Bab 3

2.7K 111 0
                                    

     Hanan berdiri di luar balkoni. Rambutnya yang panjang mengurai hingga mencecah ke pinggang itu, mulai bertebangan mengikut angin. Seketika dia termenung memikirkan nasibnya.

"Abang, kalau saya cakap ni abang setuju je kan?"

Perbualan suara antara umi dan walidnya, dapat didengari. Dengan penuh tergesa-gesa, Hanan laju menuruni tangga hendak makan petang. Perutnya sudah mula membuat konsert dendangan.

Itu lah, kat sekolah jual mahal makan roti sahaja.

"Insyaallah, kalau benda tu terbaik untuk semua orang, abang setuju." Kata Encik Ilzam tenang.

Puan Suhaida tersenyum tawar. Wajah si suami direnung penuh dalam sebelum perlahan-lahan tangan Encik Ilzam dicapai lalu digenggam erat.

"Apa kata kita kahwinkan adik?" Cadang Puan Suhaida. Riak wajahnya penuh berharap.

Langkah kaki Hanan serta merta terhenti tatkala mendengar kata-kata tersebut.
Matanya membulat kerana terlampau terkejut.

Umi nak kahwinkan dia? Dengan siapa?

Kerana rasa sangsi, Hanan kembali naik ke atas tangga. Badannya cuba disembunyikan disebalik dinding kecuali kepala. Dia menjengulkan kepala ke arah dapur mengintai kelibat umi dan walidnya. Perbualan umi dan walidnya dapat didengari dengan jelas.

"Ida! Apa awak cakap ni? Adik kan masih muda kenapa nak kahwinkan dia dalam usia macam ni?" kata Encik Ilzam kedengaran membantah. Wajahnya jelas tidak menyukai dengan tindakan Puan Suhaida.

Jantung Hanan mula berdegup tidak sekata memikirkan segala kemungkinan yang akan berlaku.

Kahwin? Hanan berasa amat hairan.

Kenapa Puan Suhaida hendak mengahwinkannya dalam usia begini? Dengan cara terpaksa, Hanan hanya menadah telinga mendengar perbualan kedua-dua orang tuanya.

"Ini sahaja satu-satunya peluang abang, lagipun anak Zainun tu baik dan cerdik. Saya yakin Shad tu mampu bimbing adik." Pujuk Puan Suhaida lagi.

Encik Ilham menghelakan nafas panjang. "Awak tak terfikir ke perasaan adik? Apa kata dia bila kita suruh dia kahwin dalam usia dia macam ni?"

Puan Suhaida mula terdiam. Sedikit banyak pertanyaan suaminya membuatkan dia berasa bersalah terhadap Hanan tapi cepat sahaja di buang. Semua ini untuk kebaikan Hanan dan Syazryl anaknya.

"Abang, ini untuk kebaikan mereka bang. Ryl tu balik jarang disebabkan ini. Kadang-kadang tu dia sanggup duduk kat rumah kawan dia berbulan -bulan sebab tak nak bertembung dengan adik. Kalau adik tu dah jadi isteri bolehlah suami dia tengok-tengokkan adik dan tiada apa lagi alasan untuk Ryl nak balik."

Hatinya bagai rapuh saat mendengar tuturan umi nya. Sanggup abangnya tak balik berbulan disebabkan dia? Apa salah ku?

"Abang tahu yang Ryl dan adik bukan mahram tapi boleh ke Ida tak kahwinkan adik dengan anak Zainun tu? Tak ada cara lain ke?"

Bukan mahram apa maksud walid? Di intai wajah Puan Suhaida dan Encik Ilzam, berdegup kencang jantungnya tika ini.

"Ini je bang untuk mereka. Ida yakin Shad boleh bimbing adik dan adik akan jadi isteri solehah biar pun dia masih muda. Saya bukan nak buang dia dari keluarga ni tapi saya nak dia dijaga oleh suaminya.

[C] Please Remember Where stories live. Discover now