Bab 42

1.3K 76 23
                                    

     Bekas yang penuh ubat-ubatan di tangannya, Hanan pandang silih ganti. Berkali-kali nafas ditarik dan dihembuskan, dengan kudrat yang masih bersisa Hanan melangkah ke arah Qairul yang duduk di atas tangga halaman depan rumah.

Perasaan serba salah masih menyelebungi dalam dirinya. Andai masa boleh diputarkan dia tak akan buat perjanjian gila itu. Dia betul-betul menyesal. Hanan sudah jangka dari awal bahawa mereka akan bergaduh besar, namun dia tak sangka pula bahawa pergaduhan ini terjebak pada orang yang langsung tiada kaitan dalam hal mereka berdua.

Hanan melabuhkan duduk bersebelahan dengan Qairul. Qairul langsung tidak menoleh ke arah dia, bahkan langsung tidak peduli kehadiran Hanan saat itu.

Hanan tersenyum kelat, sedikit sebanyak terasa dengan layanan sikap  Qairul. Semua ni silap yang dia juga.

Berani buat berani lah tanggung!

Perlahan-lahan ubat diletakkan ke atas cotton bud. Mahu tidak mahu dia perlu bersihkan luka di tepi bibir Qairul dan kesan lebam di bahagian pipinya juga.

"Qai... Pandang saya sekejap boleh?" Soal Hanan dengan nada bergetar. Kata-kata Hanan bagaikan angin yang berlalu. Perlahan-lahan Hanan ingin menarik muka Qairul, namun panahan tajam itu membuatkan pergerakan Hanan terhenti.

Wajah ketat itu sebanyak membuatkan Hanan berasa gerun, namun digagahkan hatinya. Walau macam mana sekalipun hal dia dengan Qairul perlu cepat di selesaikan.

Dia tak nak bergaduh dengan Qairul. Sekali lelaki itu dingin dengan dia, hari-hari berikut pasti akan begitu. Hanan tak nak Qairul bersikap tidak endah dengan dia seperti suatu ketika dahulu Qairul melayannya.

Haip! Takut rindu ke?

Hanan menggeleng. Cukup lah Qairul layan dia macam dulu. Dia dah tak sanggup kalau layanan Qairul terhadap dia seperti dulu.

"Saya minta maaf..." Hanan menundukkan wajah sambil meramas kedua-dua belah tangan dia. Keadaan dia bertambah resah apabila panahan mata Qairul cukup menusuk ke dasar hatinya.

Gerun!

"Saya tak patut buat keputusan macam tu, saya tak patut buat perjanjian semua tu. Kalau boleh saya undurkan balik masa, saya tak akan buat perjanjian gila tu. Maafkan saya, saya masa tu dalam kesempitan Qairul. Abang Ryl lamar saya tapi umi dan walid nak jodoh kan saya dengan awak. Saya betul-betul dalam keadaan bercelaru sampai saya ambil keputusan untuk terima lamaran abang Ryl tapi bila saya fikir balik..." Hanan melepaskan nafasnya dengan berat. Air mata yang mengalir lesu di lekuk pipi itu Hanan tepis perlahan.

"Sanggup ke saya nak lukakan hati umi dan walid? Diorang dah banyak bantu dan jaga saya masa kecil. Jasa dan pengorbanan mereka tidak mampu saya balas, ini sahaja satu-satunya cara untuk saya balas semua kebaikan diorang. Saya tahu masa tu awak marahkan saya tapi saya betul-betul runsing masa tu." Luah Hanan. Riak muka Hanan jelas tertekan dengan situasi ini.

Ternyata apa yang dia fikir jauh sekali, bahkan Hanan lagi tersepit dari dia. Dia tak patut berikan tekanan dan menghukum Hanan hanya disebabkan satu kesilapan yang gadis itu buat.

"Kau tak menyesal?" Soalan yang Qairul ajukan, Hanan balas dengan senyuman di bibir.

"Buat apa saya nak menyesal, semua ni Allah dah aturkan untuk kita. Kalau dah namanya jodoh, maka jodoh lah." Hanan menghelakan nafas perlahan sebelum mata Qairul ditatap dalam. Hanya panahan mata sahaja yang mampu dia luahkan saat ini.

"Mari saya bersihkan luka awak tu."

Jari jemari Hanan mula meliar di muka Qairul. Pipi yang mula menampakkan kebiruan itu diusap perlahan.

"Boleh tahan kuat juga abang Ryl tumbuk ni."

Qairul hanya mencebik bibirnya.

"Kuat lah, aku langsung tak sempat nak mengelat." balas Qairul dengan mimik muka masam.  Hanan tersengih sambil tangan dia perlahan mengusap pipi Qairul.

[C] Please Remember Where stories live. Discover now