Bab 30

2.3K 89 5
                                    

      Beberapa bulan berlalu kini hanya tinggal tiga hari sahaja sebelum peperiksaan SPM bakal berlangsung membuatkan masing-masing mula sebuk.

Hanan menongkat kan kepalanya. Entah kenapa dia tak berapa nak fokus dari pagi tadi.

Malam semalam sehingga ke hari ni masih terngiang-ngiang bicara di dalam talian bersama Puan Suhaida.

"Tak lama lagi abang Ryl balik. Umi ingat nanti umi nak buat majlis kesyukuran sempena abang Ryl dan anak-anak umi sekali gus. "

Keluhan dilepaskan. Hal itu membuatkan pelajarannya terganggu. Bunyi rotan berlaga dengan meja membuatkan lamunan Hanan tersentak hebat.

Terkebil-kebil Hanan pandang Cikgu Roziah yang bertukar menyinga itu. Mata Hanan meliar memerhati semua pelosok kelas, semua mata-mata tertumpu ke arahnya!

Air liur diteguk kesat. Mati dia!

"Hanan, ni waktu saya tahu tak? Jangan bazirkan masa saya boleh? Saya tengah mengajar kat depan boleh pula awak mengelamun? Apa masalah awak ni?" Bentak Cikgu Roziah dengan garang sekali.

Ya, cikgu Roziah terkenal di sekolah dengan garangnya cukup membuatkan ramai kecut perut. Dia juga pantang tika waktu belajar. Kalau ada pelajar dalam kelasnya main-main mula lah berleter dan dia paling pantang sekali orang-orang macam tu. Apatah lagi kalau tidak menyiapkan kerja yang diberi. Tak Rotan, berjemur lah jawabnya!

"Maafkan saya cikgu." Hanan menundukkan kepala. Mata-mata yang memerhati dia sedari tadi tidak dihiraukan, termasuk Qairul.

"Saya nak awak berdiri sampai waktu kelas saya habis, faham?!" Hanan mengangguk lemah. Perlahan-lahan dia berdiri di tempat duduknya dengan muka menahan malu.

Hanan pandang Eryn disebelah. Gadis itu menulis sesuatu sebelum dihulurkan ke arahnya perlahan.

Kau okay tak Hanan?

Hanan tersenyum nipis. Pensel di atas mejanya dicapai. Tangannya mula bergerak-gerak menulis di atas buku yang Eryn hulurkan sebentar tadi.

Aku okay, jangan risau:)

Keluhan lemah dilepaskan.

🌸🌸🌸

     Hari ni entah kenapa Hanan jadi rajin nak masak makan malam banyak sedikit. Kebiasaannya dia akan masak satu sahaja lauk tapi hari ni dia terasa ingin masak lebih lauk daripada itu. Tengah leka dia memotong bawang merah tanpa disedari Hanan, Qairul memerhatikan gerak gerinya.

Selesai sahaja memotong bawang dia segera membasuh tangan. Bahan-bahan yang siap dipotong itu dia tenung. Hanan mengetuk dagu dengan kening yang berkerut.

"Masak ayam kicap lepas tu sayur. Sayur nak masak apa ek? tumis atau sup? Ah, dia makan je kut." Hanan mengangkat bahu tidak mahu ambil pusing. Lengan yang jatuh ke tangan dia sinsing kasar. Nak buat kerja pun susah bila pakai baju lengan panjang yang labuh.

Ni dah masuk kali kedua dia lipat tapi tetap je jatuh. Last-last dia sinsing je sampai ke belakang siku. Puas hati.

Tersenyum kecil Qairul saat melihat lagat comel Hanan itu dengan mendengar bebelan kecil gadis itu. Kemain kasar gadis itu menyinsing lengan. Dah macam samseng nak cari gaduh. Kasar!

Qairul mendekati Hanan lalu sengaja mencuit pinggangnya. Tindakan Qairul membuatkan gadis itu sedikit terperanjat. Bekas yang dipegang hampir-hampir menyembah ke bumi.

Hanan berdecit kasar. Dadanya yang berdetak kencang tadi dipegang. Muka Qairul yang bersahaja itu dijeling tajam.

"Saya tengah buat kerja ni, kalau bekas ni jatuh alamatnya tak termakan lah kita malam ni. Awak ni kalau nak datang sini pun bagi lah salam ke apa, ni main terjah suka hati awak je. Kalau saya ni ada penyakit jantung boleh arwah saya hari ni tau!" Bebel Hanan penuh kegeraman. Pinggang juga dicekak dengan muka yang masam.

[C] Please Remember Where stories live. Discover now