Bab 10

2.1K 82 2
                                    

     Hari berganti hari. Tarikh nikah sudah hampir dekat. Hanan merenung cincin yang tersarung di jari manisnya seminggu yang lepas.

"Aku dah jadi tunang orang. Macam mimpi pulak." Tergelak kecil Hanan. Dia tak pernah terfikir pun yang dia akan berkahwin di usia muda macam ni. Ingatannya mula teringatkan tentang seminggu yang lepas.

Jari milik Hanan di sarungkan cincin belah rotan itu. Puan Zainun atau dikatakan bakal mak mentua nya hanya tersenyum kecil sambil menyarungkan cincin itu. Setelah selesai menyarung segera tangan milik Zainun di kucup dan akhirnya Hanan sudah menjadi tunang milik Qairul.

"Mulai sekarang Ikha panggil aunty Zai,mama ya?" Ditelan air liurnya terasa kesat di kerongkong.

"B..baiklah aunt...eh? mama!" Puan Zainun tersenyum kecil. Hanan mencari kelibat bakal suaminya tapi hampa, Puan Zainun dapat menangkap.

"Cari Shad ke?" Merona pipi Hanan. Adu mak kantoi!

"Shad ada kat luar nak mama panggil kan dia?" Hanan menggeleng. Lagipun dia malu nak berjumpa sama Qairul walaupun 2 minggu yang lepas sudah bertembung.

"Tak apa mama panggil kan dia ya?" Tidak sempat Hanan menghalang Puan Zainun sudah keluar. Hati Hanan sudah memainkan peranan. Puan Zainun dan seorang lelaki mula mendekati mereka.

"Shad ni tunang kamu." Hanan mendongakkan kepalanya ingin melihat wajah milik Qairul almaklumlah dia pendek Qairul tinggi cam galah.

Saat mata mereka bertentangan satu perasaan aneh mengalir dalam dirinya. Qairul berdehem cuba untuk buang suasana janggal.

"Mama pergi dulu. Korang berborak lah dulu kat sini," kata Puan Zainun lalu terus melangkah pergi.

Okay suasana awkward. Hanan hanya menunduk sambil bermain jari yang disalut dengan cincin tunang itu.

"So, miss Hanan Zulaikha, Gembira dapat berjumpa lagi." Dia ketawa kecil nampak sangat fake senyuman dan ketawa itu. Hanan hanya diam.

"Kau masih ingat aku lagi kan? Qairul Arshad? Oh lupa takkan lah tak kenal aku pulak." Tawa sinis mula terbit dan itu membuatkan riak wajah Hanan berubah tetapi cepat-cepat ditutup dengan senyuman kecil.

"Ya... Saya masih ingat awak lagi. Gembira dapat bertemu awak," kata Hanan kedengaran kekok.

Qairul melirik ke arah Hanan yang mengenakan baju abaya satin berwarna maroon. Cukup sesuai dengan warna kulit gadis itu.

Qairul mula mendekatkan mukanya dengan cuping telinga Hanan. Air liur Hanan ditelan dengan payah tatkala hembusan nafas Qairul dapat dirasai.

"Hmm... Boleh tahan cantik juga kau sekarang kan."

Merona muka Hanan apabila dipuji sebegitu. Hanan pula sudah seperti cacing kepanasan apabila jarak antara mereka semakin dekat.

Hanan segera berdiri.

"Saya pergi dulu, ada masa kita jumpa lagi."

Hanan memejamkan mata seketika, laju sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam rumah.

"Aishh!"

Hanan menepuk pipinya yang semakin memanas. Dia langsung tak percaya yang Qairul memujinya cantik. Haih... Hanan, jangan cakap kau suka.

Jelas kelihatan air muka Qairul seakan-akan tidak menyukainya. Dia tak tahu salah dia dimana tapi Qairul memang lain, tak seperti dulu.

"Dia benci aku ke? Aip! Hanan kau baru je tunang apatah lagi kahwin dah menilai orang." Tergeleng-geleng dia tapi dari riak Qairul dia dapat rasakan Qairul seperti ada sesuatu.

[C] Please Remember Où les histoires vivent. Découvrez maintenant