Bab 4

2K 180 19
                                    

     Jari menekan-nekan skrin telefon bimbit, sesekali matanya menoleh ke arah gadis yang sedang vacuum ruang tamu. Gadis itu seperti sengaja ingin menarik perhatiannya, lenggok tubuh gadis itu benar-benar membuatkan dia rasa meluat.

     "Fred, tengok aje? Sinilah tolong saya," Gadis yang lebih dikenali sebagai Miya mula melangkah ke arah Freddy yang duduk di sofa.

     "Malas." Freddy bersuara, matanya kembali melekat pada skrin telefon bimbit.

     "Tak boleh malas-malaslah, tak sihat untuk tubuh badan," Miya menarik lengan Freddy tetapi lelaki itu langsung tidak terkesan dengan tarikkannya.

     "Kau ni siapa? Aku tak kenal kaulah." Freddy meleraikan genggaman tangan Miya.

     "Betul ke ni? Saya kenal awak tapi kenapa pulak awak tak kenal saya? Saya tahu semua benda, semua sekali! Habis tu, jom kenal-kenal nak?"

     Miya membalas renungan Freddy sebelum pipi lelaki itu diusap lembut. Freddy hanya diam merenung Miya, anehnya gadis ini.

     "Nak saya ajar tak? Awak perlu sediakan sebentuk cincin yang cantik bersinar-sinar sebelum awak bawak saya makan malam kat hotel lapan bintang. Itulah cara orang barat mengenali hati budi masing-masing! Boleh?" Miya menggoyang-goyangkan lengan berurat Freddy.

      Freddy masih lagi diam, tangan Miya sudah tidak lagi ditepisnya kerana perangai keras kepala gadis itu membuat dia berasa rimas. Jika dia tepis dan gadis itu mencapai tangannya lagi, risau ada yang mati di dalam rumah ini pula.

     Ada sesuatu yang pelik terhadap Miya, Freddy langsung tidak dapat membaca identity sebenar gadis itu walaupun telah memakai lens yang dikhaskan untuk mengetahui profile pengenalan diri manusia. Adakah gadis ini salah seorang daripada musuhnya?

     "Fred? Awak tak bisukan?" Tanpa segan silu bibir Freddy diusap lembut. Freddy bertindak memegang tangan gadis itu.

     "Siapa kau ni?" Soal Freddy bernada tegas. Dia mula berdiri menghadap Miya.

     "Manusialah, apa lagi? Awak fikir saya alien? Alien tak ada hidung dan bibir macam ni," Jari telunjuk Miya menunjuk ke arah hidungnya sendiri kemudian beralih pula pada bibir nipis miliknya.

     "Okay blah sekarang," Freddy terus beredar dari ruang itu tanpa menunggu jawapan Miya.

     "Tapi kenapa kena pergi? Saya tak buat apa pun, Fred! Sinilah, saya nak mintak tolong awak angkat sofa tu, beratlah Fred!" Miya terus menerus mengejar langkah Freddy yang meluru ke arah kolam.

     Bush!

     Freddy bertindak menolak tubuh kecil Miya jatuh ke dalam kolam yang agak dalam. Matanya merenung kosong ke arah Miya yang terkapai-kapai tanpa ada rasa untuk menolongnya.

     "Matilah kau dalam tu, perempuan gila." Freddy terus melangkah pergi.

   "Hurm Fred..."

     Miya yang sudah terapung mencebik bibir, belakang tubuh Freddy dipandang lama. Nasib baiklah dia pandai berenang, dalam juga kolam kecil ini.

     Rambutnya yang panjang sudah dibasahi air. Dia keluar dari air dan terus melangkah ke arah lif  untuk naik ke tingkat atas. Riak wajah kosong ditayangkan kepada Enrique yang juga melangkah masuk ke dalam lif yang sama.

     "Macam mana awak didik kawan awak ya? Dia sangat-sangat degil, macam kucing hutan. Kalau dia nak saya jadi singa, saya boleh aje tapi saya risau dia bunuh saya pulak, macam mana nak buat?" Air yang membasahi baju dibiarkan menitik di atas karpet.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora