Bab 39

1.5K 83 9
                                    

     Berlari-larian Hanan mendapatkan tubuh Puan Suhaida lalu dipeluk kemas. Setelah lama dia rindukan Puan Suhaida akhirnya dapat juga dia lepaskan.

Hanan melentokkan kepalanya di bahu Puan Suhaida. Hanan mencebik bibir. Air matanya mula mengalir melepaskan rasa rindu yang kian  menggebu.

"Ya Allah budak ni... Kan umi ada depan ni. Nak menangis kenapa?" Tegur Puan Suhaida sambil belakang Hanan ditepuk dengan lembut. Senyuman tipis diukirkan.

Ibu mana tak rindu pada anak kan? Berbulan-bulan tidak menatap wajah lembut Hanan membuatkan hidup dia sedikit kesunyian, kebiasaannya Hanan lah menjadi penyeri rumah sejak Syazryl berangkat ke luar negara.

Hanan mengesat air mata di pipi mulusnya sebentar sebelum wajah Puan Suhaida dipegang lalu dicium pipi itu.

"Rindunya adik dekat umi dan walid. Dah lama tak jumpa umi," ujar Hanan dalam nada tersedu-sedan. Puan Suhaida turut mengusap pipi Hanan lalu dicubit melepaskan rasa geramnya. Senyum tipis terukir di bibirnya.

"Umi pun rindu adik juga."

Hanan mengusap pipi dia yang sedikit pedih akibat di cubit Puan Suhaida namun tidak lama senyuman bahagia terukir di bibir dia.

Ya, dia bahagia akhirnya rindu yang terpendam selama ini akhirnya terlunas jua.

Qairul yang hanya memerhatikan babak itu menyembunyikan senyum. Dia tahu Hanan sangat merindui keluarganya. Kaki dia mula melangkah ke arah Encik Ilzam lalu tangan itu di salam hormat.

"Walid sihat?" soal Qairul. Encik Ilzam mengangguk kecil.

"Alhamdulillah, sihat macam tu je lah. Biasalah umur walid ni makin tua jadi kadang-kadang bila sakit tu datang biasa lah," balas Encik Ilzam kemudian matanya mula memandang Puan Suhaida.

"Mari lah masuk. Berdiri kat luar ni panas." Encik Ilzam mula bersuara. Qairul tanpa bantahan hanya mengikut sahaja.

Luggage diangkat dari boot keretanya lalu dikeluarkan. Tidak lama kemudian Encik Ilzam bersuara mematikan segala pergerakannya.

"Shad pergi lah rehat dulu. Lagipun mesti lama kan kamu memandu. Dari sana ke sini bukan dekat. Pergi rehatkan badan dulu nanti petang kita borak dengan minum sekali."

Qairul mengangguk. Hanan yang tadi berborak sakan dengan Puan Suhaida mula mengorak langkah ke arah suaminya dengan senyuman girang di bibir.

"Puas lepas rindu?" soal Qairul. Muka Hanan yang bersinar itu ditatap.

Hanan mengangguk. Ceria sungguh wajah Hanan saat ini dan itu membuatkan Qairul sedikit senang hati.

"Jom saya tunjukkan bilik. Nanti awak mandi dan rehatkan badan. Saya nak tolong umi masak sekejap ya..."

Qairul mengangkat bag luggage sambil membuntuti langkah Hanan dari belakang. Sesampai sahaja mereka di muka pintu, gadis itu berhenti lalu berpusing menghadapnya.

"Awak mandi lah dulu lepastu kalau awak nak tidur tak pun rehat, rehat je lah. Masuk asar nanti saya panggil awak," usai berkata Hanan kembali menghadap pintu.

Pintu kamarnya dibuka. Matanya meliar meneroka sekeliling biliknya. Biliknya tidak lah kelihatan ketara sangat. Perabot yang di atur dalam biliknya masih kelihatan sama, cuma katil dan almari bajunya tampak sedikit berubah besar. Mungkin Puan Suhaida sudah menukar barangkali.

"Kau tak nak rehat sekali ke?" soal Qairul turut meliar meneroka bilik isterinya.

Kepala gadis itu segera berpusing menghadap si suami. Hanan menggeleng kepala.

"Tak apa lah, saya tak penat pun. Lagipun masa awak bawa kereta saya dah tidur dah. Awak tu penat jadi awak rehat lah," Hanan menolak lembut.

Qairul mengusap belakang lehernya seketika. Sekeliling bilik ini ditatap sekali lagi sebelum dia beralih semula ke wajah lembut Hanan.

[C] Please Remember Where stories live. Discover now