Bab 36

1.6K 72 6
                                    

     Kaki mengatur langkah ke arah dapur. Bunyi bising yang datang dari arah ruangan dapur itu melajukan lagi langkahnya. Saat anak mata Hanan menyapa kelibat Puan Zainun, segera dia dekati tubuh itu. Sekuntum senyuman lebar diukirkan tatkala Puan Zainun masih tidak sedari dengan kehadirannya di belakang.

"Mama!" Lengan Puan Zainun ditepuk spontan.

"Omak kau makan kaki!"

Terkekeh-kekeh Hanan ketawa sambil menutup mulut. Takut jika suasana bising ini mengganggu orang dalam rumah.

Puan Zainun mencekak pinggang sambil menayangkan muka garang.

"Eh dia ni, ada juga makan senduk ni kejap lagi," kata Puan Zainun dengan suara acah-acah marah. Hanan masih begitu, menahan tawa.

Puan Zainun menggelengkan kepala sebelum mata kembali  beralih ke arah  masakannya yang terbengkalai sebentar tadi.

Hanan menjenguk sedikit wajahnya ke depan. Senyuman nipis dia terukir apabila melihat riak masam Puan Zainun. Dia segera mendakap bahu Puan Zainun lalu  diusap manja bagaikan memujuk anak kecil.

"Mama... Jangan lah merajuk. Ikha saja je nak buat mama terkejut..." Meleret leret Hanan berbicara. Walaupun kedengaran mengada sedikit tapi tak salahkan kalau nak bermanja dengan mak mentua ehek...

"Hmm ye lah, lain kali jangan buat macam tu lagi. Terkejut mama tau." Pesan Puan Zainun dengan mata sengaja dibulatkan. Hanan buat gaya tabik konon patuh arahan yang diberikan.

"Baik!"

Seketika mata Hanan meliar ke arah masakkan Puan Zainun. Anak mata  Hanan mula bersinar. Air liurnya juga kecur sahaja melihat masakkan Puan Zainun yang agak menyelerakan itu.

"Wow! Sedapnya bau," ujar Hanan penuh ceria. Perut diusap tanda lapar. Bau masakan Puan Zainun yang menusuk ke dalam rongga hidungnya membuatkan perutnya berkocak hebat. Pada mulanya yang tak berapa lapar terus jadi kebuluran.

Puan Zainun mengalihkan muka ke arah Hanan sebelum bibirnya menguntum senyum.

"Mama kan masak, bau dan rasa mesti lah sedap." Puji Puan Zainun dengan bangga sekali. Hanan berdiri di sebelah Puan Zainun. Semakin bertambah sinar mata Hanan saat char keuw teow goreng terlihat di depan matanya. Makanan kegemaran dia!

"Patut lah sedap! Mama ni macam tahu-tahu je ni makanan kegemaran Ikha." Teruja Hanan bersuara dengan muka penuh ceria. Puan Zainun hanya memerhatikan gelagat anak menantunya yang kelihatan sangat bersinar.

"Iya? Ini pun mama rasa nak makan," balas Puan Zainun turut teruja.

"Hmm... Tak sabar Ikha nak rasa." Hanan menayangkan sengihan. Perutnya dipegang.

"Ada-ada je lah kamu ni Ikha." Tergeleng-geleng Puan Zainun melihat lagat comel menantunya.

"Mama..."

Mereka berdua yang ralit berborak sakan terus mengalihkan perhatian ke arah Qairul yang menyelit. Mulut Hanan terus membisu apabila matanya menyapa figura Qairul yang tercegat dibelakangnya. Puan Zainun mengalihkan perhatian sepenuhnya kepada Qairul.

"Ya, kenapa Shad?"

Hanan sedari tadi hanya  tercegat di sebelah Puan Zainun. Tidak bersuara, malah wajahnya kian menunduk memandang lantai.

Sejak waktu subuh lagi suasana kekok membelenggu mereka. Walaupun begitu Hanan langsung tidak melupakan kewajipan dia sebagai seorang isteri. Selepas mandi, dia terus bersiap memakai telekung. Tidak dilupakan juga dua sejadah dihamparkan untuk dia dan Qairul menunaikan solat bersama. Kemudian baru Hanan menggerakkan Qairul dari disapa lena yang panjang.

[C] Please Remember Where stories live. Discover now