Bab 13

1.8K 78 0
                                    

     Hampir dua hari dia tidak ke sekolah membuatkan Hanan mulai rindu. Siapa saja tak rindu, itulah hari terakhir dia jejak kaki di sekolah itu. Hari ini, dia akan menetap dengan Qairul.

Ziyad, abang iparnya mengangkat barang Hanan lalu masuk ke dalam bonet, begitu juga Qairul.

Puan Zainun pula masih berborak dengan Puan Suhaida begitu juga Encik Ilzam dan Encik Azril. Zailatul pula tiada disini kerana terpaksa berangkat ke Dubai atas urusan kerja.

"Akak cantik!" Hanan menoleh tatkala  suara itu seperti memanggilnya. tersenyum kecil Hanan apabila seorang budak memanggilnya dengan panggilan yang agak membuatkan dia malu. Cantik? Okay, Hanan sudah mula kembang.

"Akak nak? Ril ada aiskrim banyak ni." Qiyadh menghulurkan aiskrim itu. Hanan hanya menggeleng.

"Tak nak? Halah..." Qiyadh merengek kecil tatkala Hanan menolak.

Hanan tersenyum, manja sangat!

Segera dia mendukung anak kecil itu,walaupun umur Qiyadh sudah 7 tahun tetapi bagi Hanan Qiyadh seperti 4 tahun, kecil? Taklah terlampau kecil macam budak umur 4 tahun, kau boleh bayangkan?

"Tak apa Ril makan je. Ril kak Ikha nak tanya. Ril nama apa ya?"

Qiyadh mula mengetuk dagu lagak berfikir. Hanan tergelak kecil, haih comel je macam abang dia.

Hanan terdiam sebentar.

'Kau nak kata abang dia comel ke Hanan?' Getus hati nya.

"Nama Ril ,Qiyadh Zafril. Umur 6 tahun," kata Qiyadh dengan senyuman manis.

Hanan mencubit pipi comel itu. Qiyadh pula tergelak kecil.

"Nama akak cantik ,kak Ikha je ke?" Hanan menggeleng, tangan milik Hanan mula mengusap kepala kecil itu. Haih..rasa teringin nak ada adik lah pulak.

"Nama akak Hanan. Ril panggil akak kak Ikha ye?" Qiyadh hanya mengangguk. Aiskrim ditangannya dijilat dengan penuh nikmat.

"Kenapa Ril panggil akak Ikha akak cantik?" Hanan mula mengajukan soalan. Dia pelik kenapa Qiyadh memanggilnya dengan nama macam tu.

Bukan dia tak suka cuma agak kurang selesa apabila Qiyadh memanggil nama macam tu di depan orang lain.

Qiyadh yang tengah syok menjilat aiskrim terhenti, di pandang muka Hanan itu seketika sebelum bekas aiskrim diletakkan ke tepi. tangannya yang tersisa aiskrim juga dia kesat ke  bajunya.

"Hey, Ril kotor lah."

"Ala nanti Ril basuh lah."

Qiyadh mula turun dari ribaan Hanan. Hanan yang duduk di atas bangku duduk mencangkung terhadap Qiyadh yang berdiri itu.

"Sebab akak cantik lah Ril panggil akak, akak cantik. Mata akak cantik buat Ril rasa suka. Lagi-lagi akak pakai benda bulat tu, comel! Untung acik dapat akak macam ni. Kak Ecah selalu sebuk, acik pulak sekolah . Ril sorang-sorang dekat rumah tapi tu dulu sekarang Ril dah ada akak cantik!" Kata Qiyadh dengan nada ceria.

Dia tergelak lucu, benda bulat? Ah! Kaca matanya. Teruja sahaja Qiyadh sambil tangannya juga mencubit pipi Hanan tapi dia punya cubit woi macam nak tercabut kulit.

"Ril akak sakit ni."

"Sorry Ril tak sengaja." Hanan tergelak lucu. Tanpa disedari perbuatan mereka diperhati.

Qairul yang dari jauh hanya mampu mencekak pinggang.

Amboi, bukan main dua orang itu bermesra. Qairul mula mengatur langkah ke arah mereka.

[C] Please Remember Donde viven las historias. Descúbrelo ahora