Bab 60

1.7K 58 4
                                    

           Aisyah menyanyikan beberapa zikir di bibir. Tubuh kecil Anas ditepuk perlahan. Setelah memastikan si kecil sudah lena, perlahan-lahan dia meletakkan ke dalam Baby Cot. Mungkin Anas berasa tempat tidurnya beralih lalu Anas mula bergerak-gerak. Agak lama Aisyah menepuk peha Anas sehingga betul-betul memastikan Anas kembali terlena.

Aisyah pantas toleh ke arah pintu apabila kedengaran bunyi pintu di tolak. Kelihatan Haiyan berjalan masuk ke dalam bilik lalu menuju ke arah rak pakaiannya. Setelah menyarung  pakainya yang lebih selesa untuk tidur. Haiyan bergerak ke arah katil. Lelaki itu hanya duduk di hujung katil sambil memerhatikan sahaja gerak gerinya.

Sedar akan sesuatu yang tidak kena, Aisyah pun berjalan menghampiri suaminya yang duduk di hujung katil.

Kebiasaannya kalau mahu berbincang atau apa-apa pasti Haiyan akan duduk di hujung katil sambil menunggu Aisyah turut berlabuh di sisinya. Haiyan akan selalu deep talk dengan Aisyah cara begini. Memang itu sikapnya yang selalu dia dan Aisyah amalkan jika mahu berbincang.

"Abang ada apa-apa nak cakap dengan saya?" Punggung dilabuhkan sebelah suaminya. Matanya tidak lepas menatap seraut wajah bersih suaminya.

Seraya itu Haiyan memberikan anggukan. Bibirnya tersenyum nipis membalas senyum isterinya yang tercinta.

"Abang cuma nak tanya sayang. Kenapa tadi abang nampak Hanan tu macam mengelat dari sayang? Kebiasaannya kalau nak balik mesti dia jumpa sayang tapi tadi dia balik macam tu je. Sayang gaduh dengan Hanan?" soal Haiyan penuh berhati-hati. Ditatap anak mata Aisyah penuh dalam.

Terkelu lidah Aisyah bila ditanya begitu. Air liur diteguk payah. Memang patut pun Haiyan perasan sebab jelas perwatakan Hanan itu seakan mahu mengelat darinya. Aisyah juga begitu, tidak cakap apa-apa. Hanya diam biarkan Hanan sebegitu.

Hanan masih terasa dengan dia. Aisyah sedar akan hal itu.

Terasa usapan lembut di bahagian pipinya. Aisyah pantas angkat wajah. Dibalas pandangan suaminya itu. Aisyah senyum tawar. Tangan Haiyan yang masih di pipinya turut dipegang.

Macam mana dia tak jatuh cinta dengan suaminya hari-hari kalau cara layanan Haiyan sangat istimewa. Terlalu lembut.

Aisyah melepaskan nafas lelah. Ditatap anak mata suaminya, mencari kekuatan.

"Jiha dah buat silap besar dengan Hanan." Perlahan sahaja Aisyah bersuara. Antara dengar tidak dengar sahaja. Sangat perlahan.

Namun, telinga lintah seperti Haiyan sangat cekap. Dia dapat dengar butir bicara isterinya. Haiyan mengambil keputusan untuk diam. Mata masih bertentangan dengan isterinya sehingga Aisyah sendiri yang menunduk merenung ribanya.

Haiyan hanya biarkan Aisyah menyambung bicaranya.

"Abang rasa apa yang Jiha cakap pada Hanan selama ni melampau ke? Salah ke Jiha menasihati Hanan selama ni?" Lirih sekali nada Aisyah bertanya. Terdengar getaran di sebalik suara itu.

Dengan penuh lembut dagu runcing Aisyah ditarik agar bertentangan dengannya. Kini seluruh wajah Aisyah dapat dilihat.

Wajah isterinya merah, begitu juga matanya. Tidak putus air mata wanita kesayangannya mengalir. Ibu jari kasarnya naik mengusap pipi merah Aisyah.

"Don't need to blame yourself. You did great, dear. Apa yang sayang cakap dekat Hanan memang betul cumanya bila nak menasihati tu kita kena lebih berhati-hati sayang. Hati orang yang terluka ni sangat sensitif."

Pecah tangisan Aisyah. Terhinjut-hinjut bahunya menahan sebak. Haiyan menarik tubuh Aisyah masuk ke dalam dakapannya. Ubun-ubun Aisyah dikucup lembut.

"Jiha rasa berdosa sangat dengan Hanan. Jiha tak patut cakap macam tu dekat Hanan sedangkan dia yang selama ni alami sendirian. Hanan betul, Jiha langsung tidak memahami dia. Jiha tak layak jadi sahabat Hanan." Teresak-esak Aisyah sambil menghamburkan kata-katanya. Perit, namun itu yang dia rasakan dirinya terhadap Hanan.

[C] Please Remember Where stories live. Discover now