Bab 50

774 94 58
                                    

     SAMPUL surat yang dihulurkan pekerjanya disambut bersama anggukan kecil. Punggung dilabuhkan ke atas kerusi kerjanya sambil tangan sibuk membuka sampul surat. Beberapa keping gambar dan sekeping memory card dari dalam sampul coklat itu dilihat dengan riak kosong.

     Nafas kecil dihela. Gambar itu menunjukkan Miya sedang duduk sambil meletakkan serbuk putih di atas lengan. Dia tahu itu adalah sejenis dadah. Wajah cengkung Miya serta tubuh yang kurus kering di dalam gambar jelas menunjukkan Miya adalah seorang penagih dadah.

     Gambar Miya yang hanya memakai baju dalam serta seluar pendek itu dipandang lama. Sewaktu itu mungkin Miya berada dalam ketagihan yang teruk. Sudah cukup susah untuk mengubati penagih yang mengalami keadaan itu sehingga ada yang mati sewaktu proses membaik pulih. Bagaimana pula Miya mampu bertahan?

     Tidak sanggup lagi dia melihat, gambar-gambar serta memory card kembali disimpan ke dalam sampul. Dia akan menghapuskan sampul ini. Mungkin ketagihan itu adalah salah satu penyebab mental Miya terganggu, sehingga sekarang gadis itu tidak boleh tertekan walaupun sedikit.

     Tidak lain dan tidak bukan, pasti Asniya yang menghantar sampul ini. Apa sebenarnya motif Asniya?

*****

     Pintu utama rumah agam dikuak. Dia membalas senyuman Miya yang berdiri di hadapan pintu itu. Miya terus mencapai tangannya lalu dicium belakang tapak tangan seperti biasa.

     "Awak naik mandi dulu, saya tunggu dekat meja makan tau." Miya berlalu pergi.

     Freddy hanya diam melihat belakang tubuh Miya. Apa lagi perkara buruk yang dihadapi gadis itu selama ini? Dia sendiri merasakan dirinya tidak setabah Miya yang masih mampu tersenyum bahagia itu.

     Selesai makan, mereka berdua duduk bersantai di tepi kolam. Air kolam tu telah menjadi suam sepenuhnya. Dua pasang kaki direndam ke dalam air kolam itu sambil menikmati suasana malam yang agak dingin dikelilingi hutan.

     "Nak mandi kolam tak?" soal Freddy lembut.

     Miya hanya menggeleng kecil bersama senyuman. Freddy terus turun ke dalam kolam. Lelaki itu berenang ke sana dan ke sini beberapa kali sebelum berhenti di kaki Miya.

     "Ish awak ni, habislah basah saya nanti," kata Miya sambil menahan lengan Freddy yang ingin merangkulnya itu.

     "Basah je, tak mati pun sayang." Freddy mengucup perut Miya yang berlapikkan baju.

     Miya bermain-main dengan rambut Freddy. Mungkin ini waktu yang sesuai untuk dia membincangkan tentang ugutan Asniya. Tidak mahu dia menghadapi salah faham baru bersama Freddy, cukuplah pergaduhan sebelum kahwin yang membuatkan mereka berdua hampir berpisah. Dia terlalu takut pergaduhan itu berulang.

     "Awak..."

     "Miya..."

     Mereka bersuara serentak.

     "Awak cakaplah dulu," kata Miya.

     "Awak pernah masuk pusat pemulihan ke?" soal Freddy berterus-terang.

     Miya menelan air liur. Apa yang membuatkan Freddy bertanya tentang hal ini?

     "Tt... Tak, tak pernah. Kenapa awak tanya?" Miya mengawal riak.

     "Cuma pelik, macam mana awak boleh sembuh daripada ketagihan?"

     "Macam mana awak..." Darah Miya berderau. Tangannya terhenti daripada bermain-main dengan rambut basah Freddy. Adakah Freddy telah menerima gambar serta rakaman itu?

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now