Bab 32

1.9K 83 4
                                    

      Sakit yang mencengkam perutnya membuatkan  Hanan berpeluh satu badan. Badannya merengkok kesakitan, berpusing-pusing badannya untuk meredakan kesakitan yang dialami.

Sejak semalam Hanan tidak menjamah walau satu pun makanan sehingga ke  hari ini. Gadis itu langsung tidak keluar dari kamarnya kerana kesakitan.

Sarapan pagi tadi? Langsung dia tidak buat. Hari ni dirinya  benar-benar terasa lesu dan lemah.

Tilam yang sedikit tenggelam disebelah nya membuatkan Hanan mencelikkan matanya lemah.

"Kau dah kenapa macam tenggiling merengkok macam tu?" Suara Qairul menyapa halwa telinganya. Hanan tidak menjawab, dia malas nak  bergaduh dengan Qairul. Lagi-lagi waktu sekarang ni.

Nak bersuara pun tak larat.

"Woi Hanan! Aku tanya kau ni, kau buat bodoh pulak," kata Qairul agak tidak puas hati.

Naik juga anginnya apabila Hanan dengan pekak badak buat tidak tahu sahaja dengan soalannya.

Keluhan kecil meniti dibibir mungil milik Hanan. Hanan menghadap Qairul.

"Saya tak sihat ni. Kalau awak nak ajak gaduh lain kali saja lah. Saya betul-betul tak larat ni," balas Hanan lemah. Perutnya yang memulas sakit membuatkan tangannya semakin mencengkam ke bahagian perutnya.

Tanpa fikir panjang tentang Qairul yang masih belum keluar dari biliknya, dia terus pejamkan mata dan merengkok semula di dalam selimut.

"Kau tak makan lagi kan?"

Pertanyaan Qairul dibalas dengan  gelengan.

Tilam sudah tidak terasa tenggelam. Tahu lah dia bahawa Qairul sudah keluar dari biliknya. Hanan lepaskan keluhan lemah. Kesakitan yang dirasai  membuatkan air mata Hanan mengalir perlahan.

Selama dia hidup ini, tidak pernah lagi dia mengalami gastrik sesakit ni.  Biasa kalau Hanan gastrik, dia terus menjamah makanan walaupun sedikit tetapi kali ni selera dia mati. Nak makan secebis makanan pun tak larat. Hanan hanya mampu merengkok kesakitan.

"Kau makan ni sekarang." Selimut yang menutupi tubuh Hanan ditarik sedikit. Hanan masih begitu, tiada tanda-tanda ingin bangun.

Qairul merengus kasar. "Kalau kau tak nak makan macam mana nak sihat? Kau ni cuba fikirkan tentang diri tu sakit. Kalau sakit, kau juga yang susah."

Qairul sudah mencekak pinggang. Geram dengan Hanan yang masih buat keras kepala.

Hanan mendengus kasar seraya tubuhnya dibangkit sedikit. Berpinar juga matanya apabila kepala diangkat dari bantal.

Qairul pantas mengambil bantal di kepala Hanan lalu dia letakkan ke belakang badan gadis itu supaya Hanan dapat bersandar dengan lebih selesa.

Masam wajah Hanan dengan bibir dimuncungkan, sudah lah moodnya tidak seberapa nak baik, Qairul pulak memaksanya.

Sebungkus roti dihulurkan ke arah Hanan. Terkebil-kebil gadis itu seketika. Qairul merengus seraya mengambil tangan kanan Hanan lalu diletakkan sebungkus roti di atas tapak tangan itu.

"Makan cepat," arah Qairul dingin. Beku sahaja wajahnya. Lelaki itu masih statik berdiri di depannya sambil memeluk tubuh.

Dahi Hanan sedikit berkerut. Tak nak keluar ke suaminya ni?

"Aku nak tengok kau makan, nanti kalau aku keluar bilik kau bukan makan pun, cepat makan depan aku."

Hanan mencemikkan bibirnya, ingatkan apa lah tadi rupanya nak pastikan dia makan juga roti pemberian dia ni.

[C] Please Remember Where stories live. Discover now