Bab 74

1.4K 47 7
                                    

          "Boleh tak kita singgah kedai makan dekat situ? Saya rasa macam nak makan laksa lah." Pinta Hanan tiba-tiba. Matanya melekat ke sebuah kedai makan yang tidak jauh dari tempat Qairul hentikan kereta.

Sebenarnya, sudah lama tekaknya inginkan laksa, namun memandangkan sejak dua menjak ini mereka sebuk, diabaikan keinginannya yang satu itu.

Tapi disebabkan semalam Puan Syafiqah iaitu PA kepada majikan dia, membeli laksa sewaktu lunch. Air liurnya kembali kecur inginkan laksa.

Hari ni bersama tekad di dada, dia tetap nak makan laksa!

"Laksa?"

Hanan angguk laju. Kepala berpusing menghadap Qairul. "Boleh tak?"

Mata hazel itu menatap Qairul dengan mata bersinar. Qairul diam berfikir sebelum kepala dijatuhkan tanda membenarkan. 

"For my violet, everything is possible." Jarinya sempat mencubit pipi Hanan yang bertambah gebu.

Melebar senyuman Hanan. Kena cubit pun, cubit lah! Janji, dia dapat laksa idamannya.

"Terima kasih awak!" ucapnya teruja. Tidak cukup dengan itu bibir kecil Hanan mula terkumat-kamit merancang jika pergi ke gerai tersebut. Siap mengira dengan jarinya lagi.

Melihatkan tingkah Hanan itu membuatkan Qairul tertawa kecil. Kelakuan Hanan benar-benar buatkan hatinya mudah terhibur.

Pada mulanya agak pelik dengan permintaan Hanan yang inginkan laksa tetapi bila difikirkan semula, mungkin Hanan sudah lama tidak merasa makan laksa. Itu yang menyebabkan Hanan teringin sangat.

"Biar saya belikan, awak duduk je dalam kereta tau."

Qairul berura-ura mahu keluar tetapi ditahan oleh Hanan. Wajah Hanan yang berubah suram itu dipandang tanda tanya.

Lah, ni dah kenapa pula sedih ni?

"T...tapi saya nak ikut sekali." Suaranya perlahan. Lirih sahaja bunyinya.

Qairul senyum kecil. Tidak sampai hati dia mahu menolak permintaan Hanan. Dagu Hanan dicuit halus. Hanan angkat wajahnya.

"Kalau macam tu kita pergi sama-sama."

Hanan angguk laju. Teruja sungguh gayanya.

"Okey!"

🌸🌸🌸

         Tidak berkelip Puan Zahra melihat Hanan yang begitu berselera. Gayanya dah macam orang  kebuluran. Lagi membuatkan dia hairan, entah sejak bila Hanan penggemar makan laksa?

Setahu dia, Hanan bukan suka makan laksa. Puan Zahra sangat yakin sebab sebelum-sebelum ni dia pernah buat laksa dan lagi mengejutkannya, Hanan langsung tidak makan!

Seketika Hanan berhenti. Perasan akan dirinya yang direnung, Hanan terus angkat kepala pandang Puan Zahra.

"Ibu nak rasa tak?" Pelawa Hanan sambil mengaut laksa. Nadanya bukan main ceria bertanya. Puan Zahra menggeleng.

"Tak apa lah, Hanan makan lah. Ibu rasa kenyang lagi." Tolak Puan Zahra lembut. Melihat Hanan yang begitu selera tu pun satu kebahagiaan buat dia. Tak sampai hati dia nak ganggu Hanan.

Hanan pula hanya mengangguk kemudian kembali menyambung makan. Pandangan pelik daripada Puan Zahra langsung dia tak perasan, dia cuma tahu laksa ni sedap sampai membuatkan dia cuma ralit pada laksanya sahaja.

Tak menyesal dia beli laksa dengan Qairul tadi!

"Ibu rasa macam ada benda tak kena lah." Puan Zahra berterus terang. Tidak betah dia mendiamkan diri sebegini. Melihatkan perubahan Hanan ini satu kejutan buat dia.

[C] Please Remember Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang