Bab 45

1K 44 0
                                    

     Meliar mata Hanan mencari susuk tubuh Qairul tetapi tiada langsung bayangan lelaki itu. Di bahagian dapur dia cari, namun kelibatnya juga langsung tidak jumpa sehingga mata Hanan berhenti ke arah figura manusia yang tengah mencuci pinggan di bahagian belakang rumah. Lengan baju melayu berwarna maroon itu dilipat hingga ke siku. Kopiah dikepala sudah hilang entah ke mana. Rambut yang menutupi wajah menyukarkan untuk Hanan merenung segenap wajah itu tapi dengan keadaan Qairul begitu cukup menyerlahkan ketampanan nya.

Perlahan-lahan langkah diaturkan ke arah Qairul. Bahu Qairul ditepuk dari arah belakang. Pantas kepala lelaki itu terangkat. Anak mata mereka bertembung buat seketika.

"Dari tadi saya tengok awak tak berhenti pun buat kerja." Tegur Hanan terus mengalihkan anak matanya. Mata melekap ke beberapa pinggan yang masih tidak terusik di dalam besen bersebelahan Qairul.

"Banyak yang perlu kena buat. Takkan nak suruh orang lain tolong basuhkan," balas Qairul bersahaja. Tangannya ligat membasuh pinggan di dalam besen yang dipenuhi sabun tanpa berhenti.

"Saya nak awak berhenti. Sekarang jom makan, dari tadi awak tak makan kan? Kerja tu nanti boleh sambung balik," ujar Hanan sambil menarik hujung baju melayu Qairul. Qairul mendongak kepala.

"Aku tak rasa lapar lagi lah. Lagipun banyak lagi pinggan ni, tak akan aku nak biarkan je kan. Kalau kau lapar kau makan lah dulu nanti dah siap aku makan pulak," tolak Qairul  dengan lembut. Tugas yang terbengkalai sebentar tadi disambung semula.

Hanan mendengus kecil. Qairul ni pun satu, keras kepala betul! Tumpah kesian Hanan apabila Qairul mengambil tugas cuci pinggan ini. Dah lah buat seorang diri.

Hanan menyinsing lengan baju kurungannya ke atas. Span yang tidak terusik di sebelah Qairul selamba dia mengambil tanpa peduli muka berkerut lelaki itu.

"Eh kau ni, pergi lah makan. Semua ni biar aku buat." Qairul ingin merampas semula span di tangan Hanan namun, sempat dia melarikan.

"Kalau awak tak makan, saya pun tak makan. Daripada awak banyak bunyi macam ni baik awak buat. Siap cepat, boleh makan," ugut Hanan turut berkeras. Tangan ligat mencuci pinggang mangkuk di dalam besen tanpa mempedulikan Qairul. Pandangan helang Qairul langsung tidak menggerunkan dia.

Kalau Qairul berdegil dia pun nak juga berdegil. Apa ingat Hanan akan  sanggup ke makan kalau Qairul buat kerja macam ni? Sudah lah sedari petang tadi lagi tidak dijamah satu pun makanan. Mana dia tak risau? Lagipun riak keletihan di segenap muka itu membuatkan Hanan tidak sampai hati untuk membiarkan.

"Ikut kau lah." Dengan nada malas Qairul biarkan sahaja. Lagipun dia tengah dalam keadaan penat. Mulut dia juga letih mahu bergaduh dengan Hanan.

Hampir setengah jam, akhirnya selesai juga cuci pinggan. Qairul berdiri lalu merenggangkan badan yang terasa lesu. Muka dia juga tampak lain sekali.

"Saya tengok muka awak ni dah lain sangat. Kalau awak tak nak makan nasi, makan kuih tak apa. Asalkan perut awak tu terisi," Lengan Qairul dipegang lembut. Matanya masih berharap agar Qairul setuju dengan cadangannya.

Kalau Qairul sakit perut macam mana? Dia juga yang risau dengan keadaan lelaki itu.

Qairul berdecit. "Yelah, kali ni aku ikut cakap kau," katanya malas.

Hanan senyum senang. Tanpa membuang masa, lengan Qairul ditarik ke halaman rumah. Kanopi dituju lalu Hanan menyuruh Qairul untuk duduk sebentar sementara dia mengambil kuih untuk Qairul.

[C] Please Remember Where stories live. Discover now