Bab 46

952 46 0
                                    

     Sedari tadi anak mata hazel gadis itu galak perhatikan tindak tanduk Syazryl. Bermula lelaki itu keluar dari bilik sehingga lah dia keluar duduk di atas pangkin sambil menghayati deruan angin pagi ini.

Berkira-kira Hanan ingin menapak mendekati Syazryl yang elok termenung depan jalan tar membelakanginya. Otaknya berperang dengan kehendak hatinya. Otaknya menyuruh dia mendekati Syazryl dan berbincang secara baik, manakala hatinya seakan-akan berat untuk menapak mendekati Syazryl.

Tapi sampai bila dia perlu berkeadaan macam ni? Sampai bila perang dingin ini berterusan? Syazryl abangnya. Selama ni Syazryl lah menjadi pelindung dia sebelum Qairul. Takkan disebabkan isu dia yang kini sudah berkahwin, hubungan dia dengan Syazryl berentakkan begini?

Jujur, dia rindukan saat-saat manis bersama Syazryl. Dia rindukan gurauan lelaki itu. Dia rindukan senyuman lelaki itu dan yang paling dia rindukan, bicara lembut lelaki itu. Kalau dia terus terusan mengelat mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan. Hanan tak nak semua itu berlaku dan dia sudah fikir masak-masak, hari ni dia akan berbincang secara empat mata dengan Syazryl berdua.

Hanan menarik nafas perlahan. Perlahan dia membawa langkahnya ke arah Syazryl. Semakin perlahan pergerakan kakinya ke batang tubuh Syazryl, semakin tinggi debaran di dadanya berombak.

"Abang Ryl..."

Syazryl tersentak tatkala namanya diseru oleh Hanan. Laju dia berpaling ke belakang. Wajah Hanan yang bertudung bawal itu menyapa matanya. Terkedip-kedip matanya memandang wajah itu.

"Boleh kita bercakap di sini?" pinta Hanan sekadar tersenyum manis.

Wajah Hanan direnung lama. Bibirnya yang menyepi tadi kembali bersuara.

"Duduk lah."

Lega hatinya apabila Syazryl dengan senang hati memberikan dia ruang untuk bercakap. Hanan labuh kan duduk di hujung pankin.

"Ikha nak bincang apa dengan abang?" Suara Syazryl memecahkan keheningan di antara mereka. Hanan meramas tangannya sendiri. Cuba mencari kekuatan dalam dirinya.

"Pasal Ikha dengan Shad, abang masih marahkan kami?"

Sepi.

Senyuman di bibir dia cuba utuhkan biarkan kesepian Syazryl telah mengungkapkan segala persoalan di kepalanya.

"Ikha tahu abang masih tak boleh terima, dan Ikha kat sini nak minta maaf sebab tak tunaikan janji untuk menunggu abang di sini." Kepala dijatuhkan merenung kakinya.

Syazryl mengeluh perlahan. "Ikha tahu kan abang nak memperisterikan Ikha kalau abang habis sem di sana? Ikha sendiri sanggup bagi harapan pada abang dan sekarang Ikha sanggup hancurkan hati abang. Apa silap abang dekat Ikha? Salah ke abang cintakan ikha?"

Hanan melepaskan keluh kesal.
Pandangan redup dilemparkan ke arah Syazryl.

"Ikha tahu tapi masa tu Ikha tersepit. Kalau Ikha cakap kat abang, abang tak akan faham. Abang tak ada silap tapi kesilapan tu terjadi sebab Ikha. Ikha sedar semua tu," kepala terus berpaling apabila matanya terasa semakin memanas.

Mata dipejam erat. Sakit di dadanya seakan dicengkam kuat. "Kalau macam tu fahamkan abang."

Perlahan dia mengesot rapat ke arah Hanan yang tunduk merenung tanah sambil menggenggam kedua-dua tangannya kemas.

"Ikha..."

Hanan angkat wajah. Pandangan mereka bersatu. Senyuman yang sekian lama disimpan akhirnya terukir di bibir Syazryl.

"Abang maafkan Ikha. Abang tak sanggup tengok Ikha sedih macam ni. Abang minta maaf sebab abang tak cakap tentang kita dekat umi dengan walid lebih awal. Mungkin kalau abang bertindak lebih cepat, Ikha akan jadi milik abang." Syazryl tertawa sinis. Terasa dirinya bodoh kerana melepaskan peluang yang ada tika dahulu.

[C] Please Remember Where stories live. Discover now