Bab 2

2.9K 124 0
                                    

      Hanan tersenyum lebar apabila Syazryl ingin menghantarnya ke sekolah. Syazryl pula hanya melayan perangai adiknya yang serupa dengan kanak-kanak itu.

"Amboi, senyum sampai ke telinga nampak." Tegur Syazryl dalam nada mengusik.

Senyuman di bibir Hanan mula mati. Ditayang wajah cemberut. Pandangan menyampah dilemparkan sambil tangan disilangkan ke dadanya.

"Tengok tu! Adik senyum pun salah. Kalau Adik monyok mula lah abang tanya Ikha macam-macam." Dijeling wajah abangnya dengan nada kedengaran merajuk.

Tertawa kecil Syazryl dengan rajuk adiknya. Tudung berwarna ungu lembut itu di tarik dengan selamba. Terjerit kecil Hanan dibuatnya apabila tudungnya di tarik sehingga awning tudungnya mula rosak.

Oh no! Ini paling lemah ni!

"Abang Ryl!" Direnung abangnya dengan pandangan tajam manakala Syazryl menayangkan wajah tidak bersalah.

"Apa?"

Hanan memukul bahu Syazryl dengan kuat. Syazryl mengaduh sakit.

Mak ai! makin sakit pulak adiknya menumbuk. Tudung yang di tarik itu di baiki.

Hanan mendengus kasar. "Padan muka."

"Abang tengah drive ni. Kalau jadi sesuatu yang buruk macam mana?" Syazryl angkat sebelah kening. Sesekali matanya melirik ke arah Hanan.

"Ey! Mulut!" Menggelegak tawa Syazryl saat muka cemberut Hanan jelas kelihatan. Tak padan dengan umur 17 tahun macam umur 7 tahun rajuknya.

"Ha ye lah abang minta maaf, puas?"

Wajah dikalihkan ke arah lain. Nak juga menang tak boleh mengalah langsung!

Akhirnya tiba juga di sekolah. Hanan segera menyandang begnya.

Tangannya di hulurkan untuk bersalaman. Terangkat kening Syazryl.

"Cepat lah abang Ryl! Nak salam ni." Hanan hampir mencapai tangan Syazryl tetapi segera Syazryl menjauhi tangannya dari Hanan.

"Tak apa, adik masuk dalam sekolah dulu. Dah lambat kan? Dah pergi sana kena tulis nama nanti susah pulak. Ni balik pukul berapa?" Laju sahaja Syazryl menyoal saat perubahan wajah adik dia mula ketara.

"2.30 petang."

"Nanti abang Ryl ambil adik ye? Dah, cepat."

Hanan mengerutkan dahi dia, melihat tingkah laku abangnya yang berubah membuatkan Hanan sedikit sangsi.

Sebelum abangnya melanjutkan pelajaran di France tiada pulak menolak salamnya. Sejak akhir-akhir ini pun dia tengok Syazryl seperti ingin mengelak darinya. Apa salah dia pun tak tahu.

"Ye lah, Ikha pergi dulu." Hanan mula keluar dari kereta. Laju kereta milik Syazryl membelah jalan raya. Hanan mengeluh.

Dia sedar, Syazryl sudah mula berubah sedikit demi sedikit. Encik Ilzam pun sudah lama tidak di salam walaupun pernah dia mengajukan soalan itu tetap Encik Ilzam enggan menjawab. Tak nak banyakkan persoalan Hanan buat tak layan sahaja. Dia cuba untuk berfikiran baik-baik terhadap keluarganya sendiri.

'Ikha tahu abang tak sukakan Ikha. Bukan setakat tu je, abang sanggup tak balik berbulan-bulan sebab tak nak jumpa dengan adik. Apa salah adik?' desis hatinya penuh dalam.

Tak nak di fikirkan lagi segera dia masuk ke kawasan sekolahnya.

🌸🌸🌸

     "Ryl..."

Syazryl berhenti melangkah hendak naik ke bilik. Apabila mata Syazryl memandang wajah Encik Ilzam yang seakan menyuruh duduk bersamanya segera dia menuju ke arah Puan Suhaida dan Encik Ilzam.

[C] Please Remember Where stories live. Discover now