Bab 40

781 74 29
                                    

     Enrique mengacu pistol tepat pada belakang kepala lelaki yang sedang sibuk meletakkan Lian ke tempat duduk belakang kereta. Perlahan-lahan lelaki berbangsa cina itu berpaling sambil mengangkat kedua-dua belah tangan separas bahu.

     "Apa yang anjing macam kau fikir untuk mempermainkan aku?" soal Enrique sinis.

     "Perempuan ni perlu bayar semua hutang rumah anak-anak yatim tu," jawab lelaki cina itu berani.

     "Aku akan bayar dengan dua pilihan, mati atau mati?" Enrique menyoal sinis.

     "Aku ta..."

     Pak!

     Wajah lelaki itu dihentak menggunakan pistol di tangan Enrique.

     "Kau tak perlu jawab, aku dah tahu jawapan. Uruskan mamat cina ni." Enrique menyimpan sepucuk pistol miliknya.

     Imran yang menerima arahan itu mengangguk kecil. Tubuh lelaki cina tadi dipalingkan, tangan pula digari lalu ditarik ke sebuah kereta jenis jeep bewarna hitam.

     "Bini mafia tak sepatutnya lembik macam ni..." Enrique memandang tubuh Lian yang terbaring tidak sedarkan diri itu. Tubuh itu dicempung lalu dipindahkan ke keretanya.

*****

     Hezrick menunggu Enrique di hadapan pintu utama bangunan syarikat lelaki itu. Berkali-kali dia menghubungi dua orang bos syarikat itu namun tiada seorang pun yang menjawab. Tidak tahu apa yang difikirkan Herith dan Enrique sehingga menyenarai hitam namanya daripada memasuki syarikat ini.

     "Seronok kau berkelah dekat tempat panas macam ni?" Enrique menegur Hezrick.

     "Babilah kau dua ekor ni. Geram betul aku. Kulit aku ni dah merah macam udang bakar dah." Hezrick membebel sambil membontoti Enrique masuk ke dalam.

     "Sir, your name still in blacklist. If you..."

     "Dia dengan aku. Keluarkan dia daripada senarai hitam." Enrique berkata kepada pekerja lelaki itu sebelum melangkah pergi.

     "Dengar tu? Bersihkan nama aku sekarang." Hezrick berkata sebelum berlari anak mengejar langkah Enrique.

     "Mana kau letak Lian, huh? Apa masalah kau orang berdua sampai perlu berjauhan macam ni?" Hezrick terus menyoalkan hal itu sebaik sahaja punggungnya dilabuhkan ke kerusi.

     "Waktu kau dengan Kayla dulu okey je berjauhan. Asal aku tak boleh pulak? Lantaklah, Lian bini aku bukan bini kau. Suka hati aku nak buat apa atau nak hantar dia dekat mana sekalipun. Apa kaitan dengan kau?"

     "Kau tahu sekarang waktu bahaya untuk kau hantar dia balik semula rumah anak-anak yatim tu. Kenapa kau buat jugak? Kau cuma akan membahayakan nyawa budak-budak lain sekali."

     "Dia yang menangis-nangis nak balik. Kau fikir aku banyak masa ke nak layan perangai cengeng macam tu?" Enrique membalas renungan biasa Hezrick.

     "Aku percaya dia takkan mintak balik tanpa sebab. Kau tak pukul dia, kan?" Nada suara Hezrick mula mengendur. Dia risau Enrique berkasar dengan gadis yang baik seperti Lian. Lian tidak sepatutnya dilayan teruk oleh suami sendiri.

     "Apa masalah kau kalau aku cakap aku pukul dia semalam??" Enrique semakin mencabar kemarahan kawannya itu.

     "Kau dah lupa macam mana berianya kau tanya dia pasal kahwin setiap kali terserempak dulu? Aku yang rasa bersalah sebab suruh Herith buat kau cemburu supaya kau sedar perasaan kau sendiri."

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now