Bab 34

1.8K 92 5
                                    

       Hanan pandang cermin meja solek. Lama dia termenung sebelum keluhan berat dilepaskan. Raut wajahnya bertukar keruh.

Satu demi satu masalah datang. Sebentar tadi, dia dikejutkan dengan panggilan telefon daripada Syazryl.  Lelaki itu kata, dia akan balik ke Malaysia tidak lama lagi.

Lebih mengejutkan Hanan lagi, Syazryl kata dia akan melamar Hanan menjadi isterinya apabila lelaki itu jejakkan kaki ke sini. Tiada sahutan, malah dia terus tutup panggilan itu tanpa berkata sepatah dua kata sebelum tamatkan panggilan.

Rasa bersalah semakin menyerbu dalam dirinya. Hanan tersepit diantara Puan Suhaida dan Syazryl. Dia sayangkan kedua-duanya. Dua-dua manusia itu penting dalam hidup dia. Dia tak sampai hati mahu melukakan sesiapa pun, namun Puan Suhaida dia lebih utamakan.

Mana mungkin dia mahu menyakitkan hati seorang wanita bergelar ibu? Wanita itu yang membesarkan dia. Banyak pengorbanan Puan Suhaida untuk dia yang tak mampu terbalas. Wanita itu tetap ibunya sampai bila-bila. Walaupun dia bukan keluar dari rahim wanita itu.

Lagipun mana mungkin dia berkahwin dengan Syazryl. Dia telah pun bergelar isteri. Isteri kepada Qairul Arshad. Lelaki yang tak pernah duga hadir dalam hidupnya kembali.

Masa kecil jadi kawan. Bila besar jadi suami. Tak pernah dia jangka langsung. Namun, lama kelamaan hidup dengan Qairul. Dia rasakan sesuatu. Hatinya sedikit sebanyak dah berpaut pada Qairul.

Perasaan ini? Mungkin dulu dia tak pasti, namun sekarang dia pasti dengan jelas. Dia sayangkan lelaki itu. Lelaki itu bagaikan pelindung dia. Walaupun layanan lelaki itu masih terselit kasar, namun Qairul tetap melayan dia. Hari-hari dia rasakan bahagia setiap kali Qairul dekat dengan dia walaupun kadang kala usikan lelaki itu membuatkan dia rasa geram teramat.

"Maafkan adik, abang. Adik sayangkan umi, dalam waktu yang sama adik dah mula sayangkan suami adik sendiri. Tak mungkin adik akan terima lamaran Abang Ryl." Bibirnya diketap kuat. Hanan mula dihurungi sebak. Air mata sedari tadi menahan dipelupuk matanya. Tunggu masa je nak turun.

Bunyi ketukan pintu mengejutkan Hanan. Pantas dia menyeka air matanya yang perlahan menurun ke pipi.

"Boleh aku masuk?" Disebalik pintu itu, Qairul meminta izin. Hanan cuba maniskan muka.

"Masuk lah."

Pintu di buka luas. Tidak menunggu lama Qairul mula merapati Hanan yang masih mengurut mukanya di depan cermin.

Padahal nak bersihkan mukanya yang kelihatan sembab, cis...

"Boleh kita bincang kejap? Aku ada sesuatu nak cakap dekat kau."

Hanan memalingkan muka ke arah Qairul. Sedar-sedar lelaki itu dah berdiri di sebelahnya. Hanan mendongak ke atas sekilas.

"Hmm... Cakap lah. Saya dengar." Hanan kembali meneruskan urutan di muka. Qairul mendengus kecil sambil menyilangkan tangan ke dada.

"Tengok lah sini. Aku paling pantang bila nak bercakap, orang pandang tempat lain. Takkan itu pun aku nak kena cakap?" Perlahan-lahan Hanan menurunkan tangannya dari muka. Mendengar suara Qairul yang berubah tegas itu dia sedikit gerun.

Hanan mengangkat muka. Lembut pandangan diberikan."Awak nak bincang apa?"

Qairul diam seketika. Anak matanya merenung wajah Hanan, lama.

[C] Please Remember Where stories live. Discover now