Bab 58

1.5K 55 6
                                    

     10 tahun kemudian.

Yasin dilekapkan ke atas dahi kemudian turun ke bibirnya. Sebanyak tiga kali dia berbuat begitu sebelum diletakkan ke atas ribanya. Pandangannya beralih ke arah batu nisan yang tentera nama seseorang yang pernah hadir dalam hidupnya.

Khalisha Sufia Binti Ridhuan

Tangannya bergerak membersihkan beberapa daun dan bunga kering di atas perkuburan itu. Usai membersihkan segalanya, batu nisan itu diusap perlahan.

"Assalamualaikum Lisha... Maaf sebab dah lama tak jenguk Lisha."

Hening. Nafasnya ditarik sukar. Tidak semena-mena bibirnya menguntum senyum tipis.

"Shad minta maaf, Shad dah terima segalanya dan hari ni hari terakhir Shad di sini. Shad minta maaf atas kesilapan masa lampau Shad dulu, banyak sakitkan hati Lisha. Shad minta maaf kalau selama kita berkawan ni Shad buat Lisha tak bahagia. Shad minta maaf." Qairul berdehem. Cuba menghilangkan getaran suaranya.

Redup pandangannya. Matanya sudah mula berkaca-kaca.

"Dan Shad minta maaf tak boleh tunaikan hasrat Lisha. Semuanya kesilapan dari Shad. Kerana silap Shad, Shad kecewakan dan lukakan hati semua orang termasuk orang yang Shad sayang." Dia tersenyum kelat. Hatinya terasa ngilu.

Sudah bertahun semuanya sudah berlalu dan sampai ke saat ini dia tidak pernah mendengar khabar dari pihak sana. Dirinya seakan hilang dan lenyap dari dunia ini.

Sejujurnya Qairul cuba membuat pencarian, malah beberapa orang sudah dia upah, namun jejak gadis itu lesap. Hatinya sampai ke saat ini resah dan tidak tenang memikirkan gadis yang telah membuatkan hidupnya berubah seratus peratus.

Qairul memejamkan mata. Terasa sukar hendak hembuskan nafas. Tiba-tiba ingatannya kembali diterjah dengan peristiwa yang dia tak akan pernah lupa, malah menjadi mimpi ngeri dia di siang dan malam.

Rasa dikhianati, kecewa, menyesal, serba salah dan benci terhadap sikap bodohnya kini bercampur aduk. Kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa pereksa asal usul itu telah memusnahkan dirinya sendiri.

Qairul mengurut matanya menahan air matanya yang hampir menitis. Dia sudah berjanji pada dirinya untuk lepaskan semuanya.

"Shad minta diri dulu. Shad harap Lisha bahagia di sana. Shad hanya mampu doakan Lisha di sana." Sekali lagi batu nisan itu diusap. Rasa sebak yang tiba-tiba hadir itu dia cuba berlindung dengan menarik nafas panjang.

Dia bangun dari duduk. Ditatap tanah perkuburan itu buat kali terakhir. Dia sudah boleh terima dengan hati yang terbuka dan sejak ketiadaan orang tersayang dia disekelilinginya, dia belajar sesuatu.

Hargai. Perasaan hargai tu sangat istimewa.

Qairul senyum tipis. Kepala kembali berpaling ke hadapan lalu dengan langkah yang tenang, dia meninggalkan tanah perkuburan itu.

🌸🌸🌸

     Dokumen- dokumen yang telah siap disemak itu, Hanan tutup. Dengan perasaan penuh lega dia bersandar badannya di kerusi pejabat penuh nikmat. Bibirnya tidak henti tersenyum mekar dengan hasil kerjanya selama ni.

Setelah beberapa hari bersengkang mata akhirnya hari ni dia dapat tidur lena. Kalau orang atasan marah dia lagi rasanya memang dia lancarkan peperangan.

Berani? Eh mesti, orang atasan suka sangat membulinya jadi kalau tidak dihargai lagi tak tahu lah. Jangan tanya kenapa dia buat muka kalau berjumpa dengan big bossnya.

[C] Please Remember Where stories live. Discover now