Bab 6

2K 86 0
                                    

      Loceng yang berbunyi, mematikan lamunan Hanan. Punya lah lama dia termenung sampai tidak sedar waktu rehat sudah tiba.

Hanan beristighfar panjang, bila difikirkan balik. Dia sungguh menyesal membuat keputusan terburu-buru. Kini dia sedar,  macam mana dengan perasaan Puan Suhaida? Tak akan dia mahu membantah permintaan umi nya gara-gara mengikut lamaran abang Syazryl nya? Tidak!  Dia tak akan lukakan hati umi nya.

Sejak dua menjak ni hidupnya seperti tidak terurus. Fikirannya pun berserabut memikirkan masalah yang tak berpenghujung ini.

"Hanan?"

Hanan tersentak, di kerling wajahnya ke tepi. Aisyah hanya memerhatikan lagak Hanan yang macam cacing kepanasan sedari tadi.

Hanan tersenyum kekok. Dia mula bermain sesama jarinya.

"Hanan kau okay tak?"

"Ha? Aku okay Syah. Jangan risau lah," kata Hanan dengan nada sedikit ceria. Wajahnya yang sedikit muram tadi diukirkan senyuman bagi menutup segala masalah yang dihadapi.

Aisyah hanya membalas senyuman Hanan. Dia pasti mesti Hanan di timpa masalah. Aisyah kenal perangai Hanan, jika Hanan di timpa masalah mesti mengelamun panjang dan banyak mendiamkan diri.

Mana mungkin orang yang paling ceria tiba-tiba diam. Tak pelik ke? Sejak mereka bertembung di awal persekolahan tingkatan 1, mereka mula bermula berkawan sehinggalah sekarang. Dia kenal sangat dengan perangai Hanan.

"Cuba cerita kat aku, mana tahu aku boleh tolong? Aku kan kawan baik kau Hanan." Hanan tersenyum, sikap prihatin Aisyah membuatkan dia terharu. Baginya Aisyah kawan yang paling baik.

"Tak ada apa-apa, mungkin aku terlampau penat. Tak perlu dirisaukan." Hanan menepuk tangan mulus milik Aisyah, tanda dia tiada apa-apa.

Aisyah tidak mahu mendesak Hanan hanya mengiyakan saja. Dia yakin lama-lama Hanan akan memberitahunya juga cuma mungkin Hanan tidak sedia atau perlukan ruang untuk luahkan?

"Hmm... Tak apa lah kalau macam tu. Ha, ni kau nak ikut aku pergi kantin atau nak kirim makanan je?" Soal Aisyah.

"Kirim je lah. Macam biasa karipap dengan air, kalau karipap habis belikan aku roti eh?"

Aisyah mengangguk. Kakinya mula melangkah ke pintu utama dengan langkah bismillah dia memulakan langkahnya ke kantin manakala Hanan sudah kusut pemikirannya jelas sekarang dia tengah tertekan erkh!

'Bah! '

"Opocot mak kau terberanak!"

Terkekeh-kekeh seorang gadis ketawakan Hanan sambil menekan perut yang terasa senak.

Hanan merenung dengan pandangan tajam gadis itu. Sakit hatinya diterjah sebegitu, lantas cubitan kasih sayang diberikan pada pinggang gadis itu.

"Aduh, duh sakit! Hahaha!" Makin galak Hanan mencubit pinggang itu. Bengang tak usah di cakap. Mahu sahaja di jahit mulut itu supaya senyap seketika.

"Anna! Hish, bencilah!" Muka Hanan mula masam. Gelak tawa gadis itu mula berkurangan. Dianna Qaisara atau pendeknya Anna, di renung dengan tajam.

"Okay, okay sorry. Kau ni dah kenapa Hanan? Termenung je jauhnya, fikirkan buah hati eh? Ooo kau ada buah hati tak nak cakap kat aku!" Terkebil -kebil Hanan menghadam ayat rakannya. Blur sekejap.

"Buah hati? Sejak bila pulak aku ada buah hati ni? " Tersengih-sengih Anna. 'Eleh acah tak tahu! '

"Ye lah tu."

"Betul. Ish! Macam -macam lah kau ni." Hanan menjeling tajam sakit hatinya dengan Anna, sudah lah dia hampir sakit jantung ini pulak menyakitkan hati.

"Ala Hanan jangan mengajuk. Aku cuma risau je sebab kebelakangan ni kau diam je. Biasa bising lah juga kau ni." Di tampar lembut mulut Anna. Dia pelik, berubah sangat ke perangai dia sampai ramai yang tegur dengan sikap dia yang aneh?

[C] Please Remember Where stories live. Discover now