Bab 48

943 42 0
                                    

     "Kau buat apa tu?"

Suara Qairul yang menegurnya membuatkan Hanan toleh ke belakang. Bibirnya menguntum senyum tipis kemudian kembali beralih kepada kerjanya semula. Satu persatu bahan untuk membuat kek brownies disediakan.

"Saya tengah susun bahan nak buat brownies. Ada tempahan hari ni. Awak tak kerja hari ni?" Hanan mengerling ke arah Qairul yang kini berdiri di sebelahnya.

Lelaki itu hanya berpakaian santai. Dengan seluar separa bawah lutut. Baju t-shirt putihnya. Memang tiada tanda-tanda nak keluar pun.

"Hari ni aku cuti. Alang-alang tu duduk jelah kat rumah. Eryn tak ada ke? Bukan dia selalu buat brownies dengan kau ke?" soalnya. Tidak terlepas mata melihat bahan-bahan yang disediakan oleh Hanan. Nampak menarik.

Wajah Hanan mulai mendung. Keluhan lemah dilepaskan. "Dia tak dapat datang hari ni sebab dia kena ikut ibu dia balik kampung. Sepupu dia kahwin."

Terdiam seketika Qairul. Wajah Hanan yang tenang bersahaja dari sisi itu Qairul tenung.

"Kiranya kau kena buat seorang diri lah?" Soalnya lagi.

Terangguk-angguk kepala Hanan mengiyakan. Apron yang disangkut Hanan capai. Rambut dia yang diikat tocang kini ditukarkan dengan sanggul gaya bun. Lebih memudahkan dia nak buat kerja.

Setiap gerak geri Hanan tidak lepas diperhatikan satu persatu. Ini kali pertama dia melihat Hanan membuat kek. Sebelum-sebelum ni dia pernah lihat kek brownies yang dah siap hidang je.

"Kalau macam tu aku tolong kau."

Terhenti pergerakan Hanan seketika. Wajah berpaling ke arah Qairul yang turut memandangnya.

Dia tak silap dengar kan?

"Awak nak tolong saya?" Soalnya dengan mata terkebil-kebil.

Terangguk-angguk kepala Qairul. Melihat respon Qairul begitu, Hanan senyum lebar. Hatinya bagaikan girang apabila Qairul dengan ikhlasnya menawarkan diri untuk menolongnya.

Berita hangat ni!

"Boleh, boleh! Lagi saya suka kalau awak bantu saya," ujar Hanan penuh gembira. Melihat Hanan yang tersenyum lebar itu membuatkan bibirnya turut menguntum senyum.

Akibat geram, tangannya pantas naik mencubit pipi gebu isterinya.

Geram punya pasal!

"Dah lah tak payah senyum macam tu, buruk." Sekali lagi pipi Hanan dicubit tapi kali ini agak kuat sehingga terjerit kecil Hanan. Tak semena-mena pipinya bertukar rona.

Mulut sahaja kata buruk padahal senyuman gadis itu mampu menggetarkan jiwanya. Terlalu manis untuk dilihat.

"Hish... apa awak ni? Saya senyum je tu pun boleh awak cakap buruk," rungut Hanan dengan muka cemberut. Tak puas hati! Pipinya yang terasa pedih itu diusap-usap.

Walaupun pipinya terasa sakit, hatinya tetap berbunga-bunga dengan sentuhan Qairul. Dia tahu Qairul hanya sekadar gurau.

Dari hari ke hari, rasa sayang terhadap Qairul terlalu sukar diungkapkan. Kadangkala dia cuma mahukan hari-harinya terisi dengan Qairul. Hanya lelaki itu sahaja yang mampu bangkitkan semangatnya.

Sejak kejadian perit itu, dia telah pun ceritakan kepada Qairul. Lelaki itu tidak putus-putus memberikan dia dorongan, bahkan Qairul juga menyuruhnya untuk berlapang dada agar memaafkan kedua-dua orang tua kandungnya. Mungkin apa yang ditulis terbaik untuk dirinya. Tanpa Qairul mungkin sampai saat ini dia masih belum mampu melepaskan.

"Kita nak mulakan dari apa dulu?" soal Qairul sudah sedia tercegat di sebelah Hanan. Tunggu masa arahan dikeluarkan je.

"Awak dah basuh tangan?" Tanya Hanan.

[C] Please Remember Where stories live. Discover now