Bab 2

2.9K 192 18
                                    

     Kereta bergerak laju membelahi jalan raya, Enrique dan Herith membuat hal masing-masing duduk di seat belakang. Mereka berdua baru saja tiba di Hong Kong sejak 30 minit yang lalu.

     Urusan di sini perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum mereka berdua terbang ke Sepanyol bagi menghadiri satu majlis. Hari yang gelap semakin menambahkan bilangan pengguna jalan raya.

     Terlalu sesak sehingga menyebabkan traficlight tidak bergerak sejak dari tadi. Enrique merengus kasar, mahu saja dia hack traficlight itu tetapi fikirannya masih waras ketika ini. Tentu semakin bertambah sesak jika dia menggunakan cara jahat.

     "This is your paid." Enrique menghulurkan sejumlah bayaran kepada pemandu teksi sebelum dia keluar meninggalkan Herith yang masih terpinga-pinga.

     "Tunggulah sial!" Herith keluar dari kereta bersama sebuah beg yang digalas dan sebuah lagi dipeluk.

     "Cepatlah! Mati budak tu nanti susah pulak aku ni," Enrique mula memarahi Herith yang berjalan seperti lelaki itu mempunyai cengkerang besar di belakang badan, lembab!

     "Check in hotel dululah bro. Tak larat nak bawak beg-beg berat ni." Herith mula memberi idea bernas.

     "Kita kejap aje kat sini. Aku dah pesan tinggal beg tu dalam jet tapi kau degil nak bawak jugak."

     Bebel Enrique tetapi langkahnya tetap diaturkan ke arah sebuah bangunan hotel yang megah terbina.

     "Manalah tahu, aku fikir kita datang sini untuk bermain. Dia yang tak cakap apa-apa lepas tu nak marah kat orang pulak eee menyampah!" Herith tetap mengekori langkah Enrique.

     Tiba di salah sebuah kelab malam, matanya terus tertancap pada owner kelab yang duduk di satu set meja vvip bersama kawan-kawan serta bodyguard. Kakinya terus diatur meluru ke arah lelaki muda itu sebelum kolar leher dicekak kasar.

     Beberapa orang yang memegang bahunya dijeling tajam membuatkan mereka menarik kembali tangan dan terus menunduk ketakutan setelah mengecam wajah Enrique. Siapa yang tidak kenal lelaki gila itu?

     "Where is Zieymo?!" Soal Enrique bernada tegas.

     "That bastard? He's fucking run away from me. You know him, right?" Jawab owner kelab itu, kolar lehernya dilepaskan Enrique dengan kasar.

     "Oh shit!"

     Enrique terus berlari anak ke arah tangga. Dia tahu lelaki itu akan naik ke tingkat atas. Herith mengangkat lima jari bersama senyuman manis sebelum dia mengekori langkah Enrique. Semua di situ memandang pelik ke arahnya.

     Tiba di rooftop, Enrique memejamkan mata. Hidungnya terhidu bau sesuatu yang sangat dia kenal. Angin malam yang meniup membuatkan bau itu semakin kuat. Enrique menoleh ke satu arah.

     "Gotcha!"

     Kedengaran bunyi satu suara yang berada di hadapannya tetapi jasad masih tidak kelihatan. Enrique menangkap kaki yang hampir mengenai sisi lehernya sebelum kaki itu ditolak kasar ke belakang.

     Enrique bertindak mengoyakkan baju yang tersarung pada tubuh lelaki halimunan itu sehingga mereka berdua bergelut di atas lantai simen rooftop.

     "Yeay drama." Herith menyedut minumannya bersama mata yang melihat Enrique bergaduh seorang diri seperti orang gila.

     Buk!

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now