Bab 27

1.9K 90 6
                                    

      Aroma kuat ubat-ubatan menyucuk masuk ke dalam rongga hidungnya membuatkan Hanan mengerutkan dahi. Perlahan-lahan kelopak matanya dibuka, namun dia kembali memejamkan mata tatkala cahaya putih itu menyakitkan matanya.

Kali ni dia cuba lagi untuk buka matanya. Hanan mengelipkan matanya berkali-kali sehingga pandangannya mula jelas kelihatan.

Dia kat mana ni?

Semua dikelilingi dinding berwarna putih. Matanya turun memandang pakaiannya yang bertukar warna hijau dan tangan belah kirinya. Mata laju mengikut punca wayar itu sehingga terhenti di drip air. Hanan yakin dia dimasukkan ke dalam hospital.

Hanan cuba mengingati kembali tentang apa yang berlaku. Tiba-tiba Hanan terasa bulu roma dia menegak. Hanan pantas bangun dan memeluk lututnya. Tubuhnya mula menggigil dengan hebat.

Kejadian itu kembali menghantuinya. Bermula dengan dikacau, dipukul, dikejar dan Hanan pantas menggeleng laju. Dia tak boleh teruskan!

Kedua-dua lengannya digosok. Tubuhnya semakin rapat ke belakang. Kedua-dua tangannya menggenggam selimut rapat ke dadanya.

"Ikha?"

Suara garau seseorang membuatkan Hanan tersentak. Hanan dapat rasakan seseorang lelaki mendekatinya lalu pantas dia menjerit.

"Jangan! Jangan dekat!"

Langkah Ziyad terus mati. Wajah ketakutan Hanan diamati betul-betul. Sah! Hanan masih trauma dengan  kejadian tadi.

Ziyad sudah pun tahu tentang Hanan memandangkan Qairul telah menceritakan perkara sebenar. Ziyad sengaja masuk untuk tengok keadaan Hanan memandangkan Qairul turun untuk membeli makanan sekejap.

"Ikha, ni abang Ash ni. Abang tak akan buat apa-apa dekat Ikha." Perlahan-lahan dia berjalan mendekati Hanan.

Gadis itu tampak begitu takut sekali. Hanan laju menekup telinganya dan menjerit.

"Pergi! Pergi!"

"Jantan tak guna! Pergi lah!"

Tombol pintu laju dibuka. Qairul terus masuk ke dalam dan berjalan mendekati Ziyad yang terpaku bagaikan patung cendana disitu.

"Abang Ash, kenapa ni?" soal Qairul ingin tahu.

Anak mata Qairul kini beralih menatap ke arah Hanan yang menutup kedua-dua belah telinganya sambil lutut yang dirapatkan ke arah  dadanya.

"Hanan. "

"Pergi! Jangan ganggu aku pergi!"

Qairul terus mendekati Hanan dan duduk disisinya. Baru sahaja Hanan ingin melarikan diri, tubuhnya dipeluk kemas.

"Hanan, ni aku Qairul. Suami kau."

Berkali-kali Hanan menolak tubuh Qairul tapi lelaki itu malah  mengetatkan lagi pelukan.

"Hanan, aku ada. Aku ada dengan kau sekarang. Semua lelaki tu dah pergi, Hanan." Pujuk Qairul.

Dapat Qairul rasakan tubuh badan Hanan menggeletar hebat. Hanan akhirnya berhenti menumbuk dada Qairul digantikan dengan suara esak tangis. Teresak-esak dia menangis di dalam pelukan Qairul.

"Qai... saya mimpi lelaki tu nak apa-apakan saya. Saya takut Qai." Bergetar suaranya menyampaikan rasa takut dalam dirinya.

Qairul mengetatkan lagi pelukan sehingga muka gadis itu tersembam ke dadanya. Qairul dapat rasakan bahagian dada bajunya basah.

"Tak, dia tak sempat buat apa-apa. Aku ada dengan kau. Aku dah belasah semua lelaki itu. Jangan takut." perlahan nada suaranya memujuk.

Perasaan aneh yang hadir segera Qairul tepis. Jantungnya mula berdetak kencang dengan posisi kedudukan mereka. Qairul ingin  melonggarkan pelukan tetapi Hanan segera memeluknya erat bagaikan tidak mahu lepas. Air liur diteguk payah.

[C] Please Remember Donde viven las historias. Descúbrelo ahora