Bab 52

696 79 50
                                    

     Lokasi Freddy tidak dapat dikesan, tiba-tiba saja menghilang dalam sistemnya sejak petang semalam. Kemungkinan apa yang dikatakan Ejad tadi benar. Mereka semua sedang berada di dalam permainan licik Freddy. Apa yang si sial itu cuba lakukan sebenarnya?

     Kereta mewah miliknya laju menelusuri jalan raya dan memintas kereta-kereta lain. Tiada tempat lain yang dituju selain rumah Hezrick. Dia pasti Freddy berada di rumah agam itu untuk makan tengahari. Freddy telah merancang untuk menikam belakangnya, jadi dia membuat keputusan untuk menikam perut Freddy hari ini.

     Pedal break ditekan sebaik sahaja tiba di dalam halaman rumah agam Hezrick. Tanpa mempedulikan Lian yang duduk di sebelah, dia terus melangkah keluar dari perut kereta. Laju saja langkahnya dibuka menuju ke pintu utama.

     "Laki kau mana?" soal Enrique sambil memandang Miya yang sedang duduk bermain telefon bimbit di dapur.

     "Err... Dekat office lagi, dia balik malam nanti. Kenapa awak tanya?" Miya mengawal riak. Susah hati melihat wajah bengang Enrique itu.

     "Lebih baik kau cakap dengan aku, siapa yang jaga kedudukan Fred sekarang? Anak-anak buah aku hilang jejak dia dari semalam, aku tahu ada orang sengaja sekat. Kau ke yang buat?" Enrique menghampiri Miya yang mula bangun dari kerusi.

     Miya menelan air liur. Apa yang harus dia jawab? Bagaimana jika Enrique mengapa-apakannya di sini? Tolonglah sesiapa datang membantu...

     "Kau pekak? Aku tanya, kau sekat jejak dia ke?!" tengking Enrique.

     Nafas Miya yang sedang ketakutan itu mula kedengaran kuat. Kakinya mengundur sehingga terlanggar kabinet dapur. Tanpa menjawab, dia terus mencapai pisau berdekatan lalu diacu pada Enrique.

     "Jangan dekat Enrique, saya ada pisau."

     "Lepas tu? Kau fikir aku akan lari macam manusia pengecut bila tengok pisau? Miya, kau macam tak kenal aku lagi, kan? Apa kata kau berhenti je buat semua tu untuk Fred, tak ada guna pun kau terus jaga keselamatan dia." Enrique menggeleng kecil bersama senyuman sinis.

     "Miya... Tolong letak pisau tu..." Lian yang baru tiba di situ perlahan-lahan menghampiri Miya.

     "Jangan dekat Lian!" Miya mengacu pisau pada Lian pula.

     "Apa yang... Oh my god! Kenapa dengan semua ni?" Mikayla menekup mulutnya yang terlopong melihat ketegangan di dapur itu.

     "Aku malas nak cakap banyak," kata Enrique sebelum melangkah ke tangga.

     "Enrique! Awak tak ada hak untuk sentuh barang-barang saya!" Miya melepaskan pisau kemudian mengejar langkah Enrique. Dia tahu Enrique akan menuju ke biliknya untuk periksa sendiri di dalam komputer.

     "Ada hak atau tak, itu bukan masalah aku. Selama ni aku yang kawal profil dan jejak kawan-kawan aku, apa masalah kau nak ubah semua benda? Sebab kau dah kahwin dengan dia? Kau fikir aku ni siapa?" Enrique membuka kunci bilik Miya.

     "Awak tetap tak boleh masuk! Fred suami saya, mestilah saya akan jaga dia dengan kemampuan saya yang sama macam awak. Kita cuma lindungi apa yang patut kita lindungi." Miya menghalang Enrique dari terus memasuki biliknya.

     "Perempuan lembik macam kau tak patut masuk campur urusan aku dengan Fred. Kau..." Enrique mula mencengkam pipi Miya.

     "Berkomplot dengan dia untuk bunuh aku," sambung Enrique tanpa nada. Air mata Miya laju mengalir di sisi wajah. Rahangnya yang sakit dicengkam membuat dia tidak mampu menjawab.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now