. Agak susah untuk dia membiasakan diri di rumah baru. Keadaan di dalam rumah itu agak huru-hara. Setiap masa ada saja yang bertengkar seperti tiada lagi hari esok. Dia yang masih baru itu hanya mampu mendiamkan diri.

     Rasa aneh duduk di meja makan panjang itu bersama Enrique, Mikayla, Hezrif dan Hezrick. Ke mana penghuni lain? Mereka memang tidak bangun pagikah?

     "Lian..." Mikayla memandang gadis itu namun tiada tindak balas.

     "Lian?" panggilnya lagi.

     Lamunan Lian terhenti. Lian membalas renungan Mikayla.

     "Ya kak?"

     "Awak nak makan apa? Biar saya sendukkan." Mikayla mendekati kerusi Lian.

     "Eh tak apa kak, saya boleh buat sendiri. Lagipun, akak nampak macam sibuk je," kata Lian sambil memandang Hezrif yang duduk di atas riba Hezrick.

     "Betul ni nak buat sendiri?"

     Lian mengangguk.

     "Apahal kau nak layan dia macam budak-budak? Tak payah nak buat-buat risaulah Kayla, dia dah besar panjang pun." Enrique yang duduk selang beberapa kerusi dari Lian itu membebel menyampah.

     "Abang nak makan apa? Saya boleh..." Lian menegur Enrique.

     "Aku tak ada adik. Aku anak tunggal. Kalau ada adik sekalipun, dah lama aku cincang dia. Dia fikir dia bagus sangat ke nak jadi adik aku?" soal Enrique sinis.

     "Maaf saya terlupa, tuan nak makan apa?" Sengaja Lian menekankan perkataan 'tuan' itu.

     "Kau ni tak powerlah. Cuba baca fikiran aku." Enrique memandang Lian.

     "Nasi... goreng..." Dahi Lian berkerut membalas renungan Enrique.

     "Pandainya dia, anak angkat siapalah ni. Sukanya ada pembantu yang boleh baca fikiran macam dia ni. Kau mesti dah baca nota yang aku tulis dalam ipad tu, kan?"

     "Dah baca semua. Tuan tak rasa yang tuan ni cerewet ke?" soal Lian bersahaja sehingga menarik perhatian Mikayla. Berani betul?

     "Sesiapa yang tak suka dengan cara aku, boleh pergi mampus. Aku langsung tak hadap sesiapa untuk kekal dekat sini." Enrique menayang riak bengang sambil memandang pinggannya yang masih kosong.

     "Maaflah kalau tuan tersinggung..." Lian menyusun beberapa batang sosej di atas pinggan Enrique.

     "Kau ni gila ke asyik mintak maaf? Tak payah mintak maaf dengan aku. Aku tak terima maaf orang macam tu je. Kau fikir ni zaman bila?"

     "Habis tu tuan nak saya buat apa untuk dapatkan kemaafan tuan?" soal Lian polos.

     "Bila aku tanya, kau jawab! Bukan tanya aku balik! Pagi-pagi dah buat aku marah. Apa masalah kau, huh? Kau tak suka dengan rumah ni? Kemaslah barang, biar aku hantar kau ke tempat yang lebih layak." Sepasang mata Enrique menikam tajam wajah Lian.

     "Shh... Diam sikit. Jangan tunjuk perangai negatif macam tu depan anak aku." Hezrick memandang Enrique dengan pandangan biasa.

     "Asal kau suruh aku diam? Lian yang bising! Lian yang bagi tenaga negatif dekat kita semua pagi ni! Dahlah! Aku nak pergi office!" jerit Enrique sambil berdiri sebelum dia melangkah pergi.

     "Awak okey Lian?" soal Mikayla.

     Kesian gadis itu perlu berdepan dengan perangai Enrique yang tiba-tiba berubah menjadi pemarah itu. Sebelum ini Enrique baik sahaja.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now