Bab 67 (END)

2.4K 91 222
                                    

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

Miya mengerutkan dahi melihat rakaman semasa kamera litar tertutup yang menunjukkan Firaz sibuk membuat CPR kepada Enrique di tengah-tengah dewan makan. Apa yang sedang berlaku? Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Panggilan daripada Freddy itu dijawab. Sepasang matanya membulat besar mendengar berita itu.

"Kita kena gerak sekarang Lian!" Miya menarik lengan Lian yang masih sibuk menaip sesuatu di keyboard.

"Nak pergi mana pula? Tapi kita tak boleh tinggalkan office macam ni je. Kalau terjadi apa-apa nanti macam mana?" soal Lian.

"Aku akan gantikan tempat kau orang. Geraklah sekarang, Ejad tunggu dekat bawah." Zirul tiba-tiba masuk bersama Imran dan Iman di sisinya.

"Kita dah nak balik ke?" soal Lian sambil memandang Miya.

"Saya nak awak tabah bila dengar ni tapi suami awak dah tak ada..." jawab Miya bernada sayu.

Lian tertawa kecil. Ini pasti prank baru yang juga dirancang Enrique. Hesy, bakal bapa itu kuat sungguh bermain. Seronoklah anaknya memiliki seorang ayah yang pandai membuat kelakar seperti Enrique itu.

"Awak bongkarkan je plan dia kali ni. Biar saya kenakan dia balik. Dia tu memang selalu nak cari fasal dengan saya. Tak reti nak serius, geram betul..." Lian membebel geram. Tanpa berlengah lagi, Miya terus menarik lengan Lian menunju ke pintu keluar.

"Mesti kali ni dia nak buat surprise pada saya. Sebab tulah awak dan yang lain-lain berlakon dengan serius, kan? Berapalah dia bayar awak semua untuk lakonan yang sangat menjadi macam ni," sambung Lian lagi tanpa fikiran negatif.

Sepanjang perjalanan yang pantas dipandu Ejad itu, senyuman lebar tidak lekang dari bibir Lian. Dia masih fikir Enrique telah merancang sesuatu untuk mengenakannya memandangkan mereka semua telah selamat dan Enrique juga berjaya mengambil alih kuasa. Matanya terlihat bangunan pusat kesihatan membuat fikiran positif serta negatif bertarung untuk menang. Adakah Enrique atau keluarga mereka baik-baik sahaja?

Tiba di hadapan bilik emergency vvip, Lian mula rasa tidak sedap hati melihat Herith yang duduk bercangkung di atas lantai bersebelahan kerusi menunggu. Lian dapat melihat jelas wajah Herith yang berona merah serta air mata yang mengalir di pipi lelaki itu. Freddy, Hezrick dan Zieymo juga hanya diam duduk di kerusi menunggu. Tetapi mana Enrique?

"Mana suami saya?" Lian menoleh ke arah Miya. Matanya mula berkaca-kaca, sungguh hatinya tidak tenang melihat situasi ini.

"Enrique dah tak ada, Lian..." Air mata Miya akhirnya jatuh. Dia bersimpati terhadap Lian serta kandungan yang masuk lima bulan itu sambil berfikir, bagaimana jika semua ini berlaku kepada dirinya?

Lian terduduk di atas kerusi menunggu setelah mendengar jawapan Miya itu. Jadi, Miya tidak bermain-main sewaktu mereka di office tadi? Bagaimana Enrique boleh meninggalkannya bersama anak mereka tanpa sebarang pesanan begini?

Dia sudah tidak dapat menahan sedihnya. Esakan kecil mula kedengaran sambil kedua-dua belah tangan menekup wajah yang berona merah itu. Segala suka dan duka yang tercipta bersama suaminya masih jelas di ingatan.

Lian menyuap nasi ke dalam mulut Enrique yang masih sibuk membuat kerja. Lelaki ini memang payah untuk makan mengikut waktu yang sepatutnya. Asyik duduk di hadapan komputer saja, padanlah tubuh tidak besar-besar. Haish, bagaimanalah Enrique mampu menahan rasa lapar sehingga berhari-hari dengan hanya memakan biskut coklat?

"Tak nak dah." Enrique menggeleng kecil membuat Lian semakin geram. Baru tiga suap sudah tidak mahu? Ini melampau!

"Kenapa tak nak? Lian masak tak sedap? Enrique nak jatuh sakit ke? Kesian dekat badan tu, makin kurus tahu?" bebel Lian.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now