Bab 25

2.1K 89 12
                                    

     Usapan lembut di bahagian rambutnya menyedarkan Hanan dari mimpi. Hanan mencelikkan kelopak matanya lemah. Matanya menangkap susuk tubuh mak tok nya yang duduk disisinya sambil muka berpaling ke arah pintu. Suara mak tok pun kedengaran seperti berborak dengan seseorang.

"Mak tok dok sangka pulok jadi gini. Kalu mak tok cepat takdi mesti Ikha tak pengsan macam ni."

Dahi Hanan berkerut seribu. Dia cuba menghadam kata-kata mak tok sebentar tadi sebelum ingatan Hanan kembali menerjah kejadian yang berlaku sebentar tadi.

"Silap Shad jugak sebab biar dia balik rumah dulu. Shad minta maaf mak tok."

"Dari kecik lagi mak su dok sukakan Ikha. Mak tok tak tahu kenapa dia jadi gitu, apa yang Ikha buat sampai dia jadi gitu pun mak tok dok tahu. Mak tok dok tahu lah kalau jadi ape-ape kat Ikha, kalau dok mungkin mak tok rasa menyesal sangat."

Tiba-tiba dia diterpa rasa sayu. Dia tak ubah macam orang luar yang hanya menyusahkan dalam keluarga ni.

Air matanya perlahan-lahan mengalir turun. Bawah bibirnya digigit lembut menahan esakan dari berbunyi. Tangan wanita separuh abad itu digapai lembut. Mak tok cepat-cepat berpaling ke arah Hanan apabila menyedari sentuhan dari gadis itu.

"Ikha dah bangun?"

Hanan bangun dari berbaring, tanpa banyak bunyi tubuh mak tok didakap erat lalu dihamburkan segala tangisan disitu.

"Mak tok tak boleh salahkan diri. Ni semua berpunca dari Ikha. Ikha minta maaf sebab banyak menyusahkan mak tok," kata Hanan dalam nada bergetar.

"Allah... Ikha jangan cakap macam tu. Mak tok tak pernah rasa macam tu." Belakang tubuh Hanan digosok lembut cuba meredakan tangisan gadis itu.

"Ikha sayang mak tok. Umi,walid dan mak tok je sayang Ikha. Ikha tak ada siapa-siapa lagi." Air matanya kembali mengalir, rasa takut kehilangan ketiga-tiga insan ni. Tanpa mereka mungkin dia tak akan merasa hidup dalam keluarga.

Mak tok tersenyum tawar. Rambut Hanan diusap kasih. "Mak tok pun sayang Ikha jugok. Ikha tetap cucu mak tok sampai bila-bila. Ingat tu."

Hanan mengangguk dalam dakapan. Kehadiran Qairul yang hanya menonton babak tak berbayar mereka berdua itu dia buat tak peduli. Mak tok perlahan-lahan merungkaikan pelukan lalu kedua-dua sisi pipinya dipegang.

Mak tok senyum lebar. "Siapa kabo mak tok, umi dan walid je sayang Ikha? Shad pun sayang Ikha tau, kalau dok sayang takdenya risau macam tu sekali." Mak tok melirik sebelah kiri melalui ekoran mata. Qairul menggosok-gosok belakang tengkuknya dengan senyuman kekok.

Anak mata Hanan turut beralih ke arah Qairul. Tidak lama kemudian Hanan seakan terkedu apabila dia baru teringatkan sesuatu, tangannya laju menyentuh bahagian kepalanya.

Arghhh! Baru perasan dia tanpa berhijab. Dalam diam Hanan mengeluh lemah.

"Ikha nok balik rumah umi dan walid jugok ke esok dengan keadaan macam ni? Pipi tu doh bengkok ngat tengok macam keno pukol pun ade." Soal mak tok dalam nada risau.

Hanan pantas mengangguk.

"Balik, Ikha dah janji dengan umi dah nak balik. Tak apa nanti pandai-pandai lah Ikha bagi alasan."

Kedengaran keluhan halus dilepaskan begitu sahaja oleh mak tok. "Nanti mak tok nok bagi tahu umi kenapa jadi macam ni. Jangan nok menipu Ikha, dok baik buat gitu."

Hanan hela nafas berat.

"Ikha bukan apa mak tok...Ikha tak nak umi dan mak su gaduh. Cukup-cukuplah mak su benci Ikha sebab ni, jangan disebabkan perkara kecik ni mak su bertambah benci dengan Ikha. Jangan bagi tahu umi mak tok," kata Hanan separa rayu sambil menggenggam erat tangan mak tok.

[C] Please Remember Where stories live. Discover now