Bab 24

707 77 17
                                    

     Wajah tenang Freddy yang sedang lena direnung. Dia tidak akan pernah jemu menatap wajah kacak ini setiap masa mahupun setiap saat. Lelaki ini terlalu baik, lebih baik daripada sangkaannya. Perjuangan ini tidak mungkin dia tamatkan begitu sahaja.

     "Ehem."

     Miya menggelabah menjauhi Freddy sebaik sahaja terdengar deheman kasar itu. Dia menoleh ke arah Herith yang elok berdiri di muka pintu bilik Freddy. Lelaki itu tersenyum ke arahnya.

     "Saya cuma tengok dia..."

    "Ada aku tanya ke? Tak ada kan? Bermakna aku tak nak tahu, ha tak nak tahu langsung. Suka hati kaulah nak buat apa. Bukan senang nak dekat dengan Fred." Herith menjeling gadis itu. Menyampah! Semua nak ambil kesempatan.

     "Pergi bersembang dekat luar. Aku nak rehat." Freddy mengubah posisi tidurnya. Bantal ditarik sebelum dipeluk erat.

     "Rehat? Apa kau merepek ni? Robot mana ada rehat. Bangunlah makan. Aku ada beli burger kegemaran kau. Yang lain semua tengah tunggu kau." Herith menghampiri katil Freddy.

     Freddy tidak menayangkan sebarang reaksi. Matanya hanya dipejam seperti sedang tidur. Entah sejak bila dia mempunyai makanan kegemaran.

     "Bangunlah! Kau ni kan! Bangun pagi pergi kerja, balik rumah terus tidur. Lepas tu setiap hari ulang benda sama. Mana masa kau untuk keluarga huh?! Bangunlah Fred!" Selimut dan bantal Freddy ditarik lalu dilempar ke tepi katil.

     "Yang kau memekak dalam bilik aku ni apahal? Aku tak kacau kau tolong jangan kacau hidup aku. Keluar." Freddy masih mampu mengawal kemarahannya.

     "Sampai sekarang aku tak boleh terima lepas seorang demi seorang tinggalkan aku disebabkan orang asing yang baru kenal. Dahlah! Kau tunggulah nanti aku bawak balik anak aku dekat rumah ni!" Herith melintasi Miya yang sejak tadi berdiri sambil melihat pertengkaran itu.

     "Kau pun sama! Aku akan pastikan anak aku lagi comel daripada kau orang semua. Tak guna punya manusia!" Sempat Herith menjerit di muka pintu sebelum dia melangkah pergi.

     Freddy bersandar pada kepala katil dengan mata yang terpejam. Mungkin salahnya membuatkan Herith terasa hati disebabkan hal kecil ini.

     Bukan niatnya untuk bergaduh atau bermasam muka dengan sesiapa namun dia cukup tertekan dengan kerja yang perlu dia hadap. Miya yang masih berdiri di tepi katil dipandang. Tidakkah gadis itu rasa bersalah atas segala yang berlaku?

     "Tolong berhenti. Aku dah tak boleh hadap lagi..." kata Freddy.

     "Apa yang awak merepek ni Fred?" Jantung Miya berdegup kencang.

     "Kau sabotaj kerja aku."

     Freddy merenung Miya. Riak Miya berubah cuak mendengar soalannya. Jika bukan Miya, siapa lagi? Hanya gadis itu yang tiada kerja lain selain memerhatikannya selama ini.

     Beberapa bulan ini, tugasnya yang telah disiapkan kerap hilang. Seperti telah dihapuskan dari mana-mana file atau pendrive. Semua tempat dia cari namun jejak kerjanya juga tidak ditinggalkan. Siapa lagi yang hebat dalam bahagian IT dan tidak mencurigakan?

     Dia selalu membawa Miya ke pejabat sehingga lewat malam, gadis itu menemaninya menyiapkan tugas. Sejak beberapa hari ini, dia tinggalkan Miya di rumah setelah tersedar yang dia telah menyiapkan kerja yang sama berulang kali. Dia tidak pernah cuai jika berkaitan tugasan di pejabat.

     Semua ini membuatkan tubuhnya lesu sehingga dia tiada masa untuk keluarga di rumah seperti selalu. Mungkin ini kesempatan terbaik Miya untuk terus mendekatinya. Apa sebenarnya yang perempuan ini fikir?

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now