Bab 16

1.7K 80 0
                                    

      "Jadi... tu isteri kau? Cantik, untung kau dapat isteri macam tuh. Aku pulak yang naik jeles," kata Eizhan lagat mengusik. Cantik, tak boleh dinafikan tapi dia sedar gadis itu sudah menjadi hak milik kawannya.

"Kau nak makan penumbuk? Sini lah." Qairul mengacah mahu menumbuk. Eizhan tergelak. Dia menumbuk bahu Qairul perlahan.

"Tapi aku tak terkejut kalau Harith sukakan isteri kau. Aku yakin hati yang keras macam batu tu akan cair juga."

Wajahnya berubah muram, entahlah... Bab ni dia sensitif sikit.

"Boleh tak, tak payah cakap pasal ni? Aku serabut lah," kata Qairul sedikit bengang. Eizhan yang pada mulanya mahu mengusik terus tidak jadi apabila suara Qairul berubah dingin.

"Kenapa?"

"Aku tak suka, aku tak sukalah. Susah sangat ke?"

Eizhan ketawa mengejek. Rasa lawak pun ada dengan Qairul ni, lagipun sengaja dia mahu membakar hati Qairul.

"Kau cakap lah mula-mula tak suka last sekali lekat juga. Aku percaya one day hati kau akan berpaut dengan sendiri. Lagi-lagi isteri secantik macam tu. Kau kena buka hati kau Qairul untuk perempuan lain, tak akan lah disebabkan Khalisha kau nak tutup hati kau untuk seorang gadis?"

'Sreettt!'

"Kau jangan sebut nama Khalisha! Dia tak ada kena mengena dalam hal ni! Kenapa? Kalau aku kata hati aku dah tertutup untuk seorang gadis kau nak buat apa? Sampai bila-bila aku tak akan suka kan dia! "

"Ini lah kau, ego tinggi melangit! Memang semua ni tak ada kena mengena dengan Khalisha tapi disebabkan perempuan tu kau tutup hati kau untuk perempuan yang selayaknya untuk kau. Kau jangan, kalau suatu hari nanti kata-kata kau tu memakan diri kau sendiri," kata Eizhan dengan nada yang tinggi. Eizhan juga berdiri, ramai mata memandang mereka di meja makan itu.

"Kau ego Qairul! Ego! Kau jangan menyesal kalau one day nanti kau baru sedar betapa cintanya kau dekat Hanan. Aku pergi dulu. Jangan ambil hati. Aku tak nak disebabkan benda kecik ni kita gaduh." Eizhan mengambil kunci motor dan berlalu pergi. Makanan yang terhidang tadi langsung tidak dijamah gara-gara pertengkaran tadi. Hilang segala selera nak makan waktu petang.

Qairul menggenggam penumbuk, mata-mata yang memandang mereka berdua tadi langsung Qairul buat tidak endah. Siapa saja tidak sakit hati. Walaupun nada Eizhan kedengaran keras tetapi baginya itu membuatkan amarahnya menaik.

Qairul membuka dompetnya lalu diletakkan beberapa note ringgit di atas meja makan itu. Dia juga sudah hilang selera.

Qairul mengeluh berat. Ye, dia masih tidak boleh lupakan Khalisha. Bukan mudah dia mahu lupakan Khalisha. Walaupun Khalisha sendiri yang minta putus tapi Qairul masih tidak boleh lupakan dia.

Hubungan mereka bertahan selama 2 tahun je. Khalisha yang selama ni ada dengan dia bila waktu susah tapi sekarang gadis itu senang-senang minta putus darinya.

Alasan gadis itu kata dia tawar hati dengan Qairul. Lagi menyakitkan hati  sebelum gadis itu minta putuskan hubungan mereka, Qairul melihat dengan mata kepala sendiri gadis yang selama ni dia sayang berlaku curang dengannya.

Masa tu dia mahu membeli buku rujukan terus batal niat baik dia. Dengan rasa kecewa yang melampau, Qairul terus balik ke rumah. Seminggu tu baru Khalisha minta putuskan hubungan. Qairul tanpa banyak tanya hanya setuju.

Walaupun sekarang hubungan mereka tiada apa-apa lagi tapi Qairul masih lagi tidak dapat lupakan gadis itu.

🌸🌸🌸

     Fikirannya bercelaru. Hanan berkali-kali cuba untuk tidak memikirkan, namun masih lagi teringat apa yang Eryn ceritakan kepadanya. Jarinya di bawa ke mulut. Jelas sekali keresahan di riak wajahnya terserlah.

[C] Please Remember Where stories live. Discover now