Bab 43

1.4K 77 31
                                    

     Qairul yang masih berborak dengan Hanan di pangkin halaman rumah itu, Syazryl tenung dengan pandangan tajam. Menyiksa kan betul mata dia sekarang. Lagi membuatkan dia meluat apabila Qairul dengan selamba mencuit hidung Hanan.

Syazryl merengus kasar. Mood dia  hari ni terbang gara-gara mereka berdua. Spoil betul!

"Ehem..."

Syazryl berdehem membuatkan tingkah laku mereka mula terlerai. Qairul memandang Hanan manakala Hanan langsung tidak menunjukkan sebarang riak.

"Umi panggil Ikha... Tadi adik kata nak buat kuih sama-sama dengan umi kan?"

Segera Syazryl menyampaikan pesanan kepada Hanan. Kalau diikutkan hati yang membara, dia nak beredar daripada menonton babak mereka yang agak keterlaluan di matanya, namun itu semua ditolak ke tepi.

Hanan mengangguk tanda balas bagi soalan Syazryl. Muka Qairul direnung sebelum dikalih ke arah Syazryl.

"Okay."

Hanan membalas dingin. Hanan mula berdiri sambil  menyarungkan selipar dan laju sahaja kakinya menapak masuk ke dalam rumah. Semasa berselisih dengan Syazryl pulak Hanan langsung tidak memandangnya walaupun sekilas. Hati dia masih panas tentang adegan semalam.

Langkah Hanan, Syazryl pandang dengan pandangan sayu. Nada suara tadi sudah cukup membuktikan Hanan masih memarahinya.

Kini mata dia menoleh ke arah Qairul yang hanya memandang suasana kampung tanpa pedulikan kehadiran dia.

Syazryl menyilangkan tangan. Wajah serius diukirkan lalu dengan senyuman senget di bibirnya.

"Berapa lama korang sorokkan perkahwinan ni?"

Qairul mengalihkan tubuhnya sedikit.  Pandangan bosan dilemparkan.

"10 bulan lebih," jawab Qairul acuh tidak acuh.

Syazryl merengus kasar. Kalau diikutkan rasa sakit hatinya. Dah lama dia menumbuk lagi sekali muka Qairul, namun bekas tumbukan di pipi Qairul masih belum pudar. Tambahan pula Hanan pasti akan berang dengannya.

"Kau memang tak pandai cakap elok-elok eh? Ke kau nak aku ajarkan?" Syazryl bersuara menahan geram.

"Aku rasa aku cakap okey je. Tak ada pula aku panggil kau dengan nama binatang ke." Qairul membalas mendatar, manakala Syazryl semakin bengang dengan lagak selamba Qairul itu  seolah-olah mencabarnya.

"Kau ni memang kurang ajar ke macam mana ha? Sekarang pandai kau menjawab dengan aku, dulu bukan main bagus."

Kata-kata yang agak menyakitkan hati itu membuatkan Qairul mengacip gigi menahan marah, namun wajah tenang tetap dipamerkan. Selagi had kesabaran dia tetap kuat di dada, selagi itu dia bersabar.

"Aku yang kurang ajar ke kau ni? Tak hormat isteri orang tu namanya bukan kurang ajar jugak ke? Betul tak abang Syazryl?" Qairul mengukirkan senyuman senget.

Apa yang berlaku diantara Syazryl dan Hanan semalam. Tidak akan pernah luput dalam ingatannya walau sedetik pun. Selepas sahaja Hanan bangun, dia turut bangun dan dengan mata kepalanya sendiri dia menyaksikan empat mata itu bertengkar di tengah-tengah dapur.

Tindakan Syazryl yang mahu mendekati Hanan, membuatkan amarahnya kembali mendidih. Hanan sebaik-baik menjaga jarak tapi Syazryl pula seakan cuba merapati Hanan sehingga seperti ingin memeluknya. Kalau Hanan tidak mengambil tindakan menampar muka Syazryl dan lelaki itu memeluk isterinya. Dia akan lumat Syazryl cukup-cukup!

"Ikha isteri aku yang sah sekarang ni. Tolong hormat dia dan tolong hormat aku sebagai suami dia. Selama ni aku hormat kau sebagai kawan Abang Ash. Jangan hilangkan rasa hormat aku terhadap kau." Qairul pandang Syazryl tajam. Penuh amaran.

[C] Please Remember Where stories live. Discover now