Bab 11

1.3K 159 2
                                    

     Wajah cuak Herith telah membuktikan sesuatu kepada Freddy yang berada di muka pintu bilik bawah tanah tersebut. Wajah Asniya yang kelihatan aneh memandang ke arahnya membuatkan dahi Freddy berkerut.

     "Saja nak main bunuh-bunuh. Eh Miya!" Enrique menarik mimik wajah teruja setelah terpandangkan Miya berdiri di sisi Freddy.

     "Miya?" Soal Zieymo dan Herith serentak. Siapa pula Miya ni?

     Miya bersembunyi di belakang tubuh tegap Freddy setelah ditegur sebegitu rupa. Enrique nampak aneh pada hari ini, mungkin kerana eyebag membuatkan wajah lelaki itu kelihatan lebih garang.

     "Masalah sekarang ni, kau buat apa?" Freddy menyilangkan kedua-dua belah lengan di bawah dada. Dia melangkah menghampiri Enrique.

     "Dah jawab tadi, aku tak bercakap dengan orang yang suka buat-buat tak dengar. Buang masa aku, jangan ganggu boleh tak?" Enrique mendekatkan alat itu pada lengan Asniya.

     "Auch! Sakitlah Enrique!" Asniya tiba-tiba mengerang kesakitan.

     "Jangan over boleh tak? Aku tak buat apa-apa lagi. Kenapa makin banyak manusia yang nak mati dalam tangan aku ni?" Enrique mengerutkan dahi merenung wajah Asniya.

     "Awak jangan buat macam tu, nanti saya rasa sakit. Lepas tu baru ingat nak bertaubat, saya bukan jahat tapi saya cuma...jahat sikit je. Nak biskut." Asniya memandang mereka semua yang berada di dalam bilik itu.

     "Bagi dia biskut, suruh dia diam." Arah Enrique kepada Herith. Herith terus melangkah keluar bagi mencari biskut.

     "Sejak bila kau berkasar dengan perempuan?" Freddy melangkah ke arah Enrique dan Zieymo.

     "Perempuan? Dia ni lelaki, jangan tertipu." Enrique menyimpan kembali barangnya. Tiada mood setelah melihat kehadiran Freddy yang hanya membuat semak di dalam bilik itu.

     "Ada ke lelaki comel macam saya ni?" Asniya yang tersenyum lebar mula mengajukan soalan.

     "Nampak ni? Macam bentuk muka kau, diam." Enrique mengangkat sebelah kakinya menunjuk tapak selipar yang tersarung kemas.

     "Janganlah macam ni, tak nak! Tak nak! Lepaskan saya sebelum saya gunakan kuasa." Asniya mula mengugut Enrique. Mulut Enrique bergerak-gerak mengajuk kata-kata Asniya sambil melangkah meluru ke arah almari.

     "Sila guna, Enrique ni memang kena ajar sikit. Kita kena bentuk dia jadi seorang manusia yang baik." Zieymo bersuara. Asniya nampak sama seperti mereka, geng suka mengarut.

     "Aaaaa!!!" Asniya menjerit dengan begitu nyaring membuatkan mereka semua menutup telinga masing-masing menggunakan jari telunjuk. Gila betul perempuan ni.

     "Fuck." Carut Freddy setelah jeritan itu sudah tidak lagi kedengaran.

     "Kenapa perempuan tu menjerit? Dia sakit ke? Muka dia pucat macam dalam cerita hantu yang kita tengok semalam. Cuba awak tengok elok-elok, samakan?" Bisik Miya pada Freddy.

     Freddy hanya merenung Miya yang mempunyai ketinggian separas dadanya saja. Gadis itu gemar bertanya membuatkan Freddy penat hendak melayan.

     "Wayar otak warna merah dia dah putus." Jawab Enrique sambil menekan button biru bagi melepaskan Asniya.

     Cing!

     Besi yang menggenggam pergelangan Asniya terlepas seiringan dengan kehadiran Herith di situ. Asniya mengukir senyuman manis, kedua-dua belah tangan dihulurkan kepada Herith bagi mengambil bekas biskut tersebut.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now