Bab 75

2.4K 53 6
                                    

     Bahu Hanan ditepuk lembut, menyedarkan Hanan dari terus mengelamun jauh. Kepala Hanan perlahan-lahan mendongak memandang gerangannya yang menegurnya.

Wajah Qairul ditatap tanpa riak.

Cukup kosong.

"Kita masuk, ya? Dah nak maghrib ni." Ajak Qairul lembut. Bahu Hanan digosok lembut tanda memujuk.

Hanan kalih kan wajah ke tepi. Tangan Qairul yang memegang bahunya ditolak perlahan.

Terdiam Qairul apabila Hanan berbuat begitu. Agak tersentak apabila Hanan menolak sentuhannya, namun dia cuba berfikiran terbuka. Emosi Hanan masih tidak stabil lagi.

Walaupun sudah dua hari pemergian mak tok tetapi sampai ke saat ini Hanan diam tidak bercakap dengan orang sekeliling termasuk dengan dirinya. Hanan hanya bercakap dengan dia apabila dalam keadaan kecemasan sahaja.

Hanan pula, sejak semalam asyik muntah-muntah sehingga hampir jatuh pengsan. Muntah bukan biasa-biasa, sampai dua tiga kali juga dia dan Hanan ulang alik ke tandas. Masa tu Qairul sudah naik risau sehingga mengajak Hanan ke klinik tetapi Hanan menolak keras.

Bila ditanya, balasan Hanan cuma...

Ya.

Tak nak.

Okey.

Hm...

Itu je lah jawapan Hanan bila dia ajukan soalan.

"Saya boleh bangun sendiri." Tangan Qairul di bahagian lengannya ditolak halus.

Sekali lagi dia ditolak dan kali ini benar-benar membuatkan dia terkedu.

Tanpa kata apa-apa, Hanan berdiri lalu berjalan masuk sendiri ke dalam rumah. Qairul di belakang hanya mengekori belakang Hanan sehingga tubuh Hanan hilang disebalik pintu bilik yang telah ditutup tanpa sempat Qairul masuk.

Qairul berhentikan langkah lalu menatap sayu pintu bilik yang telah ditutup itu.

Dia tak pernah sedih macam ni tapi perubahan sikap Hanan benar-benar membuatkan dia dihambat rasa sedih yang melampau. Bibirnya melepaskan keluhan berat.

Tanpa sedar perilaku Hanan dan Qairul sudah diperhatikan sejak mula mereka masuk ke dalam rumah. Mangkuk di dalam tangannya, dipegang erat sebelum mengagahkan diri untuk melangkah menghampiri Qairul yang berdiri di hadapan bilik Hanan.

"Ikha masih muntah lagi ke Shad?" tanya Puan Suhaida berhati-hati.

Qairul berpaling ke tepi. Tubuhnya berganjak ke belakang sedikit sebelum bibirnya mengulas senyuman tipis.

"Tak dah umi, cuma muka je masih pucat," jawab Qairul sopan. Anak matanya jatuh ke arah mangkuk di dalam tangan Puan Suhaida.

Perasan dengan pandangan Qairul. Puan Suhaida turut pandang mangkuk di dalam tangannya sebelum kembali pandang Qairul.

Puan Suhaida senyum nipis. "Umi ada buatkan sup ayam untuk Ikha. Shad tolong bagi dekat Ikha, boleh? Dari pagi Ikha tak jamah apa-apa. Ibu risau."

Mangkuk di tangan mula bertukar tangan. Qairul pandang Puan Suhaida. "Umi tak nak masuk hantarkan pada Ikha?"

Puan Suhaida senyum tawar sebelum menggeleng lemah. "Tak apa lah, umi tak nak memaksa Ikha. Lagipun umi tahu, Ikha tak berapa sihat."

Qairul terdiam kejap. Wajah mendung Puan Suhaida menceritakan segalanya. Tidak mahu memaksa, Qairul hanya akur.

"Shad masuk dulu ya, umi," ujar Qairul meminta izin.

Puan Suhaida angguk. "Kalau ada apa-apa panggil je umi. Pasal Anas, biar umi yang jaga malam ni lagi, ya?"

[C] Please Remember Where stories live. Discover now