Epilog

2.5K 53 6
                                    

           Suara kanak-kanak bergema satu taman di halaman rumah mentuanya. Hanan tersenyum kecil melihat gelagat anak-anak buahnya yang kini kian membesar.

Anak-anak buahnya siapa lagi kalau bukan Omar dan Yuyin kan.

Sekarang kedua-dua anak fruits dia tengah bergaduh dan Hanan selaku saksi hanya menonton pergaduhan itu dengan tangan ralit menyumbatkan isi udang panggang  ke dalam mulutnya.

"Omar tak nak jadi zombie!" Omar mula membantah tatkala Yuyin memaksanya menjadi zombie.

"Alah, Omar adi lah. Yuyin dah adi jombie adi," Yuyin juga tidak kurangnya. Masam wajahnya tatkala permintaannya tidak dituruti.

"Tak nak! Omar tak nak!" Omar membentak keras. Manakala Yuyin mula tercebik-cebik, tanda nak menangis.

Ha, sudah!

"Mami! Omar mayah Yuyin!" Teresak-esak Yuyin menangis sambil berlari ke arah Zailatul di dalam rumah. Ingin mengadu.

Manakala Omar di situ hanya berdiri kaku. Mukanya juga sudah tersebek-sebek. Mungkin mahu menangis juga agaknya.

Tidak sampai hati Hanan melihatnya, pantas tangan kirinya mengamit Omar datang.

"Omar! Mari sini kat cikda." Hanan mengajak Omar ke mari. Udang di tangan kembali dimakan.

Dengan langkah terkedek-kedek, Omar menghampiri Hanan. Bibir Hanan menarik senyum ceria sebelum sebelah tangannya menepuk tempat duduknya yang kosong.

"Omar dengan Yuyin gaduh apa sebenarnya?" Hanan bertanya. Pipi Omar yang comot itu dikesat dengan hujung lengan bajunya.

"Yuyin tu paksa Omar jadi zombie, Omar tak nak." Mengadu si kecil. Laju je. Siap pakej dengan muncung sekali.

Hanan tersengih lagi. Setelah selesai dia makan, tisu dicapai lalu dilap pada tangannya yang terasa melekit.

"Okey, sekarang ni cikda nak tanya Omar." Hanan membetulkan kedudukannya sedikit. Tiba-tiba pinggangnya terasa sakit pula.

"Omar ke Yuyin ni abang?" Tanya Hanan.

Omar kelip-kelip mata sekejap sebelum jari ditunjuk pada dirinya. "Mestilah Omar, Yuyin kan adik mane boleh jadi abang." Jawab Omar laju membantah.

Hanan senyum panjang sebelum tangan diturunkan mengusap kepala Omar.

"Pandai!" Dagu Omar juga dicuit manja. Terpampang wajah ceria Omar bila diperlukan sebegitu.

"Jadi Omar sebagai abang, kita kena jaga adik-adik kan? You know right?" soal Hanan semula.

Omar menjatuhkan kepalanya.

"Abang ni tanggungjawab dia besar pada adik-adik tau. Kena jaga adik-adik, kena utamakan adik dan yang penting sayang adik. Omar tak sayang Yuyin?" Duga Hanan sengaja. Mata hazelnya sengaja pandang Omar yang semakin lama menunduk itu.

"Omar syayang adik Yuyin tapi Omar tak syuke bila Yuyin paksa Omar..." Omar tunduk ke bawah. Air mukanya jelas kelihatan mendung.

Hanan senyum nipis. Tangan mendepa ke arah Omar. Omar angkat wajah.

"Let's me hug you." Terus dia memeluk tubuh Omar itu. Si kecil tidak kurang sama, turut sama memeluk ibu saudaranya walaupun tidak sepenuhnya tangan kecil itu dapat memeluk pinggang Hanan.

Macam mana nak peluk kalau perutnya sekarang kian membesar dari hari ke hari hanya disebabkan ada satu malaikat kecil yang sedang bernyawa di dalam rahimnya ini.

Ya, kini kandungan Hanan sudah mencecah 8 bulan. Sewaktu mula-mula mereka dapat tahu, tidak terucap rasa syukurnya. Qairul? Lelaki itu paling gembira sehingga memeluknya. Bibirnya tidak putus-putus berterima kasih sambil mengucup dahinya.

[C] Please Remember Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ