Bab 39

686 67 68
                                    

     LENGAN Enrique yang melingkari pinggangnya dialih sebelum dia kembali memegang lengan itu. Panas. Belakang tapak tangan dilekapkan pada dahi Enrique. Juga panas. Dengan berani dia mencium lama dahi Enrique. Dia rasa bersalah kerana menengking Enrique semalam. Enrique kelihatan marah namun lelaki itu tidak berkasar terhadapnya.

     Tudung sarung dan bajunya yang berteraburan di lantai dikutip lalu disarungkan kembali. Dia perlu cepat untuk mandi dan solat subuh kemudian mengejutkan Enrique yang dirasakan tidak sihat itu. Dadah yang masih berada di atas meja dipandang lama, dia patut mendengar penjelasan Enrique kemudian.

     "Good morning! Awalnya awak bangun. Enrique ada?" Sapaan Herith membuatkan Lian yang sedang menutup pintu bilik komputer itu tersentak.

     "Kenapa muka awak sembab?" Herith bertanya lagi tanpa sempat Lian menjawab.

     "Saya tidur awal semalam. Enrique pun tengah tidur lagi..."

     "Enrique tidur?" Dahi Herith berkerut. Bagaimana pula Enrique boleh tidur malam?

     "Berbual nanti ya Herith? Saya dah lewat nak solat ni..." Lian meminta diri.

     Herith memandang Lian sebelum pandangan melekat pada pintu bilik tempat Enrique bersarang itu. Bahunya dijongket sekilas sebelum dia kembali mencari anak kucingnya yang hilang entah ke mana.

*****

     "Peliklah aku dengan kau ni. Dengan darah kau tak takut, dengan malam pertama kau takut pulak. Sekarang dia tahu tak masalah kau?" soal Firaz yang duduk di kerusi bertentangan dengannya.

     "Aku tak tahu. Perempuan bukan bidang aku, aku ambik bidang penjenayah berteknologi tinggi." Enrique yang memakai hoodie tebal bersama pelitup muka itu masih terasa kesejukan.

     "Penjenayah teknologi kepala otak kau. Dulu masuk bilik chemical tak pakai oksigen tambahan lepas tu dapat penyakit sampai dah nak mampus tapi tak mampus mampus. Sekarang, tiba-tiba demam muntah-muntah lepas malam pertama. Ni balasanlah sebab kau banyak dosa."

     "Bisinglah kau. Cepat bagi aku ubat. Aku nak pergi lain pulak lepas ni." Enrique memejamkan mata sambil bersandar.

     "Tak payah keluar. Duduk rumah je rehat. Banyak betul kerja kau hari-hari, kan? Dah berapa hari kau tak makan? Tiba-tiba sumbat banyak terus semalam. Dengan tidurnya tak cukup. Putus urat otak nanti, ha mampuslah kau." Firaz masih membebel sambil menyediakan jarum sebelum dicucuk pada lengan Enrique.

     Enrique menarik nafas dalam-dalam. Nak marah pun tidak larat ketika ini.

*****

     Miya menurunkan tingkap kereta. Tangannya dilambai-lambai pada Mikayla, Ferliy, Shira, Lian dan lelaki-lelaki yang tinggal di rumah agam itu.

     "Jumpa nanti!" laung Miya bersama senyuman. Mereka juga melambai-lambai kepadanya. Tingkap dinaikkan sebaik sahaja kereta mula bergerak.

     "Mesti saya sunyi dua minggu tanpa Kayla, Shira, Ferliy dan Lian..." Miya menarik mimik sedih.

     "Dua minggu je, bukan dua bulan." Freddy berkata tanpa memandang Miya.

     "Awak senanglah cakap, bukannya awak selalu ada dekat rumah pun. Selama saya duduk dalam rumah tu, dia orang rapat dengan saya. Ajar saya macam-macam. Sama-sama berlatih mempertahankan diri setiap minggu. Seronok sangat."

     "Iye, dah habis honeymoon nanti kita balik dan sambung hari-hari macam biasa, okey?"

     "Mulalah tu nak fikir pasal kerja je sepanjang masa..." Miya menjeling Freddy. Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap. Kenapa Freddy berhenti di sini?

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now