Bab 61

1.6K 70 10
                                    

          Berkali-kali jam ditangannya dikerling. Kadang kala kakinya yang bersilang sengaja dia goyangkan. Anak matanya tajam perhatikan satu persatu manusia yang lalu lalang di sekelilingnya. Hanan masih menanti, mencari kelibat seseorang yang sampai ke sudah tak munculkan diri.

Senyuman pekerja yang lalu lalang, Hanan sambut dengan senyuman tipis. Mulutnya yang tiba-tiba menguap, pantas dia tutup.

Dah nak dekat sejam Hanan menunggu kehadiran Harriez, namun susuk tubuh  Harriez langsung tidak menyapa mata hazelnya. Dia pun dah mula kebosanan dan mengantuk menunggu lelaki itu.

Kata pukul 9, ini dah masuk setengah jam lewat ni. Janji melayu ni.

"Hanan..."

Hanan yang pada mulanya leka termenung, pantas menoleh ke arah gerangannya yang menyeru namanya. Kelihatan Harriez dan Azmi berdiri tegak disebelah sisinya.

"Lamanya Tuan Harriez. Boleh tertidur saya tunggu tuan turun ke sini," perli Hanan, sinis.

Harriez menjeling sekilas.

"Saya ada hal sekejap tadi. Azmi, semua dah bawa?" Harriez pandang Azmi.

Azmi angguk kepala.

"Dah tuan."

Mata Harriez pula teralih pandang Hanan yang turut memandangnya. "Kau ada tinggal apa-apa barang lagi?"  soal Harriez.

Teragak-agak Hanan mahu menggeleng. "Tak ada dah rasanya. Laptop saya dah bawa. Ini je lah."

Tidak mengangguk mahupun menggeleng. Harriez hanya beriak kosong sebelum kembali beralih ke arah Azmi. Anggukan diberikan kepada Azmi sebelum mereka berdua berjalan bersama meninggalkan Hanan yang sudah melopong di belakang. Lekas-lekas Hanan berdiri ingin mengejar langkah Harriez dan Azmi yang semakin terasa jauh.

"Eh, tuan! Tunggu lah saya!" jerit Hanan kalut. Cepat-cepat dia berjalan menyaingi langkah mereka berdua. Agak lambat juga kerana dia menggunakan heels.

Buat pertama kali Hanan menyesal pakai heels. Dapat boss pula kerek nak mampus. Hanya mampu kutuk dalam hati je lah hahaha...

🌸🌸🌸

          Hanan menepuk dadanya perlahan. Cuba menghilangkan rasa kurang senang yang bertapak di dalam dadanya. Hanan cuba berlagak tenang.

Sejak Hanan dan Harriez tiba di bangunan gah ini , tiba-tiba ada satu perasaan kurang enak menjentik hatinya. Bagaikan ada sesuatu yang bakal terjadi. Buat kali keberapa, Hanan meneguk air mineral  sampaikan air di dalam botolnya pun dah tinggal separuh.

Pandangan orang disebelahnya Hanan buat tak peduli.

"Dari tadi lagi aku perasan botol air tu tak lepas dari tangan kau. Kau okey tak ni?" soal Harriez berbisik di tepi Hanan.

Sejak mereka melangkah masuk sini, gadis itu tampak resah sekali. Boleh dikatakan dah 6 kali Hanan meneguk air sahaja sambil pandang sekeliling bangunan berkaca ni. Macam ada benda tak kena saja gayanya.

Hanan membalas dengan senyuman tipis.

"Saya okey tuan. Cuma rasa macam tak sedap hati." luah Hanan terus terang. Dia turut berbisik sama.

Hairan Harriez yang mendengarnya. "Tak sedap hati?"

Hanan lepaskan nafas lemah. Sesak dadanya.

"Saya rasa macam entah lah. Saya tak tahu. Tiba-tiba rasa macam ni," katanya lagi. Sekali lagi dia meneguk air. Tengok lah nanti lepas ni konfem dia nak terkucil.

[C] Please Remember Where stories live. Discover now