Bab 65

1.6K 61 16
                                    

          Mejanya yang berselerak, Hanan biarkan dahulu. Kakinya mencangkung ke lantai sambil mengintai ke bawah meja. Habis satu lantai matanya jadi penyapu, namun barang yang dia cari masih tidak ditemui.

Hanan gigit bibir. Dia terus bangun. Tangan di bawa ke dahi lalu mengetuk perlahan, berkali-kali dia berbuat benda yang sama. Tak cukup dengan itu kakinya mula mundar-mandir berjalan mengelilingi bilik pejabatnya.

"Macam mana boleh hilang ni? Aku letak mana?" Bebel Hanan. cuba mengingati balik. Fikirannya kusut. Sekali lagi dia cuba meraba bahagian lehernya yang terselindung dengan tudung. Berharap rantai yang dia pakai selama ni masih tersarung di lehernya.

Pengharapan menjadi hampa apabila lehernya terasa kosong. Hanan berdecit. Kegusaran di hatinya semakin menggila.

"Please... ingat balik kau letak mana, Hanan?" Kepala diketuk agak kuat. Rasa geram terhadap dirinya yang agak cuai.

Macam mana kalau rantai tu hilang? Sudah lah hanya rantai tu sahaja dia bergantung harap agar dapat mencari keluarga kandungnya.

Hanan mula terasa ingin menangis. Bermacam-macam kerisauan yang melanda dalam kepalanya. Kakinya mula menggedik. Salah satu cara untuk menenangkan dirinya sendiri.

Tuk!

Kepalanya yang tertunduk segera terangkat apabila pintu bilik pejabatnya dibuka oleh seseorang. Matanya bertentangan dengan mata Harriez sebelum beralih di sebelah lelaki itu. Si abang turut ada.

Haiyan mengukir senyuman tipis. Hanan turut membalas namun, jelas kelihatan hambar di dalam senyumannya.

"Kenapa bilik ni bersepah sangat?" Tegur Harriez. Dahinya berkerut memandang meja Hanan yang berselerak dengan segala jenis file. Menyemak betul.

Hanan bermain dengan jarinya. Takut-takut dia pandang Harriez. Dia tahu, Harriez cukup pantang dengan kekemasan.

"Saya minta maaf, saya tengah cari barang saya. Barang saya hilang. Saya janji lepas ni saya kemas balik." Perlahan suara Hanan berkata. Kedengaran tidak bermaya sahaja.

Haiyan pandang Harriez. Harriez yang perasan cara pandangan abangnya mengangkat sebelah keningnya.

"Hanan hilang barang apa?" Tegur Haiyan setelah lama dia diamkan diri dan perhatikan tindak tanduk adiknya dengan Hanan.

Hanan menggigit bibirnya.

"Saya cari rantai saya. Saya tak ingat saya letak kat mana tapi saya rasa saya tak tanggal kat mana-mana pun rantai tu. Entah macam mana boleh hilang." Hanan mengeluh perlahan. Kepalanya dah sesak memikirkan di mana lagi dia perlu cari.

Hanan dengan sikap cuainya tiada pisahnya.

Mendengarkan itu, tubuh Haiyan automatik mengeras. Bibirnya terus terkatup rapat. Jantungnya berdetak kencang. Wajah Hanan direnung dalam.

Lama dia merenung wajah Hanan yang kelihatan kusut itu sehingga Harriez menepuk bahunya perlahan. Kepala laju menoleh Harriez yang sudah memandangnya pelik.

"Kau kenapa? Okey tak?" Soal Harriez perlahan. Hanya mereka berdua sahaja mendengar. Nada suara Harriez kedengaran risau dengan diam abangnya. Dia pun perasan dengan cara Haiyan memandang Hanan itu sangat berlainan.

Bagaikan ada sesuatu yang cuba Haiyan sembunyikan daripadanya.

Haiyan cuba berlagak biasa. Nafas ditarik dalam sebelum kepalanya mengangguk.

"Aku okey je." Balasnya perlahan.

Tiba-tiba Haiyan keluarkan dompet dari kocek seluarnya. Lama lelaki itu membelek di dalam dompetnya sebelum seutas rantai dikeluarkan dari tangannya.

[C] Please Remember Where stories live. Discover now