Bab 8

1.7K 79 0
                                    

      Suasana di ruang tamunya mulai tegang. Semua ahli keluarganya sudah berkumpul kecuali si kecil, Qiyadh sudah ke alam mimpi.

Ziyad menarik nafas panjang sebelum membuka mulutnya.p

"Ma, fikir baik-baik. Semua ni bukan main-main, perkahwinan ni hanya untuk sekali seumur hidup je ma," ujar Ziyad dalam nada pujukan. Perbincangan itu lah yang dibuat. Dia sebagai abang, perlu suarakan tentang hal ini.

Ye lah, cuba bayangkan umurnya yang  baru 22 tahun ni belum berkahwin lagi tetapi Qairul yang berumur 17 tahun dah nak berumah tangga? Otaknya tidak mampu menerima.

"Itu keputusan mama. Mama takkan ubah fikiran," kata Puan Zainun tetap dengan pendiriannya.

Ziyad berdecit. Ah! Keras kepala, kalau jawapan mamanya A, maka A lah pilihannya.

"Mama, perjalanan Shad masih panjang. Dalam keadaan sebegini mama nak kahwinkan dia? Mama tak boleh ke faham dengan keadaan dia sekarang? Sudahlah tahun ni dia perlu melalui SPM. Ash takut, dengan keputusan mama yang desak dia, mungkin Shad takkan dapat beri fokus dan mesti dia tekanan ma..." katanya lagi.

Dari jauh, Qairul hanya diam. Zailatul yang di sebelah Qairul hanya menepuk bahu Qairul agar bertenang.

"Mama tahu yang mana baik dan yang mana buruk. Mama yakin keputusan mama yang terbaik untuk Shad."

Qairul mengetap gigi. Digenggam tangannya dengan kuat. Geram dengan Puan Zainun yang tidak habis mendesaknya.

"Shad sabar Shad." Zailatul mengusap bahu adiknya supaya bertenang. Qairul hanya mengeluh perlahan. Beban yang menanggung ini amat berat baginya.

"Tapi ma, Shad ada impian dia sendiri. Ma tak boleh buat Shad macam tu."

"Walau apapun terjadi keputusan mama dan papa tetap sama. Tiada bantahan." Kini Encik Azril membuka mulut setelah lama berdiam diri. Diraut rambutnya ke belakang. Dengusan kasar Qairul lepaskan.

"But ma, pa..."

"Kalau itu dah keputusan ma dan pa. Shad ikutkan sahaja, kalau itu membuatkan mama dan papa bahagia." Terbeliak biji mata Ziyad dan Zailatul. Tak percaya Qairul akan buat sebegini.

"Kau gila apa?!"

"Aku tak gila Ash. Demi kebahagiaan mama dan papa aku sanggup kalau itu yang diorang nak." Air mata milik Puan Zainun mula bergenang di tubir mata. Dia tak nak semua ni berlaku tapi dia terpaksa disebabkan amanat arwah ibunya. Dia tersepit antara amanat itu.

"Shad terima ma, pa. Shad ikutkan sahaja."

Terus sahaja kaki melangkah pergi meninggalkan ruang tamu. Sesak! Itu yang dia rasa apabila mama dan papa tidak habis tentang perkahwinan itu. Dia muak!

Ziyad menggeleng. Kecewa dengan sikap mama dan papanya. Dia sedih dengan keadaan Qairul.

"Ash tak tahu nak cakap apa. Ash rasa macam susah nak percaya, mama dan papa berubah dalam sekelip mata. Mama yang Ash kenal bukan macam ni, dia bertolak ansur bukan mendesak. Ash rasa kecewa dengan mama dan papa. Bagi Ash, Ash macam dah tak kenal mama dan papa." Ziyad membawa diri ke kamar usai berkata. Sungguh dia kecewa saat ini.

Puan Zainun jatuh tersungkur, sedih mengenangkan semua yang berlaku. Kalau boleh diputarkan masa, dia takkan buat perjanjian itu.

Teresek-esek Puan Zainun menahan tangisan yang semakin bergema, tidak dapat dibendung lagi. Zailatul mula sebak, lantas bahu Puan Zainun dipeluk bagi meredakan tangisan sang ibu.

"Mama berdosa Ecah, kalau boleh mama tak nak benda ni berlaku pun. Mama takde niat nak buat keluarga kita bergaduh." Zailatul mengusap belakang Puan Zainun, dia mengangguk.

[C] Please Remember Where stories live. Discover now