"Enrique!" Sudah sekeliling rumah dipusingnya namun kelibat lelaki gila yang bernama Enrique langsung tidak kelihatan. Freddy mengagak lelaki itu tidak balik ke rumah semalam, mungkin kerana takut dibelasah?
Herith yang sedang berdiri di tangga sambil melipat lengan baju kamejanya mula mengerutkan dahi mendengar suara Freddy. Jarang lelaki itu bersuara, mengapa pagi-pagi begini tidak senang duduk? Bukankah sepatutnya kita segar setelah bangun daripada mimpi yang indah? Tetapi indahkah mimpinya semalam?
"Enrique ada kat rumah agam bro, kenapa cari dia?" Tegur Herith yang sedang menuruni anak tangga.
Freddy tidak menjawab malah dia terus mengatur langkah menuju ke biliknya. Sekali lagi dahi Herith berkerut, dah kenapa nak marah-marah pagi ni sial?
"Banyaknya masalah dalam hidup kita sebagai manusia biasa ni, anjing betul ish ish ish..." Kata Herith tenang bersama gelengan kecil sebelum dia melangkah keluar daripada rumah untuk ke office.
Pintu utama rumah agam milik Hezrick ditolak, suasana hening tidak nampak seperti rumah besar itu berpenghuni. Sudah lama mereka tidak ke sini, semuanya disebabkan oleh perpindahan tidak dirancang sehari selepas Hezrick dan Mikayla berangkat ke Sepanyol.
"Enrique!" Freddy masih lagi memanggil nama lelaki itu namun tiada yang menyahutnya.
Pak!
Kaki meja disepak geram sehingga menghasilkan bunyi gema yang kuat. Pandai betul Enrique melarikan diri, dia seakan tahu tentang hal yang berlaku semalam. Dia pasti akan membelasah lelaki itu cukup-cukup jika mereka terserempak di mana-mana.
Miya adalah gadis lurus bendul, begitu mudah diperdaya Enrique yang mempunyai pelbagai perkara jahat di dalam akal fikirannya. Apalah nasib gadis itu.
"Soroklah dalam lubang cacing sekalipun aku tetap akan cari kau, Enrique!" Jerit Freddy lantang sebelum dia melangkah keluar.
Di sebalik dinding, seseorang tersenyum jahat memandang Freddy melangkah keluar daripada rumah. Telefon bimbitnya yang bergetar dikeluarkan daripada kocek seluar, punat hijau ditekan sebelum skrin dilekapkan pada telinga.
"Boss ada kat mana?"
"Ada kat rumah, apahal?" Soal Enrique bersahaja.
"Datang markas bro,"
"Malas. Aku tak tidur lagi dari semalam." Jawab Enrique sambil menghempas punggungnya di atas sofa.
"Tapi kau kena datang jugak bro, Imran bu..."
"Kejap-kejap..." Enrique memintas kata-kata Ejad.
Kak!
Dahi Enrique berkerut teruk selepas terdengar bunyi sesuatu yang diketuk menggunakan objek tumpul. Jari-jari terus menekan skrin telefon bimbit bagi melihat cctv. Tiada pula terlihat kelibat sesiapa di setiap sudut rumah besar itu.
Kak!
Sekali lagi bunyi itu menerjah masuk ke dalam rongga telinga Enrique. Telefon bimbit disimpan, langkah terus diatur ke tingkat atas di mana datangnya bunyi itu.
"Siapa tu? Setan ke?" Soal Enrique sendiri, matanya diliarkan ke sekeliling ruang tingkat dua itu.
Kak!
Bunyi itu kedengaran semakin kuat dan hampir dengan dirinya membuatkan langkah Enrique terhenti. Dia berfikir sejenak, patutkah syaitan takut kepada syaitan? Nafas kecil dihela, buang masa sahajalah.
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐒𝐞𝐜𝐨𝐧𝐝 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐨𝐟 𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬★ ★𝐌𝐚𝐢𝐧 𝐜𝐡𝐚𝐫𝐚𝐜𝐭𝐞𝐫 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞𝐝★ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Enrique Scilert adalah seorang lelaki...