Bab 35

2.2K 94 36
                                    

      Bunyi ketukan dibahagian kabinet dapur, mematikan lamunan Hanan yang masih ralit merenung cawan kosong di tangannya. Hanan lantas toleh ke sisi kanannya. Wajah Puan Zainun yang tersenyum tipis itu menjamah matanya. Puan  Zainun mendekati Hanan lalu cawan kosong itu dipandang silih berganti dengan Hanan.

"Dari tadi mama tengok Ikha duk belek-belek cawan tu tapi tak minum pun. Ada sesuatu yang menganggu fikiran Ikha ke?"

Hanan senyum kecil. Kepala digelengkan takut-takut. Kantoi depan mak mentua tengah mengelamun hahahah...

"Tak ada lah ma. Benda kecik je ni," balas Hanan dengan sengihan giginya.  Cepat-cepat dia mencuci cawan ditangannya lalu diletak ke tempat asal.

"Ikha naik dulu ya ma? Assalamualaikum..." Hanan berura-ura melangkah mahu pergi, namun panggilan namanya mematikan segala hasratnya.

"Ikha..."

Kepala Hanan laju berpaling memandang Puan Zainun. Dia kembali berpusing menghadap Puan Zainun. Hanan masih menanti ayat yang keluar dari bibir mak mentuanya.

"Mama tengok keadaan Ikha makin pulih. Mama bersyukur Ikha tak trauma lama-lama." Tangan Hanan diusap penuh lembut.

"Mama minta maaf sebab ma..."

"Mama... dalam hal ni tiada siapa salah. Benda dah jadi. Ikha pun dah lupakan. Mama jangan salahkan diri mama. Shad pun tak salah." Hanan menggeleng kecil. Senyum tipis terukir di bibirnya.

"Lagipun Shad jaga Ikha dengan baik sekali. Mama jangan risau, okay?"

Lama Puan Zainun pandang wajah Hanan. Mencari kebenaran di sebalik muka gadis itu dan benar... dia nampak mata gadis itu bersinar dengan senyuman manis turut terlakar di segenap wajah Hanan.

"Macam mana hubungan kamu dengan Shad? Mama tengok kamu berdua makin rapat je." Kini topik mereka berdua pula dibahas. Kedengaran ceria sekali Puan Zainun berkata.

Perkembangan yang dia lihat sebentar tadi cukup banyak membuatkan dia sejuk hati. Melihat kemesraan mereka berdua telah membuktikan mereka boleh menerima antara satu sama lain, tu  pun dah kira cukup baginya. Walaupun Qairul masih bercakap kasar dengan Hanan.

Hanan senyum pendek seraya mengangguk, mengiyakan kata-kata Puan Zainun.

"Alhamdulillah mama, Shad dah boleh terima Ikha sebagai isteri dia. Semua ni berkat doa mama juga," balasan Hanan telah melegakan hati Puan Zainun. Dia bersyukur Qairul dapat terima Hanan dengan hati terbuka.

"Ikha sayangkan Shad?" Soalan cepumas itu membuatkan Hanan termangu.

Sayangkan Qairul? Ya, sedikit sebanyak dia sayangkan Qairul. Hanan mengangguk perlahan lalu wajah ditundukkan ke bawah. Malu.

"Alhamdulillah! Bagus lah tu, mama tumpang gembira, apa-apapun lepas ni boleh lah mama minta cucu pulak kan?" pintas Puan Zainun laju. Sengaja Puan Zainun selitkan gurauan tak terjangka tu.

Air muka Hanan terus berubah. Bibir dipaksa senyum. Sebanyaknya kata-kata Puan Zainun membuatkan Hanan terkedu seketika.

Dia masih belum sedia untuk menjadi seorang ibu mahupun digelar sebegitu. Bagi Hanan, umur dia terlalu muda untuk mendapatkan anak secepat ini. Mungkin lepas habis belajar baru dia pertimbangkan?

Melihat wajah Hanan mulai berubah, lantas Puan Zainun menghamburkan tawanya. Geli hati dia melihat wajah kelat Hanan apabila isu 'cucu' meniti dibibirnya.

"Mama gurau je tau. Mama faham menantu mama ni. Ikha masih muda dan perlu capai impian Ikha, jadi mama tak halang pun, cuma kena lah minta keizinan Qairul. Dia kan suami Ikha," kata Puan Zainun sambil menepuk dua kali tangan Hanan. Hanan tertunduk, ada sesuatu yang ingin dia bertanya tetapi takut pulak dia rasa. Puan Zainun yang perasan riak resah yang terpancar di muka gadis itu mulai bertanya.

[C] Please Remember Where stories live. Discover now