Bab 32

653 74 26
                                    

     Enrique mengerling Lian yang duduk di belakang melalui cermin tengah. Gadis itu diam sejak di bawa keluar dari hospital. Mungkin masih di dalam kesakitan. Tetapi bukannya sudah disuntik ubat penahan sakit ke tadi?

     "Lepas ni main pisau lagi. Nasib baik tercucuk kaki, kalau tercucuk leher ke jantung tadi tak ke lebih menyusahkan? Terpaksalah orang lain gali kubur untuk kau..." Enrique mula membebel untuk menyakitkan hati Lian.

     "Kena jahit ke?" soal Herith sambil memandang Lian di belakang.

     Lian mengangguk kecil.

     "Kesian dia sakit. Nanti saya belikan awak aiskrim. Awak suka perisa apa?"

     "Mint choco..." jawab Lian.

     Herith mengangguk perlahan sebelum sisi wajah Enrique dipandang. Diam pula si Enrique ini. Dia pasti Enrique sedang merancang sesuatu. Jangan percaya bisingnya, diamnya juga orang bodoh saja yang percaya.

     "Dari umur berapa awak tinggal dekat situ?" soal Herith. Sengaja ingin mengajak Lian berbual.

     "Kata bonda, dari lahir..." Lian membalas renungan Herith.

     "Dah ada boyfriend ke?" Herith mengerling sisi wajah Enrique yang sedang memandu itu sebelum matanya kembali memandang Lian.

     "Err belum... Abang dah kahwin ke?" soal Lian.

     "Tak payah nak berabang dengan dia. Kau panggil dia tuan jugak sudahlah. Kau fikir aku ni tunggul kayu ke? Dia tak ingin pun nak ambik kau sebagai adik angkat atau ada apa-apa hubungan dengan kau." Tiba-tiba Enrique rasa panas mendengar panggilan Lian terhadap Herith.

     "Siapa cakap? Akukan nak angkat dia sebagai is..."

     "Diam anak anjing! Kau ni banyak cakaplah. Bising tahu tak? Lian tengah sakit tu, cubalah faham sikit. Kau cakap lagi sumpah aku tendang kau keluar dari kereta ni." Enrique menjeling Herith tajam.

     Herith tersenyum kecil. Dia dapat melihat jelas 'buih-buih kecil' sudah mula berterbangan. Sama seperti dalam perbincangannya bersama Hezrick beberapa hari lepas.

     "Aku ada tugas lain untuk kau." Hezrick memandang Herith yang berdiri di belakangnya.

     "Kau nak aku siasat siapa pulak kali ni? Aku on je tapi bayaran lebih sikitlah daripada biasa sebab kau tahu kan kerja yang kau bagi tu tak mudah?"

     "Pasal Enrique."

     "What? Kau biar betul? Tak risau dia dengar ke? Mampus aku nanti dia baling taik anjing-anjing belaan dia tu..." Herith meliarkan pandangannya ke sekeliling.

     "Sebab tu aku ajak kau bersembang dekat sini, tempat yang takkan tinggalkan jejak untuk Enrique tahu."

     Hezrick memandang Herith yang susah hati itu. Herith tidak pernah berjauhan lama daripada Enrique. Ke mana saja Herith pergi, pasti Enrique akan tahu terlebih dahulu.

     Siapa tidak kenal Enrique? Lelaki itu gemar akan kerjanya iaitu memerhati orang namun dia akan menayangkan riak seperti tiada apa-apa yang dia tahu apabila ditanya. Padahal, dia tahu segalanya.

     "Okey. Kalau apa-apa terjadi pada aku, kau back up lah. Aku tak takut dengan Enrique tapi aku risau sikit dengan gila dia. Kau tahukan dia sanggup buat apa je sampai hati dia puas?"

     "Haish kau ni, risau sangat. Bukan dia yang tentukan hidup mati kau. Hal lain kau jangan risau. Walaupun dia macam tu, dia masih dengar cakap aku buat masa ni. Degil dia tu tak ke mana punlah." Hezrick tersenyum kecil memandang Herith.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now