Bab 31

1.7K 84 5
                                    

      Keluar sahaja Hanan dari dewan pemeriksaan. Eryn, Ayuni, Mairah, Dee, dan Lisa mula mengorak langkah ke arahnya. Bukan main melebar senyum sambil berpelukan.

"Yeay! Lepas ni tak ada dah berperang dengan buku!" Lisa bersorak riang. Terasa lapang dadanya setelah beberapa bulan berjuang untuk peperiksaan terpenting ni.

Mereka berborak sambil berjalan. Kadang kala Dee sengaja buat lawak jenaka dia tu. Hanan hanya mampu menggeleng dengan kerenah rakan-rakannya.

"Hai korang."

Suara seseorang yang menyapa mereka membuatkan semua berhentikan langkah dan menoleh ke arah figura tersebut.

Harith tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Mata Harith beralih ke arah Hanan lalu diberikan senyuman yang manis.

Hanan yang perasan, membalas kembali senyuman. Matanya beralih ke arah sebelah Harith. Air muka Hanan serta merta berubah tatkala anak matanya beralih ke Qairul yang berdiri di sebelah Harith.

"Congrats korang! Tamat dah SPM kitakan? Apa-apa pun tahniah juga Hanan, " kata-kata Harith membuatkan mereka semua mulai terdiam.

Hanan tersengih cuba menghilangkan rasa tidak selesanya.

"Thank you, tahniah juga buat kau," balas Hanan, tanpa disedari dia diperhati. Dee dan Eryn hanya diam tidak berkutik sahaja, sesekali mereka  melihat wajah Qairul yang tampak sedikit berubah.

"Korang lepas ni buat apa?" soal Harith ingin tahu. Cepat-cepat Dee memintas.

"Kau sebuk apahal? Kitaorang nak berpeluk pun terbantut sebab ada kau," kata Dee dengan nada menjengkelkan. Harith tersenyum sinis. Wajah Dee dipandang.

"Ada aku tanya kau?"

Dee memutarkan bebola mata hitamnya ke atas tanda menyampah dengan Harith. Harith memandang ke arah Hanan yang diam terkutik tanpa bersuara.

"Kau lepas ni pergi mana Hanan? Terus balik or lepak dulu?" Harith mengajukan pertanyaan membuatkan lidah Hanan terkelu sebentar.

Hanan mengkalih ke arah Eryn dan Dee, cuba meminta bantuan dari mereka bertiga dengan tatapan simpati, namun mereka hanya menjongketkan bahu. Seketika dikerling ke arah Qairul, wajah lelaki itu langsung tidak beriak. Air liurnya terasa kesat.

"A...aku..."

"Kitaorang lepas ni nak pergi McDonald. Korang nak join ke? Kalau nak join, jom lah pergi sama-sama." Ayuni mula menyampuk. Mata Harith mula bersinar tatkala Ayuni mempelawanya.

"Boleh juga kan Rul? Eiz?" Harith mula bertanya dan mengalihkan wajah memandang Qairul dan Eizhan di sebelah.

"Aku okay je," balas Eizhan mendatar manakala Qairul diam seketika.

Anak matanya tepat merenung Hanan di depannya sehingga gadis itu menunduk. Qairul tarik nafas perlahan. Dia tak tahu kenapa dirinya begini tapi dia tak suka Harith. Bukan dia tak suka Harith sebagai kawannya tapi cara Harith pandang Hanan membuatkan dia terasa tercabar. Lagi-lagi bila gadis itu membalas senyuman Harith sebentar tadi.

"Aku join sekali."

🌸🌸🌸

     Kunci motor di sangkut. Tali leher dirungkaikan lalu kakinya terus masuk tanpa pedulikan Hanan dibelakang. Hanan menutup pintu, matanya hanya perhatikan langkah Qairul yang mula naik ke kamarnya.
Wajahnya tampak begitu dingin.

Keluhan halus meniti dibibirnya.  Kakinya melangkah ke arah sofa lalu direbahkan dirinya. Sebelum naik ke kamar miliknya, Hanan mahu merehatkan badannya seketika setelah penat seharian berjalan hari ini sehingga lewat petang. Solat Zohor sudah ditunaikan di masjid berdekatan.

[C] Please Remember Where stories live. Discover now