Bab 52

1K 57 9
                                    

       Bunyi pintu rumahnya dibuka itu menandakan Eryn sudah pulang dari membuat penghantaran brownies. Hanan pula masih ralit mengemas barang-barang yang telah dia sepah kan di dapur.

"Hey, panasnya hati aku!"

'Bam!'

Terangkat bahu Hanan menerima hentakan kuat di meja makannya. Dadanya diusap lembut. Mahu gugur jantung dibuatnya.

Hanan berpaling ke arah Eryn. Wajah gadis itu sedikit berbahang dari biasa.  Dia juga perasan rentak nafas Eryn sedikit berbeza. Berombak kasar.

"Kau kenapa?" Setelah lama Hanan mendiamkan diri, dia bersuara.

"Aku rasa mood aku spoil gara-gara mamat muka tembok tadi. Kau tahu tadi? Mulut anak costumer tu tak ada insurans langsung! Kalau dia tu anak aku, dah lama aku sagat mulut dia dengan berus dawai. Biar terbuai terus mulut dia tu!" bebel Eryn penuh geram. Tak cukup dengan tu, sekali lagi meja makan itu menjadi tempat tempias kemarahan. Ditampar tanpa pedulikan rasa sakit.

Terkebil-kebil mata Hanan saat ini. Buat pertama kali dia melihat Eryn semarah ini. Bukan main gadis itu mengamuk. Bukan setakat tu sahaja, muka gadis itu kelihatan sangat merah sehingga dia dapat rasakan kedua-dua belah telinga Eryn saat ini berasap.

"Dia buat apa sampai kau marah macam ni?" soal Hanan dengan kerutan di dahi.

Kain lap dapur diletakkan di sebelah sinki. Tubuh Eryn dihampiri.

"Cara pandang dia tu macam nak hina aku kau tahu tak? Dia perlekehkan kerja part time kita ni. Aku pun berang lah. Masa tu aku tak tahu lah apa jadi kalau mak mamat tu tak muncul. Agak-agaknya aku terus humban brownies dekat muka dia. Biar sedar diri tu sikit!" Eryn menjerit geram dihujung ayatnya. Mendengus kasar.

Hanan tersenyum senget. Tergeleng-geleng kepalanya melihat Eryn yang berwajah berang. Bahu Eryn dipaut lalu digosok lembut tanda memujuk.

"Jangan lah masam, jumpa aku ni kena lah manis sikit. Anyway, kau kena gembira sebab hari ni last day kita buat kerja semua ni kan?" kata Hanan.

"Hm... yelah, esok kau pergi dengan siapa? Qairul ke?" soal Eryn toleh ke arah Hanan.

Pudar senyuman Hanan saat nama Qairul meniti di bibir Eryn. Sedaya upaya dia mengawal riak wajahnya di depan Eryn. Bibirnya menarik sengihan.

"Aku nak pergi dengan kau boleh tak? Aku masih belum sedia nak bagi kejutan dekat orang lain," balas Hanan kekok.

"Ye ke kau ni? Dah bincang dengan Qairul belum?" Eryn menyoal dengan kening terjungkit ke atas. Hanan menggeleng perlahan.

Eryn menghelakan nafas perlahan. Bahu Hanan dipegang kemas. Bersedia meluahkan segala bebelan dia kepada Hanan.

"Kau dah jadi isteri dah pun Hanan. Apa-apa hal kau kena rujuk suami kau dulu. Kau tak boleh buat keputusan sesuka hati macam masa kau bujang dulu. Bincang dengan Qairul elok-elok baru aku kasi kau tumpang dengan aku, kalau dia benarkan boleh lah kau naik dengan aku tapi kalau dia tak bagi, nak atau tidak kau kena juga patuh arahan dia," panjang lebar Eryn memberi nasihat. Namun, bibir Hanan yang tersenyum senget itu membuatkan Eryn sedikit kepelikan.

"Kau kenapa sengih macam tu?" soal Eryn pelik.

Semakin lebar sengihan Hanan. "Sayang juga eh kat aku sampai nasihat bagai."

[C] Please Remember Where stories live. Discover now