Bab 18

1.8K 79 2
                                    

     Kepala diletakkan di atas lengan belah kirinya sambil mata terpejam rapat. Semasa sesi belajar tadi kelasnya bukan main sunyi, sekarang bukan main rancak berborak.

Macam buat ketuk-ketuk Ramadan pun ada.

Kepenatan semalam masih terasa sampai ke hari ni. Nak kata dia buat kerja berat bukan berat sangat pun.

Kerusi di tempat duduk sebelahnya ditarik sehingga menghasilkan bunyi geseran. Hanan hanya biarkan, Eryn dah balik semula ke kelas kut.

"Hanan!"

Mejanya diketuk perlahan. Dahi Hanan berkerut seribu. Pemilik suara itu tersangat lah asing di telinganya. Tak akan suara Eryn yang lunak tiba-tiba berubah jadi kasar dalam beberapa minit.

Ini bukan suara Eryn!

Hanan mengangkat kepala. Kaca matanya yang senget dibetulkan lalu dia mengecilkan mata memandang gerangan di tepinya.

Sangkanya tadi Eryn dah balik ke kelas selepas dipanggil ke bilik guru, tengok-tengok orang lain yang selamba duduk tempat tu.

Senyuman manis diberikan kepada Hanan. Hanan turut membalas dengan senyuman nipis, nanti kalau tak balas kata sombong pula.

"Ya?"

Harith tersengih kerang busuk. Suka lah tu Hanan menyahut panggilan dia.

Ini lah masa yang sesuai untuk dekat dengan Hanan!

Sudah lama dia menantikan saat-saat ini berlaku. Bukan main lama dia cuba mengumpul semangat semata-mata nak bercakap dengan Hanan.

"Aku nak tanya, petang ni nak tak study sama-sama? Eryn dan Umairah pun ada sekali." Dengan penuh berani Harith bertanya. Harap-harap gadis itu tidak menolak ajakan dia.

Hanan mengetuk di bawah dagu lagat berfikir. Matanya beralih ke muka lelaki itu sebelum menggeleng perlahan.

"Tak boleh lah. Next time kita boleh study lagi? Lagipun aku ada urusan keluarga. Sorry..."

Senyuman Harith mula mengendur. Air muka lelaki itu tampak begitu kecewa selepas Hanan menolak pelawaannya.

Bawah bibir digigit. Serba salah Hanan dibuatnya apabila riak muka Harith tu tersangat lah kecewa.

Muka tu macam kena reject dengan crush pun ada.

"Tak apa lah, lain kali lah pula kalau kitaorang buat study lagi kau kena ikut eh?"

Hanan mengangguk perlahan tanda setuju. Muka lelaki itu mula berubah ceria. Senyuman yang terukir di bibir milik Harith terlihat manis sekali dengan lesung pipit di belah kanan, terserlah kekacakan lelaki itu.

Dalam hati Hanan memuji sikap Harith yang murah senyuman itu. Kalau lah Qairul pun murah senyuman macam lelaki itu, mungkin dua kali ganda dari Harith.

Ha, sudah Hanan!

"Oh! Kau ingat lagi kan nama aku?" Tanya Harith ingin tahu. Mata tu tidak lepas menatap Hanan yang terkebil-kebil memikirkan sesuatu.

Sah! Hanan tak ingat nama dia!

Hanan menggigit bibir. Itu dah memang tabiat kalau dia rasa bersalah sangat. Boleh dia lupa nama lelaki dihadapannya.

Tapi dia memang lupa kalau orang yang baru dia kenali sedangkan dalam kelas ni pun dia cuma kenal kawan-kawan Eryn. Qairul itu pun dia kenal sebab suami dia kan.

Kawan-kawan Qairul langsung dia tak kenal. Nama pun dia tak pernah terdetik nak tahu.

Harith masih dengan senyuman manisnya. Tangannya diletakkan ke dada.

[C] Please Remember Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz