Bab 4

2.1K 110 0
                                    

      Dengan tergesa-gesa, Hanan melangkah turun ke bawah. Baru sahaja dia hendak menuju ke dapur, dia kembali berpatah balik hendak ke ruang tamu apabila wajah abangnya menyapa matanya.

Perasan akan kelibat si adik, cepat-cepat Syazryl cuba mengejar langkah Hanan.

"Wait, Adik!"

Hanan mengetap bibir. Ahh! Dia tak nak jumpa dengan lelaki ini. Hatinya masih sakit bila terkenangkan perbuatan abangnya. Hanan buat tak peduli, langkah diteruskan tanpa mempedulikan Syazryl di belakang.

"Adik!"

"Ikha!"

"Hanan Zulaikha!"

Segera Syazryl mencapai tangan Hanan, namun Hanan dengan kasar merentap tangan Syazryl sehingga pegangan itu terlerai. Syazryl tergamam.

"Jangan sentuh boleh tak?!" Marah Hanan. Hampir sahaja suaranya mahu naik se oktaf. Nadanya cuba dikawal.

Hanan berpaling dari menatap wajah Syazryl. Langsung tidak sudi.

Kalau boleh, dia tak nak langsung  bertembung dengan Syazryl. Dia masih belum ada kekuatan mahu memandang wajah lelaki itu.

Hanan takut, takut kalau dia tewas mengawal emosinya sendiri apabila berhadapan dengan Syazryl.

"Kenapa ni Ikha? Abang ada buat salah ke?" Hanan berdecit. Benci betul lah dengan soalan macam ni, sudah lah dia lambat nak ke kelas tuisyen ni. Hanan memandang wajah abangnya dngan tajam.

"Sepatutnya adik yang tanya kenapa abang berubah? Kenapa abang macam nak mengelat dengan adik? Adik ada buat silap? Oo adik lupa abang dah jijik kan tengok muka adik yang dah lama bertahun pandang ni, sebab tu selalu je tak balik kat sini." Sinis sahaja Hanan menjawab.

Syazryl pulak terkejut dengan suara sinis itu membuatkan marahnya menggelegak.

"Adik!"

Muka Syazryl kelihatan sungguh tegang. Mukanya merah menandakan amarah akan meletus. Tak! Dia tak suka Hanan bercakap sebegitu. Dengan kekuatan yang ada dan juga keberanian Hanan membalas pandangan Syazryl.

"Eh, betul lah abang kan selalu tak balik sini. Adik tahu lah adik ni tak penting bagi abang. Sudah lah Ikha nak cepat." Segera kakinya berjalan laju, nasib dia sempat larikan diri kalau tak memang Syazryl sudah dapat tahan dia dari lari.

Hanan mengeluh, sungguh dia tak kuat. Sebaknya segera di tahan bila berhadapan dengan abangnya.

Syazryl hanya memandang kelibat adiknya yang berjauhan, wajahnya diraut menghilang amarahnya. Entah kenapa perkataan yang keluar dari mulut adiknya membuatkan dia betul-betul terbakar.

🌸🌸🌸

     Puan Suhaida termenung mengingati pertemuan dia bersama Puan Zainun dan Encik Azril. Jelas mereka berdua tidak berpuas hati.

"Ida! Awak tahu tak Ikha tu masih muda, kenapa nak kahwinkan dia dalam usia betik jagung seperti ini? " Jelas riak wajahnya kecewa dengan apa yang Puan Suhaida inginkan. Suhaida terus menggengam tangan Puan Zainun.

"Tolong Zai, aku mohon kau tolong aku. Aku buat ni semua untuk Ikha. Aku nak Ikha dijaga dari suaminya. Aku tahu dia masih budak sekolah tapi ni demi kebaikan dia Zai." Puan Zainun mengeluh di pandang wajah suaminya.

Encik Azril yang tadi mendiamkan diri terus bersuara.

"Sebenarnya kau buat semua ni untuk apa Ida? Mereka masih muda Ida." Puan Suhaida memandang Encik Azril, satu keluhan keluar dengan kasar.

[C] Please Remember Where stories live. Discover now