Bab 15

1.9K 81 2
                                    

       Hanan merenung permandangan di luar balkoni. Seketika dia mengeluh, dia rindukan umi dan walid nya.

Boleh dikatakan tiap hari dia akan telefon Puan Suhaida. Biarlah orang nak kata dia anak manja pun tapi dia betul-betul rindukan Puan Suhaida dan Encik Ilzam. Dia juga asyik mengelat dari Qairul sejak peristiwa ngeri itu.

Qairul? Dia peduli apa kan? Sudah beberapa hari mereka tidak bercakap dan of course lah tempat tidur pun berasing. Qairul tidur atas katil, Hanan? Dia hanya tidur di lantai. Toto juga dah disediakan jadi ada lah juga keselesaan tu. Kalau dia hanya beralaskan mozek, bak hang berair paru-paru aku.

"Ikha..."

Hanan memusingkan badan ke belakang. Hanan melihat Ziyad membawa sebuah kotak sambil menolak sliding door itu dengan kaki.

"Boleh abang Ash masuk?" Soal Ziyad meminta kebenaran.

Setelah mendapat anggukan dari Hanan, Ziyad tersenyum kecil.

Ziyad meletakkan kotak itu di atas meja yang disediakan di luar balkoni kemudian dia terus berjalan ke arah Hanan yang masih berdiri di sisi balkoni.

Ziyad mengambil tempat di sebelah kiri Hanan. Tidak lupa juga jarak antara dia dengan adik iparnya.

"Kenapa abang tengok sejak akhir-akhir ni Ikha macam tak sihat je, hurm? Atau Ikha ada masalah dengan Shad?" Soal Ziyad ingin tahu. Dia bukan apa, sudah beberapa hari dia melihat Hanan lebih banyak termenung di luar balkoni ini. Jelas sekali gadis itu mempunyai masalah.

Hanan menggeleng perlahan. Biarlah rumah tangganya dia yang menyelesaikan sendiri bukannya orang lain.

"Tak ada apa lah, Ikha okay. Oh ya, ada apa abang ? Abang ada nak cakap apa-apa dengan Ikha?"

Ziyad yang seakan faham Hanan menukar topik hanya membiarkan sahaja. Lagipun dia siapa untuk tahu masalah rumah tangga adiknya.

Ziyad mengangguk perlahan. Matanya mula terarah pada kotak yang dia letakkan di atas meja.

"Abang ada nak tunjuk ni kat Ikha. Mari lah duduk."

Ziyad dan Hanan mula bergerak ke meja itu. Kerusi yang disediakan hanya untuk dua orang itu pun mereka duduk. Ziyad menyelongkar barang di dalam kotak lalu dikeluarkan sebuah buku seperti album.

"Sini sikit, abang nak cerita." Ziyad mempelawa Hanan untuk sedikit dekat dengan dia. Hanan tanpa banyak bantah mengangkat kerusi itu lalu duduk di sebelah Ziyad.

"Apa benda ni abang?" Hanan  menyoal dengan kerutan di dahi. Kelihatan seperti album.

Ziyad tersenyum kecil. Album kecil yang berhabuk sikit itu dia lap dengan kain yang telah dia siap sedia letak. Ziyad membuka album itu, sehelai demi sehelai dia membuka.

Hanan sedikit kehairanan. Dia seperti pernah merasai di dalam gambar ini saat Ziyad membuka. Bahkan dia rasa macam kenal gambar ini.

"Ingat lagi?" Soal Ziyad sambil mengerling ke arah Hanan yang mata tidak lepas ke arah gambar itu.

Tidak lama kemudian Hanan mengangguk. Ya, dia ingat gambar ni.

Gambar ini sewaktu dia dan Qairul membuat gaya peach dengan rambutnya yang tocang satu itu.

Tidak silap umur dia kira-kira dalam lingkungan 6 tahun macam tu.

Ziyad mengusap album itu perlahan dengan senyuman kecil.

"Kalau Ikha nak tahu, dulu Shad  sayang sangat tau kat Ikha. Siap suruh Ikha tidur rumah mama lagi,  Ikha pun tahu kan rumah mama dengan makcik Ida dekat je dulu. Masa ni kawan rapat Shad hanya Ikha sorang je," kata Ziyad sambil menyelongkar ke dalam kotak itu lagi sekali. Ziyad mengeluarkan album lagi satu.

[C] Please Remember Where stories live. Discover now