Bab 5

2.3K 99 3
                                    

      Hanan melangkah masuk ke ruang taman pondok, namun langkahnya mati apabila Hanan dan Syazryl bertentang mata. Badannya segera di pusing dan kakinya terus laju melangkah pergi akan tetapi Syazryl lebih pantas.

Syazryl mencengkam lengan milik adiknya yang berlapik dengan kuat. Dia takkan biarkan Hanan melarikan dirinya lagi.

"Abang, lepaslah!"  Hanan menepis dengan kasar. Berkali-kali ditepis pun Syazryl enggan melepaskan. Hanan merintih sakit apabila cengkaman itu semakin kuat sehingga pedih terasa di pergelangan tangannya.

"Abang, sakitlah!"

"Sakit? Kenapa adik nak lari lagi? Tak puas lagi ke lari dari abang?" Sinis sahaja pertanyaan Syazryl.

Hanan terkedu, air matanya sudah memenuhi di tubir matanya. Entah kenapa sejak dua menjak ini dia sensitif, mungkin sebab horman? Syazryl terkejut segera di lepas cengkaman itu. Hanan membelek lengannya yang terasa pedih.

"Sorry abang tak sengaja, maafkan abang." Hanan memandang wajah abangnya, terserlah kerisauan itu. Air mata Hanan bergenang lalu segera di alih wajahnya menatap abangnya.

"Adik, benci abang!"

'Dup! '

"Hanan please tunggu sekejap, please give me chance for talk of you."

Biarpun dia terkejut tetapi dia takkan biarkan adiknya lari lagi. Syazryl memegang bahu adiknya dengan kuat.

"Abang nak cakap yang abang sayangkan adik walaupun abang dah tahu yang adik mengelat dengan abang sebab apa. Abang nak adik tahu yang abang sentiasa di sisi adik, lindungi adik, dan sayangi adik seperti mana abang sayangkan adik lebih dari seorang adik." Hanan tergamam,tak mungkin abangnya tahu. Di pandang wajah abangnya dengan kerutan.

"What do you meant?"

"Adik dah tahu kan yang abang bukan abang kandung adik? Adik kena tahu biarpun kita tiada pertalian darah tetapi adik tetap adik abang Ryl. Abang sayang Adik macam nyawa abang sendiri. Please, tolong jangan mengelat dari abang."

'dup!'

Bagaikan ada batu besar menghempap dadanya. Sesak nafas itu lah dia terpaksa hadam. Matanya sudah berkaca segera di tutup mukanya dengan tapak tangan, esakan kecil mula terbit.

"Adik."

"Jadi abang dah tahu? Patutlah abang selalu mengelat dari adik tapi tak apa biar adik pulak yang akan mengelat dari abang. Abang tak nak adik dekat dengan abang kan? Okay adik turuti juga." Tersekat-sekat dia berbicara. Syazryl mengeluh, tangan adiknya di tarik dari menutupi mukanya tetapi Hanan mula merentap kasar. Jarinya menunding ke wajah Syazryl.

"Jangan pegang tangan adik! Adik tak suka!" Hanan pada masa ini bagaikan orang lain. Mata Hanan merah, jelas hatinya bertapa sedihnya dan kecewa. Hanan menggeleng, air mata tetap turun.

"Sampai hati abang buat adik macam ni. Tak boleh ke abang bagi tau je? Tak Payah nak mengelat bagai. Kenapa? Jijik sangat ke? Benci sangat ke yang adik bukan adik kandung abang? Ha?! I'm talking you! jawablah!"

Sungguh dia sedih. Tapi bila abangnya Syazryl mengelat dari bertembung dan menjarakkan kedudukan mereka sebagai adik beradik biarpun hanya keluarga angkat itu telah membuatkan hatinya sakit dan terasa dengan sikap abangnya.

"Abang tahu tak? Semua yang abang cuba mengelat dari adik buat adik rasa sakit hati. Macam abang benci adik. Adik tak tahu salah adik di mana. Tapi kalau adik ada buat silap atau salah, adik minta maaf."

Hanan ingin melangkah tetapi Syazryl menyekatnya.

"Abang tak pernah benci adik. Adik kene faham lelaki ni kalau depan mata perempuan cantik lagi-lagi bukan mahram boleh buat abang tak tahan. Abang kene jaga kedudukan batas seorang perempuan, adik pun begitu.

[C] Please Remember Where stories live. Discover now