Bab 41

728 63 40
                                    

     RUMAH agam di hadapan mereka dipandang bersama senyuman. Senyuman Miya itu mati setelah perasan akan beberapa orang lelaki berpakaian seragam jaket kulit hitam di setiap sudut tiang. Mengapalah mereka perlu memilih pekerjaan yang begitu membosankan ini?

     "Kenapa mereka tunggu kita? Saya betul-betul tak selesa dengan semua ni..." kata Miya bernada berbisik.

     "Tak selesa apa pulaknya? Abang kan ada sebelah awak dari tadi." Freddy merangkul pinggang Miya dari tepi.

     "Mereka tak ada isteri ke?" Miya mendongak memandang Freddy yang hanya tenang melangkah.

     "Abang tak tahu ke?" soal Miya lagi.

     "Tak tahu." Freddy menjawab ringkas.

     "Apa kata abang pecat je dia orang semua, mana tahu nanti dia orang boleh cari isteri sebab dah tak ada komitmen yang teruk macam ni." Miya sekadar memberi cadangan.

     "Hm."

     Miya memandang Freddy. Itu saja? Miya berhenti melangkah secara tiba-tiba dengan riak masam mencuka. Freddy yang juga berhenti dan memandangnya dijeling tajam.

     "Kenapa?" soal Freddy bersama dahi berkerut.

     "Apa yang kita buat dalam rumah agam yang nampak macam penjara ni?"

     "Jawapan awak ada dalam bilik tu. Jom ikut abang." Freddy menarik lengan Miya mendorong gadis itu melangkah.

     Miya terpegun melihat keadaan bilik yang besar itu. Penyusunan barang hiasan serta perabot antik itu jelas menarik perhatiannya. Sebuah bingkai gambar besar yang terlekat di dinding dipandang. Siapa lelaki tua itu? Tangannya menyentuh pula gambar-gambar lama yang terpapar di bingkai berdekatan.

     Freddy merenung gambar yang memaparkan sebuah keluarga. Bibirnya tersenyum kecil melihat pasangan yang sedang duduk tersenyum bahagia bersama dua orang budak kecil. Itu adalah keluarganya. Tidak sangka Brad masih menyimpan gambar-gambar lama ini.

     "Muka dia macam abang!" Miya tersenyum teruja melihat gambar itu.

     "Ni mummy, daddy, Ferliy..." Freddy menunjuk satu-persatu.

     "Dan budak lelaki ni dah jadi suami saya sekarang." Miya pula menunjuk ke arah gambar Freddy sewaktu kecil.

     "Tapi siapa lelaki ni?" Jari Miya beralih pada Brad.

     "Pemilik rumah agam ni, atuk abang."

     Miya menoleh ke arah Freddy dengan mata yang membulat besar. Jadi, rumah yang kelihatan seperti istana ini kepunyaan keluarga Freddy? Dia kagum dengan keluarga Freddy. Selama dia menyelidik tentang Freddy, tidak pula ditemuinya soal keluarga sehingga dia fikir Freddy sudah tiada sesiapa di dunia ini selain Ferliy.

     "Jadi, mana yang lain-lain? Mereka ada di sini?"

     Freddy hanya diam memandang Miya. Ibu dan ayahnya telah meninggal dunia sewaktu dia berumur empat tahun kerana terlibat dalam serangan musuh di Sepanyol. Brad mendapatkan perlindungan keluarga Xizel dengan cara menyerahkan Freddy kepada keluarga itu. Ferliy yang masih bayi pula diberi penjagaan sepenuhnya kepada seorang wanita.

     Sewaktu dia meningkat remaja, dia marah terhadap Brad kerana telah memisahkan mereka berdua. Dia mencari Ferliy di merata-rata tempat sehingga satu saat, dia melihat Ferliy hidup aman seperti pelajar-pelajar lain di sekolah. Dia membuat keputusan untuk membiarkan gadis itu, hanya duit yang disalurkan setiap minggu.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now