Bab 45

719 57 34
                                    

     ANAK kucing di atas ribanya dibelai lembut. Mata tertumpu pada skrin televisyen yang memaparkan movie kegemarannya. Sunyi saja rumah itu pada malam ini. Entah ke mana perginya penghuni lain. Mentang-mentanglah mereka semua sudah berkahwin, duduk di ruang tamu pun tidak mahu.

     "Tak apalah, sekurang -kurangnya saya ada awak dan awak ada saya," kata Herith sebelum kepala kucing bewarna kelabu itu dicium. Tidak lama kemudian, Lorleyn Grey turun dari ribanya.

     "Hey nak pergi mana? Awak pun nak tinggal saya ke?" Herith mengekori anak kucing kelabu itu sehingga ke pintu utama.

     Lampu rumah terpadam secara tiba-tiba. Yang tinggal hanyalah lampu emergency dan lampu dari skrin sensor kamera litar tertutup di luar pagar. Siapa yang berada di luar sehingga membuatkan skrin itu menyala sendiri?

     "Awak tunggu sini, jangan bising, okey?" bisik Herith kepada Lorleyn Grey sebelum dia menekan-nekan skrin di tepi pintu utama itu.

     Tiba-tiba bahunya dipegang seseorang membuat Herith tersentak lalu terus memandang ke arah si gerangan itu. Dadanya yang berdebar diusap lembut. Syaitan ini rupanya, ingatkan hantu manalah tadi.

     "Kau ni selalu sangat padam lampu, satu rumah pulak tu. Apa yang jadi? Ada kesan sesiapa ke dekat luar?" soal Herith bernada perlahan.

     Enrique meletakkan jari telunjuk pada bibir. Skrin yang terlekat pada dinding itu ditekan-tekan mencari rakaman semasa di seluruh kawasan rumah. Sengaja dia mematikan lampu sebaik sahaja sensor kenderaan di hujung jalan yang menghala ke sini berbunyi.

     "Kejap, ni siapa? Kenapa dia masuk kawasan rumah Ricky? Dia tak tahu ke simpang jalan tu pun Ricky punya?" Herith menunding ke arah dua orang lelaki memakai pelitup muka hitam berjalan memasuki hutan.

     "Aku dapat kau, celaka." Enrique mengetap gigi. Pasti lelaki-lelaki itu yang telah memecahkan kamera kesayangannya beberapa hari lepas. Herith seakan dapat mengagak siapakah lelaki-lelaki itu.

     "Kita akan pergi tangkap dua ekor beruk ni." Enrique melangkah ke arah bilik tempat penyimpanan barang.

*****

     Enrique dan Herith mengambil posisi masing-masing. Herith yang menjadi back up mula melompat keluar dari tembok pagar batu di belakang rumah manakala Enrique akan berhadapan dengan dua orang musuh itu.

     Belakang tubuhnya disandar tenang pada tembok batu di sisi rumah. Sambil menunggu kehadiran musuh, dia merenung bulan yang mengambang pada malam itu tanpa sebab. Bunyi derapan kaki membuat dia terus menunduk. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah pintu pagar.

     Matanya tertancap pada batang golf yang dipegang seorang lelaki. Dia pasti mereka akan merosakkan kamera miliknya lagi pada malam ini. Jahanam punya manusia, ada kamera tu kacau hidup dia ke? Enrique melompat naik ke atas tembok batu. Dia duduk di situ sambil memerhati.

     "Anak itik tok wi mandi dalam kolam..." Enrique yang bernyanyi-nyanyi kecil menarik perhatian dua orang lelaki itu. Kedua-dua mereka cuak melihat Enrique yang sedang duduk di atas tembok.

     "Cantikkan bulan malam ni?" Enrique mendongak memandang bulan.

     "Alangkah bagusnya kalau aku dapat bunuh orang pada malam bulan mengambang ni. Tapi siapa yang nak mati dulu?" Enrique memandang mereka berdua bersilih ganti.

     Mereka berdua diam. Lelaki yang pegang batang golf meluru ke arahnya. Enrique tersenyum sinis memandang lelaki itu. Herith keluar dari tempat persembunyiannya iaitu di sebalik sebatang pokok sambil mengacu pistol ke arah lelaki yang pegang batang golf itu. Langkah lelaki itu terhenti.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now