Bab 49

840 44 0
                                    

          "Shad tengok apa?"

Mata yang ralit meliar memerhatikan sekeliling terus berpusat ke arah Datin Karmila yang meletakkan dulang air di atas meja kaca itu. Qairul senyum janggal. Belakang tengkuknya diusap perlahan.

Segan.

"Tak ada lah aunty. Saja nak tengok-tengok sebab dah lama tak datang," katanya sekadar mahu menutup malu. Tak sangka pula perilakunya diperhatikan oleh Datin Karmila.

Tak sopan betul.

Datin Karmila tarik senyum. Mata sesekali menjeling ke tingkat atas. Dia sedar jelingan anak muda di depannya ini. Terlalu mudah untuk dia fahami maksud tersebut.

"Kalau Shad nak jumpa Khalisha aunty boleh panggil kan. Khalisha pun mesti gembira dapat jumpa Shad," ceria nadanya.

"Eh tak apa lah aunty. Shad cuma singgah nak hantar brownies je," cepat-cepat Qairul tolak. Riak wajahnya cuba dikawal sebaik mungkin. Bukan main gelabah dia.

Datin Karmila hanya tarik senyum pendek. Kepala di angguk beberapa kali. Dia hormat keputusan Qairul kalau lelaki itu masih belum terbuka untuk berjumpa dengan anaknya, Khalisha.

"Cakap pasal brownies tu kan aunty teringin nak tanya cara dia buat brownies ni sebab sedap sangat. Ni dah kali ketiga aunty repeat dari dia. Sebelum ni aunty tak dapat jumpa dengan dia sebab aunty busy dengan kerja. Yang kenalnya Makcik Su je lah sebab dia yang tolong ambik kan dekat pagar luar rumah. Tu kawan Shad eh yang buat?"

Qairul sekadar senyum. Angguk kepala mengiyakan.

"Ha'ah, kawan Shad yang buat ni. Kalau aunty nak tahu resepi dia nanti Shad tanya dia. Boleh lah lepas ni aunty buat kan pula kan? Entah-entah kalau aunty buat kemain lagi power," katanya sambil kening berkali-kali dijongket ke atas. Niat bergurau.

"Amboi dia, lebih-lebih eh puji tu. Ni sengaja nak bodek ke apa?" Datin Karmila sembunyikan senyumnya.

Qairul sengih tak bersalah.

"Aunty dah jarang buat kek tapi kalau nak cuba tu boleh lah," balas Datin Karmila dengan tawa kecilnya melihat gelagat Qairul yang tak ubah seperti dulu.

Suka mengusiknya, kadang-kadang lagat Qairul ni mampu mencuit hati tuanya.

Dah dianggap Qairul ni anak dia sendiri dah. Dengan sikap peramah anak muda itu membuatkan dia rasa senang untuk berkenalan. Khalisha juga yang kenalkan Qairul kepadanya. Teringat wajah Khalisha yang bukan main ceria memberitahu perihal Qairul. Semuanya Khalisha kongsikan. Dia tumpang gembira saat itu melihat kebahagiaan anak tunggalnya.

Tapi masakan tidak, semuanya berubah. Mengingatkan kembali tragedi yang membuatkan hidup Khalisha berubah seratus peratus, senyuman di bibirnya memudar. Bibir diketap menahan sebak di dada yang tiba-tiba hadir. Ingatannya masih tidak luntur wajah Khalisha yang seakan-akan tertampar dengan kenyataan tersebut. Selama tiga hari juga anaknya kemurungan tetapi tidak lama kemudian perlahan-lahan Khalisha boleh menerima hakikat.

Namun, anaknya hanya manusia biasa yang bisa tersungkur bila-bila masa. Rasa sakit di dadanya kembali menyerang mengingatkan amukan dan tangis anak tunggalnya. Dia sebagai ibu terasa gagal melihat anaknya bahagia.

Terasa gagal sebab tidak mampu bahagiakan anak daranya.

"Aunty... kenapa ni?" Bibirnya mula menyoal tatkala wajah Datin Karmila bertukar mendung.

Qairul perasan fikiran Datin Karmila seperti terganggu kan sesuatu. Rasanya baru dia dengar gelak tawa Datin Karmila yang seakan terhibur dengannya.

Datin Karmila tersentak. Bibirnya menarik senyum tawar. "Aunty okey, cuma terfikirkan sesuatu je."

[C] Please Remember Where stories live. Discover now